Tempat Menarik di KL dan Selangor Untuk Aktiviti Indoor

Aktiviti indoor area KL dan Selangor yang korang boleh buat dengan kawan-kawan

Bila hujung minggu je mesti ramai akan terfikir lokasi untuk berjalan-jalan. Ada yang bercuti bersama keluarga ke Penang, pergi tempat bersejarah di Melaka dengan kawan-kawan dan layan nasi ganja di Ipoh. Apakata kali ni ajak pula diorang sertai aktiviti indoor.

Orang KL dan Selangor dah tak perlu pergi jauh-jauh dah untuk bermain aktiviti lasak sebab dalam ‘mall’ pun dah ada pusat aktiviti lasak yang menarik.

Kami listkan antara aktiviti indoor di KL dan Selangor lengkap dengan alamat, harga dan juga waktu operasi.

Aktiviti Indoor

Sekejap: Dapatkan [maxbutton id=”3″ ]

Tempat Menarik di Putrajaya Untuk Aktiviti Indoor

District 21, IOI City Mall

aktiviti indoor district 21

Dekat District 21 ni ada 8 adventure attractions untuk dicuba. Antaranya climbing, sliding, riding, jumping, free falling & flying. Korang boleh start easy course dulu seperti Tubby Ride, Yoyo Car, Launch Pad, Power Station Free Fall atau the Maze dan maju ke BAHAGIAN yang lebih mencabar.

Jadi kalau korang stay di Conezion Residence apakata korang terus ke District 21 ni. Alang-alang dah dekat kan. Conezion Residence Boleh booking di: Semak Harga Conezion Residence

Yang dah jadi mak ayah pun boleh main sebab tiada had umur dekat sini.

Dah settle habiskan masa dalam tempat ni, korang boleh shopping, lepak chill, makan2 dalam satu bangunan je hanya di District 21, IOI City Mall.

Harga Tiket di District 21 dalam RM50+
Tiket Boleh beli di sini: Beli Tiket District 21

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 12.00am to 08.00pm
Hujung Minggu & Cuti: 10.00am to 08.00pm

Baca Juga  8 Restoran Ikan Patin Masak Tempoyak di Shah Alam Yang Sedap Dan Terbaik

Tempat Menarik di Selangor Untuk Aktiviti Indoor

Camp5 Climbing Gym, One Utama
aktiviti indoor  camp5

Ingin memanjat, tetapi malas nak berpanas? Jemput datang ke Gymnasium Rock Climbing Camp5 yang merupakan pusat rock climbing tertutup terbesar di Asia.

Alang-alang dah menginap di Empire Damansara terusla kesini kan. Dekat pulak tu. Empire Damansara boleh tengok di Semak Harga Empire Damansara

Gimnasium berhawa dingin di Pusat Beli Belah 1 Utama ini mempunyai dinding memanjat yang canggih untuk pendaki berpengalaman, dinding plumbum, blok batu freestanding, gua batu dan kawasan memanjat yang luas untuk pendaki baru.

Pendek kata, tidak kira tahap anda, ada kawasan memanjat yang sesuai untuk anda dan anak-anak.

Harga Tiket di Camp5 Climbing Gym ikut pakej.

Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya 47800
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 02.00pm – 11.00pm
Hujung Minggu & Cuti : 10.00am – 08.00pm

Escape, Paradigm Mall
aktiviti indoor  escape paradigm mall

Ia dibawa oleh Escape Penang khas untuk orang KL dan Selangor merasa versi mini taman tema yang popular kat Penang itu.

Bagi yang stay sekitar Petaling Jaya bolehla singgah ke sini. Jom cari hotel berdekatan Petaling Jaya di Semak Harga Hotel di Petaling Jaya

Harga Tiket di Escape, Paradigm Mall dari RM65.
Tiket Boleh beli di sini: Beli Tiket Di Sini

Alamat: No.1, Jalan SS7/ 26A-GB-07, Boulevard, Level G, Paradigm Mall, SS 7 Petaling Jaya
Waktu Operasi:
Tutup Isnin
Hari Lain : 10.00am to 10.00pm

WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama
aktiviti indoor windlab

WINDLAB Indoor Skydiving ialah rekreasi terjun udara luar sejauh 14,000 kaki. Ia adalah tunggangan mendebarkan dan sukan paling popular di Asia. Sesiapa yang pernah ingin terbang boleh datang ke WINDLAB Indoor Skydiving dan merasai sensasi penerbangan.

Baca Juga  Contoh Dropship

Harga Tiket di WINDLAB Indoor Skydiving, One Utama dari RM89.

Alamat: 1 Utama Shopping Centre, S601, 1 Utama E, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Ahad – Khamis: 10.00am to 10.00pm
Jumaat – Sabtu: 10.00am to 10.30pm

Fun X World
aktiviti indoor Fun X world

Korang tau tak dekat USJ ada port baru untuk buat aktiviti. Fun X World nama diberi. Macam-macam ada kat sini. Tempat memang luas. Memang puas hati.
Antara aktiviti yang ada di Fun X World:
– Fairyland Bumper Car
– Forest Escape Playground
– Castle Adventure Skate (Boleh main skuter/rollerblade pusing2)
– Unlimited Arcade

Harga Tiket di Fun X World dari RM30.

Alamat: Level 2, Summit USJ Shopping Mall, Subang Jaya
Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 10.00am to 10.00pm

Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Aktiviti Indoor

Bagi yang menginap di sekitar Kuala Lumpur jangan lupa singgah ke sini. Korang boleh cek hotel-hotel yang ada di Kuala Lumpur di Harga Hotel di Kuala Lumpur

SuperPark Malaysia

aktiviti indoor SuperPark Malaysia

Keriangan tanpa henti untuk semua! SuperPark, laman aktiviti indoor terbaharu di KL kini dibuka di Avenue K. SuperPark Malaysia menawarkan pelbagai variasi avitiviti untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, remaja, penggemar aktiviti sukan, atlit serta kumpulan korporat dibawah satu bumbung.

Terdapat 3 bahagian iaitu bahagian adventure area, game area dan juga freestyle area.

Harga Tiket di SuperPark Malaysia dari RM53.

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Tuesday – Thursday, & Sunday: 10.00am – 19.30pm
Friday, Saturday, Public Holidays: 09.30am – 21.30pm

EnerG X Park, Mytown
aktiviti indoor enerG x park

EnerG XPark mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur.

Baca Juga  Contoh Nama Bayi Perempuan Bermula Huruf A

Antara aktiviti yang menarik di EnerG X Park ini adalah seperti Trampoline Wipeout, Electric Go-Cart, Ninja Obstacle, Cage Ball, Wall Climbing, Tubby Ride, King of Hammer dan Tower Jump.

Harga Tiket di EnerG X Park, Mytown dari RM38.

Alamat: Level 3, MyTown Shopping Mall, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00am to 10.00pm

Laser Battle
aktiviti indoor di Laser Battle Kuala Lumpur
Korang boleh walk in atau membuat tempahan terlebih dahulu minima 2 orang.

Dibekalkan pistol laser dan jaket pengesan laser, permainan ini langsung tidak menyakitkan malah boleh dikatakan baik untuk kesihatan sebab memerlukan korang banyak bergerak dan berlari. So kalau nak buang kalori tu bolehla mencuba permainan ini

Harga Tiket di Laser Battle dari RM34.
Alamat: 07-90A, Level 7, Central Zone, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
Isnin-Ahad: 10.00am – 22.00pm

Sekejap: Dapatkan [maxbutton id=”3″ ]

Leave a Comment

error: Content is protected !!