3 Contoh PdPR Boleh berlansung

Apa Itu PdPR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Objektif PdPR

– sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang; dan
– membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum

3 Cara PdPR

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

Online

Sesi online ini bermaksud pembelajaran terus secara video conference bersama murid-murid. Contohnya Zoom, Google Meet dan lain-lain.
Sesi online begini agak kurang penglibatan murid kerana ada yang tiada peralatan seperti laptop, line internet, ibubapa bekerja dan sebagainya. Hanya sebahagian sekolah lagi-lagi sekolah di bandar sahaja yang mendapat penglibatan tinggi melalui PdPR secara online.

Semua ni perlukan capaian internet padu (stabil), tiada gangguan kelajuan (capped speed), unlimited data dan paling penting pakej bak ‘Kayangan’ tetapi harga ‘Marhean’. Mudahkan pembelajaran anak-anak anda (PDPR) dengan Unifi Home Fibre. Internet tak ada. macam mana anak mahu belajar online? Kesian anak nanti ketinggalan.

Offline

Sesi pembelajaran offline bermaksud memberi bahan pengajaran melalui Google Classroom, WhatsApp, Telegram, emel dan mana-mana platform yang sesuai. Guru tidak memerlukan murid untuk online, malah murid tidak memerlukan guru untuk online bersama.

Baca Juga  HaloTelco, Contoh Simkad Yang Menawarkan Plan Terbaik

Tugasan, quiz, lembaran kerja (softcopy), rakaman video pengajaran, link video pengajaran dan bahan pembelajaran yang sesuai akan dihantar kepada murid melalui platform yang telah dipersetujui.

Murid akan terus akses kepada bahan mengikut masa lapang mereka. Contohnya, ada guru memberi rakaman video dan lembaran kerja (softcopy) melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Isnin. Ada murid terus akses sejam selepas, ada yang tengah malam tu baru akses, bahkan ada yang buka pada hujung minggu tersebut akibat pelbagai kekangan.

Langkah PdPR menggunakan POWERPOINT sahaja :
1)Sediakan Content yang hendak diajar dalam PowerPoint.( slide power point hanya perlu cari yang dah siap sama ada boleh dpt melalui free templet power point )
2) Buka Slide powerpoint dan tekan slide show> rekod slide show> rekod
3)Kemudian save as mp4. Siap!
4)Share di Group Whatsup/Telegram Kelas Masing2.

Off-site

Sesi pembelajaran secara off-site bermaksud guru sediakan bahan dan hantar ke rumah murid atau guru sediakan bahan kemudian letak di sekolah/pondok jaga kemudian murid atau ibubapa datang dan ambil bahan tersebut untuk dibuat di rumah.

Setiap cara PdPR yang digariskan oleh KPM ini ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Tidak semua orang boleh join secara online, tidak semua orang ada line internet dan ada gadget untuk belajar secara offline. Dan cara off-site ada kelemahan seperti murid tidak dapat bimbingan melalui video tentang sesuatu topik melainkan modul bertulis dan bahan fizikal sahaja. KPM dah sediakan garis panduan asas untuk belajar secara PdPR, dan fleksibeliti diberi kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan cara mana yang sesuai dengan murid mereka.

Leave a Comment

error: Content is protected !!