30 Contoh Resepi Sewaktu Berbuka Puasa Selama Sebulan
Lagi beberapa hari kita masuk bulan Ramadan kan. Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh puasa untuk tahun 2023 kan. Untuk bulan puasa 2023 kalini, tarikh umat Islam mula berpuasa jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.
Anda boleh download jadual berbuka puasa dan Imsak di seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM ini dalam format PDF: Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1444H / 2023M
Admin nak ucapkan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan dan pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya walaupun di sambut dalam suasana PKP. Macam biasa, asal nak masuk bulan puasa ni mula lah para ibu dah start plan nak masak apa. Lagi-lagi musim PKP ni, kena plan betul-betul. Kepada suri rumah, pastinya anda tercari-cari idea untuk memasak lauk berbuka puasa di bulan ramadhan. Di sini kami sediakan 30 resepi yang boleh anda ikut untuk menyediakan juadah berbuka puasa selama 30 hari.
HARI PERTAMA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan
– 250g ketam (dibersihkan)
– 7 biji cili hijau
– 1½ cawan santan kelapa yang di parut
– 1 keping asam gelugur
– ½ sudu kecil serbuk kunyit
– ½ sudu besar garam secukup rasa
– ½ sudu kecil perasa
Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.
HARI KEDUA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM SOS LEMON MADU
Bahan-bahan
– dada ayam 500g (potong ikut suka)
– tepung serbaguna (secukupnya)
– telur sebiji (kacau)
– madu 4 sudu besar
– lemon 2 biji (ambil jus)
Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
HARI KETIGA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
PARI ASAM PEDAS
Bahan-bahan
– 6 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
– 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
– ½ cawan air asam jawa
– 3 cawan air
– 250g ikan pari (dipotong kecil)
– 2 tangkai daun kesum
– sayur masin (jika suka)
– bendir
– 3 sudu minyak masak
– garam, gula dan sedikit lada hitam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.
HARI KEEMPAT Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA
Bahan-bahan
– sotong (direbus)
– cili kering (direndam dan dimesin)
– bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
– sedikit air asam jawa
– garam dan sedikit gula
Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.
HARI KELIMA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan
– ikan bilis 300g
– petai 2 papan
– bawang besar sebiji (dihiris)
– bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
– cili merah sebiji (ditumbuk)
– cili padi 20 biji (ditumbuk)
– garam secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!
HARI KEENAM Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM PAPRIK
Bahan-bahan
– 4 ketul ayam – dihiris kecil
– 2 ulas bawang putih – dicincang halus
– 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
– 1 biji cili merah – dihiris serong
– 11 biji cili api – dipecah-pecahkan
– 2 helai daun limau purut – disiat-siat
– bunga kobis – dihiris kecil
– 2 biji putik jagung – dihiris serong
– 1/2 biji karot – dihiris serong
– 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
– 2 sudu makan cili kering kisar
– 2 sudu makan cili sos
– 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
– garam
– 1 cawan air
Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.
HARI KETUJUH Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
TOM YAM THAI
Bahan-bahan
– 1 paket perencah tomyam
– 4 biji tomato
– 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
– 3 batang serai – diketuk
– 4 helai daun limau purut
– 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
– 2 ulas bawang merah
– 2 biji bawang besar
– 1 cm lengkuas
– lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
– 2 sudu besar sos tiram – optional
– 2 sudu besar sos cili dan sos tomato
Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang
HARI KELAPAN Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SAMBAL TUMIS DAGING
BAHAN2:
– 600 gram daging dihiris nipis
– 5 sudu besar cili kering dikisar
– 1 cawan air
– garam secukup rasa
Bahan kisar
– 1 inci halia
– 5 ulas bawang putih
– 1 biji bawang besar
CARA2:
– Panaskan minyak didalam periuk kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan menjadi kekuningan.
– Masukkan cili yang telah dikisar kemudian tumiskan sehingga pecah minyak serta agak garing.
– Seterusnya masukkan daging, kacau supaya daging sebati dengan sambal.
– Gunakan api sederhana besar. Selepas 3 minit, daging akan mengeluarkan air, hendaklah dimasak sehingga air daging tersebut kering.
– Masukkan secawan air dan kacau sehingga rata.
– Bila kuah sudah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk.
– Biarkan daging mereneh sehingga kuahnya pekat dan daging empuk.
– Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dengan api yang perlahan.
– Masukkan garam kemudian kacau sehingga sebati.
– Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
HARI KESEMBILAN Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan:
ayam – potong kecil
2 ulas bawang putih – hiris
3 biji bawang merah – hiris
2 inci halia – hiris jejari
2-3 sudu besar sos tiram
sedikit air
cili padi – ketuk – jika ingin pedas –
secubit serbuk blackpepper
garam dan sedikit gula
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula, serbuk blackpepper dan sedikit air.
3. Tutup kuali supaya ayam masak rata. Sesekali balik2kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!
HARI KESEPULUH Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan tumis:
1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah
* kalau tak ada sup bunjut boleh juga diguna serbuk rempah sup
Cara:
– Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian . Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . tomato dipotong empat.
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan cili api dan semua ikan , biarkan sampai mendidih .
-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup
HARI KESEBELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Bahan-bahan
– 1 kg sotong – cuci bersih dan potong
– 3 biji bawang besar – belah 4
– 2 biji tomato – belah 4
– 2 batang serai – di titik
– 3 biji ubi kentang – belah 4
– 3 camca minyak untuk menumis
– 500 ml santan
– air secukupnya
– garam secukup rasa
Bahan kisar
– 5 ulas bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 2 inc kunyit hidup
– 2 inc halia
– 5 tangkai cili merah
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.
HARI KEDUA BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM GORENG MADU
Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil/potong 6 atau 4 mahu pun bahagian yg kita suka
● kicap manis
● 2 sudu besar madu
Bahan kisar:
● 2 cm kunyit
● 2 cm halia
● 4 ulas bawang merah
● 4 ulas bawang putih
● 1 btg serai
Cara Penyediaan:
1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
2. Goreng sehingga ayam masak – warna keperangan.
3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba !!
HARI KETIGA BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI
Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.
Bahan-bahan
– telur 3 biji
– bawang besar sebiji (dihiris)
– cili padi 8 biji (belah 2)
– kicap secukupnya
– garam secukupnya
– minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!
HARI KEEMPAT BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Bahan-bahan
– 1kg siput sedut
– 5 ulas bawang merah – kisar halus
– 3 ulas bawang putih – kisar halus
– 2 inci kunyit hidup – kisar halus
– 2 inci halia – kisar halus
– 15 tangkai cipi padi – kisar halus
– 2 batang serai – di titik
– 500ml santan
Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.
HARI KELIMA BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SIAKAP STIM LIMAU NIPIS
Bahan-bahan
– 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
– 1 labu bawang merah/besar
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 2 batang serai
– 5 biji cili padi
– 1 biji limau nipis ambil jusnye
– 1sdm sos tiram
– sepokok daun ketumbar
– setengah batang carrot
– semangkuk bunga kobis
– setengah biji Lada bengala
– garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap
HARI KEENAM BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
UDANG KICAP PEDAS
Bahan-bahan
– 400 gram udang
– 1 biji (kisar) bawang besar
– 2 biji (kisar) bawang putih
– 1/2 inci (kisar) halia
– 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
– 1 biji cili merah
– 4 sudu kicap pekat
– 2 sudu sos tiram
– 1 sudu gula
– secukup rasa (jika perlu) garam
– 1/4 cawan air
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis – bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.
HARI KETUJUH BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM PERCIK BAKAR
Bahan-bahan
– ayam
– cili kering (suka pedas lebihkan)
– bawang kecik
– bawang putih
– halia
– lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)
– serai (titik)
– 3 serangkai
– santan
– gula
– garam kasar
– asam keping
Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.
HARI KELAPAN BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI
*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
Bahan-bahan
– ikan selar 8 ekor
– serbuk kunyit+sedikit garam
– petai 2 papan
– bawang besar sebiji (dihiris)
– bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
– cili padi 15 biji (ditumbuk)
– garam secukup rasa
– minyak (untuk menggoreng+menumis)
Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
HARI KESEMBILAN BELAS Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
DAGING MASAK BLACK PEPPER
*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
Bahan-bahan
– 500g daging (bahagian batang pinang)
– 4 ulas bawang putih
– 2 sudu besar sos tiram
– kicap manis
– 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
– 2 tangkai cili merah (potong kasar)
– bawang besar holland
– 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemudian tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.
HARI KEDUA PULUH Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan
– Kerang
– 8-10 biji bawang merah*
– 4 biji Bawang putih*
– Sedikit belacan*
– Sedikit halia*
– Air asam jawa
– 1 labu bawang besar
– 2 sudu sos tiram
– 1 sudu kicap lemak manis
– Sedikit nissangg/ gula melaka
– Garam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
HARI KEDUA PULUH SATU Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN
Bahan-bahan
– 500 gm udang
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– minyak
– 3-5 sudu besar butter
– 6 ulas bawang putih – dicincang
– 15 biji cili padi – dihiris serong
– 4 tangkai daun kari
– 2 biji telur masin – direbus & hancur
– 2 sudu kecil gula
– 10 sudu besar susu cair/susu segar
– 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH DUA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
KARI AYAM NYONYA
bahan tumis
– 1 bunga lawang
– 1 bunga cengkih
– 1 batang kulit kayu manis
– minyak masak
bahan kisar
– 2 ulas bawang putih
– 9 biji bawang merah
– 8-10 tangkai cili kering (rendam dan buang bijinya)
– 1/2 inci kunyit
– 1/2 sudu besar biji ketumbar
– 1/2 sudu kecil jintan manis
– 1/2 sudu kecil jintan putih
– 1/4 inci belacan
– 1 batang serai
bahan lain
– 8 ketul ayam
– 2 biji kentang
– 100 ml santan
– 1 tangkai daun kari
– garam dan gula secukup rasa
– 1-11/2 cawan air (secukupnya)
Cara-cara memasak
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan pula rempah kisar dan kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, kentang, daun kari dan kacau seketika. Seterusnya masukkan air, tutup kuali dan renihkan dengan menggunakan api dapur yang kecil hingga ayam dan kentang lembut.
3. Masukkan santan pekat dan renih lagi sehingga isi ayam lembut dan sebati dengan kuah. Jika kurang kuah bolehlah tambahkan sedikit lagi air.
4. Setelah benar-benar masak, matikan api dapur dan hidangkan dengan nasi. Sedap juga jika gandingkan dengan roti jala ataupun nasi minyak.
HARI KEDUA PULUH TIGA :
SINGGANG SOTONG TERENGGANU
Bahan-bahan:
– 500g sotong putih (dibersihkan dan dipotong)
– Setengah inci halia (dihiris nipis)
– 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
– 2 batang serai (dititik atau diricih)
– 1 keping Asam keping
– Cili (jika mahu pedas, boleh letak 5-6 lada jarum)
– Setengah sudu makan manisan/ gula
– Secubit garam
– Setengah cawan air
Cara-cara:
– Didihkan air dan masukkan bawang besar, serai, cili, manisan dan secubit garam.
– Didihkan sehingga bahan-bahan mesra. Masukkan asam keping dan cili.
– Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan. Masak sehingga sotong lembut, padamkan api. Sedia dihidangkan dengan nasi putih, sambal belacan dan menu lain-lain
HARI KEDUA PULUH EMPAT Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SIAKAP SWEET N SOUR THAI
Bahan-bahannya
– Ikan siakap- gaul garam kunyit dan sedikit tepg jagung- goreng
– 3 ulas bwg putih- mayang halus
– 1 biji bwg besar- mayang kasar
– 1 inci halia- mayang halus
– 1/2 cawan sos tomato
– 1/2 cawan sos cili
– 1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah)
– Sedikit sos tiram
– Lada benggala merah dan hijau-dadu
– Nenas- dadu
– Garam secukup kalau masih tawar
Cara2
1. Tumis bahan yg dimayang smp wangi dgn sdikit minyak.
2. Kemudian masukkan semua sos2 dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
3. Masukkan lada benggala dan nenas.
4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api.
5. Tuang sos ke atas ikan. Siap😋
HARI KEDUA PULUH LIMA Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
SUP TELUR
Bahan-bahan:
– Telur
– Isi dada ayam
– Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)
– Bawang putih
– Bawang Merah
– Halia (penting)
– Cili
– Limau kasturi
– Garam
– Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
– Air
Cara:
– Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
– Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
– Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
– Masukkan sayur.
– Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
– Siap! Selamat mencuba.
HARI KEDUA PULUH ENAM Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
DAGING GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan
– 250 g daging lembu (dipotong)
– 1 labu bawang besar (saiz kecil)
– 1/2 inci halia (dihiris)
– 1 biji cili merah (dihiris)
– 2 ulas bawang putih (dihiris)
– 1 sudu makan penuh serbuk kari
– 1 biji tomato (potong 6)
– daun bawang (dipotong)
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu kecil kicap manis
– sedikit garam dan serbuk kunyit
– sedikit minyak
Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
HARI KEDUA PULUH TUJUH Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan
– 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
– 1/2 biji bawang holland dicincang halus
– 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
– 1/2 batang daun saderi didadu kecil
– 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
– 1 biji cili merah
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu sos cili
– 1 sudu sos tiram
– sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
– secubit garam jika perlu
– minyak untuk menumis
– 2 biji telur ayam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.
HARI KEDUA PULUH LAPAN Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
IKAN PERCIK
Bahan-bahan
– ikan kembung/bawal
– santan pekat
– 5 biji bawang merah
– 1 biji bawang putih
– 1 inci halia
– 2 batang serai
– 1 keping asam keping
– kunyit
– garam
– gula
Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.
HARI KEDUA PULUH SEMBILAN Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
GULAI DAGING KERISIK
Bahan-bahan
– 450gm daging | hiris nipis
– 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
– 1 labu bawang besar | hiris
– 3 ulas bawang merah | tumbuk
– 2 ulas bawang putih | tumbuk
– 1/4cm halia | dipotong panjang
– air secukupnya
– 1/2 cawan santan pekat
– 2 sudu kerisik
– 2 sudu besar minyak
– 1 sudu besar minyak sapi
– 3 sudu besar rempah kari daging
– 3 kuntum bunga cengkih
– 3 biji buah pelaga
– 2 kelopak bunga lawang
– 1 cm kulit kayu manis
Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.
HARI KETIGA PULUH Resepi Sewaktu Berbuka Puasa :
AYAM GORENG LEMON
Bahan-bahan
– 250 gram ayam dipotong dadu
– Setengah biji lemon diperah
– Setengah biji lemon dipotong bulat
– Sedikit kulit lemon dihiris.
– 10 tangkai cili kering
– 1 biji telor dipukul
– 4 ulas bawang putih
– Setengah inci halia dicincang
– Sedikit daun ketumbar
– Minyak bagi menumis dan menggoreng
– Garam dan gula
Cara Memasak
1) Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit
2) Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
3) Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
4) Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat
Jangan lupa makan kurma ya semasa berbuka. kerana ianya adalah sunnah.
Join telegram kami: Contoh.My
Baca juga
Mohon share link telegram untuk resepeli berbuka puasa