12 Kebaikan Sacha Inchi Oil Untuk Tubuh

Sacha Inchi

sacha inchi oil

Sacha Inchi dikatakan dapat menggantikan omega 3 dari sumber ikan. Mungkin kita di Malaysia kurang mengenali pasal tumbuhan ini namun ia mempunyai segala macam kebaikan dan mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya. Buah sacha inchi ini juga boleh dimakan tanpa direbus. Ia mengandungi minyak yang berkhasiat iaitu Omega 3 Fatty Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan Essential Amino Acids. Justeru, ia dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Kandungan Dalam Sacha Inchi

Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Terdapat 3 kandungan di dalam Sacha Inchi iaitu Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.

khasiat sacha inchi oil

Khasiat Dalam Sacha Inchi

Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:

1. Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
sacha inchi - bagus untuk jantung
Aliran dan tekanan darah yang baik dan tahap kolesterol yang terkawal pastinya memberi kesan bagus kepada kesihatan jantung.

2. Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita.
Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.

3. Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
4. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.

5. Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).

Tubuh manusia akan mengeluarkan hormon kortisol apabila mengalami tekanan untuk mengawal tekanan darah dan tahap insulin. Tetapi kortisol berlebih akan menyebabkan kita ingin makan secara berlebihan terutamanya makanan manis.
Omega-3 terbukti dapat mengawal kortisol. Maka selera kita juga lebih terkawal.

6. Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
7. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
8. Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
9. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
10. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
sacha inchi - bagus untuk mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.

11. Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
12. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.

Biji yang dihasilkan ini mempunyai pelbagai khasiat dan perlu dikomersialkan ke peringkat antarabangsa. Buah sacha inchi ini dikomersialkan dalam bentuk kapsul atau minyak pati.

Cara Order Sacha Inchi

Kini Sihatna telah mengeluarkan kapsul sacha inchi sebagai supplement makanan tambahan untuk anda semua.
testimoni sihatna sacha inchi oil

testimoni sihatna sacha inchi oil 1

testimoni sihatna sacha inchi oil 2

Sihatna Sacha Inchi Oil

Berminat nak dapatkan Sacha Inchi Oil?

Klik

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.