Kelebihan Allano Lotion Amway Untuk Kulit, Tangan, dan Badan

Allano Lotion

Krim amway allano lotion ni pernah viral macam deodorant dari Amway. Belum tengok gadget-gadget Noxxa macam air fryer, pressure cooker, cordless vacuum, penapis air dan macam-macam lagi dari amway. Sana-sini duduk mencari sapa ada jual sebab nak beli. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak ada luka dekat tangan atau kaki, eczema, atau campak.

allano amway

Sapu je allano lotion ni bagi melembapkan kulit. Kekadang kalau kena gigitan nyamuk atau serangga pun sesuai juga sapu allano amway ni.

Sebab ramai sangat mencari meh sini nak ceritakan serba sedikit mengenai amway allano lotion ni dan kenapa ia menjadi antara ribuan produk amway yang mesti ada dekat rumah.

Losyen Tangan dan Badan Allano Dari Amway

ALLANO Hand & Body Lotion adalah sejenis losyen yang berbuih pekat dimana ia memberikan kenyamanan bila disapu pada kulit. Kalau kulit-kulit pecah dan kasar tu memang akan terasa nyaman dan lembap.

Sapu pada kulit dan allano amway ni akan menjadi perisai bagi kulit kita dari kotoran serta dapat melembutkan kulit-kulit yang kasar.

Yang paling pentiong allano losyen ni tidak berminyak selepas spray pada kulit. Rasa sejuk-sejuk gitu.

Kelebihan Lotion Allano Amway

Ada banyak kelebihan allano losyen ni sebenarnya. Bagi yang sedang fikir-fikir nak beli tu kompem tak menyesal. Antara kelebihannya ialah

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Melicinkan kulit yang pecah-pecah
  • Menyamankan kulit
  • Tahan lama sehingga 6 bulan

Losyen Allano Untuk Kulit

Ada sekali tu anak kena gigit nyamuk, sapu je allano lotion amway ni terus kurang gatal-gatal dia. Dan paling best sebab rasa sejuk sebab ada antara bahan allano ni boleh mengekalkan kelembapan kulit.

Anak yang sedang demam pun boleh sapu allano ni untuk kekalkan kelembapan badan. Tapi sebab banyak nak kena pakai jadi tak digalakkan sangat. Cepat pula habis nanti.

Kalau setakat luka kecil, gigitan serangga atau kulit kering tu sesuai la nak guna allano lotion ni. Yang ada eczema pun boleh cuba losyen allano ni. Tapi atas orang juga sebab lain kulit lain kesesuaian dia. Lagipun bukan mudah nak cari ubat untuk yang ada eczema ni.

Yang tiada masalah kulit pun boleh pakai lotion allano amway ni. Jangan bimbang sebab ia sesuai untuk mereka yang kulit normal hingga kering. Sebab allano lotion dapat mengekalkan kelembapan kulit. Lagi-lagi semasa cuaca panas.

allano lotion

Kandungan allano losyen ni ialah 250 ml. Jadi bila nak guna hanya picit sedikit dan berbuih akan keluar. Kemudian sapu ke bahagian kulit tersebut. Sebab tu lah allano amway lotion ni tahan lama sehingga 6 bulan lamanya bergantung atas penggunnaan.

Bahan-Bahan Allano Lotion

Berikut merupakan antara bahan-bahan yang terdapat dalam allano amway ni. Antara bahan tersebut ialah

amway allano

Air, PPG-5-Ceteth-20, Isobutane, Isopropyl Palmitate, Stearic Acid, Cetyl Acetate, Cetearyl Alcohol, Triethanolamine, PEG40 Sorbitan Peroleate, Polysorbate 60, Propylene Glycol, Fragrance, Glyceryl Stearate, Diazolidinyl Urea, Carbomer, Acetylated Lanolin Alcohol, Allantoin, Phenyl Trimethicone, Methylparaben, Propylparaben, Stearamidoethyl Diethylamine.

Cara Guna Lotion Allano Amway

Sila goncang terlebih dahulu sebelum guna pada bahagian kulit yang memerlukan sebab botol allano ni adalah dalam bentuk aerosol yang mudah digunakan.

Kemudian picit sehingga keluar buih dan sapukan pada bahagian kulit. Selepas guna lotion amway ni, tutup dengan baik dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Antara Kegunaan Allano

  • Kalau anak-anak sedang kena chicken pox, hanya perlu sapukan amway Allano lotion nie untuk kurangkan gatal dekat badan dia. Parut-parut dari demam campak juga tiada la sangat nanti
  • Bagi mereka yang ada nak berhemah dekat mana-mana hanya perlu sapu dekat kaki dan tangan sebelum tido supaya nyamuk tak gigit. Sangat sesuai sebagai insect repellent. Jadi ia amat sesuai untuk menghilangkan gatal-gatal gigitan nyamuk atau serangga.
  • Kalau ada yang luka kecil dan besar macam papercut, luka terkena pisau, luka merempuh sliding door dan sebagainya, sapukan allano lotion amway di bahagian tersebut. Bagi yang luka besar tu spraykan sedikit allano amway lotion dan dapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital berhampiran
  • Melecur kerana air panas atau terkena api hanya spraykan sahaja Allano pada tempat yang melecur.
  • Tumit-tumit kaki yang pecah atau stretch mark tu juga sesuai sapu allano lotion bagi melembabkan kulit
  • Bagi yang ada bayi kecil dan terdapat ruam tu, spraykan allano lotion amway di kulit yang ada ruam tu.
  • Kalau ada ekzema pun boleh guna. Cuma kena tengok samada sesuai atau tidak sebab eczema ni payah nak jumpa rawatan yang sesuai

Langkah Keselamatan Penggunaan Allano Lotion Amway

  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan
  • Elakkan daripada terkena atau sapu di bahagian mata
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai kerengsaan kulit berlaku
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah
  • Jauhkan daripada kanak-kanak

Harga Allano Lotion Amway

Harga jual allano lotion Amway ni RM51.70. Tapi jika anda menjadi ahli ABO atau APC Amway hanya RM41.40 sahaja.

Kalau ada yang berminat nak beli Allano Lotion Amway atau nak daftar jadi ahli amway bolehla hubungi

Aewin 013 956 1025

Soalan dan Jawapan

Berapa modal nak jadi ABO atau APC amway ye?

ABO RM60 setahun manakala APC RM20 setahun

Masalah jerawat sesuai ke pakai allano lotion ni?

Boleh pakai juga lotion allano ni untuk jerawat. Jangan bimbang.

Selain luka-luka apa lagi yang sesuai allano losyen ni?

Kalau tiada luka-luka pun sesuai pakai losyen allano ni. Sesuai untuk kulit normal hingga kering

Leave a Comment