Ayat Kursi Rumi dan Jawi Serta Kelebihan Bacaan Ayat Kursi

Ayat Kursi Rumi adalah ayat dalam bahasa rumi bagi memudahkan mereka yang kurang lancar membaca dalam bahasa arab.

Ayat kursi yang juga dikenali sebagai Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Ayat Kursi sangat istimewa kerana ayat ini menceritakan mengenai keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas. Ayat Kursi juga disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran.

Ayat Kursi

Ayat Kursi juga boleh dimasukkan sebagai doa ketika selepas solat ataupun seudah selesai membaca Al Quran.

Bacaan Ayat Kursi

Berikut merupakan ayat kursi dan terjemahan serta panduan bacaan ayat kursi dalam rumi dan arab untuk panduan anda

1. Ayat Kursi Dalam Rumi

Berikut merupakan bacaan Ayat Kursi rumi sebagai rujukan bacaan sahaja bagi saudara baru atau yang masih kurang lancar membaca bacaan jawi.

Ayat Kursi Rumi Latin
  1. Allaahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu
  2. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum
  3. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardhi
  4. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznih
  5. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum
  6. Wa Laa Yuhithuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A
  7. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha
  8. Wa Laa Ya-Uuduhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim

2. Ayat Kursi Arab

bacaan ayat kursi
Bacaan Ayat Kursi Arab

3. Maksud Terjemahan Ayat Kursi Rumi dan Arab

maksud ayat kursi
Berikut merupakan terjemahan Ayat Kursi Rumi dan Arab dengan maksudnya dalam bahasa melayu

Terjemahan Ayat Kursi Rumi Mengikut Ayat

1. ALLAAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

2. LAA TA’KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

3. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Baca Juga  Senarai Bantuan Zakat Negeri Kedah

4. MAN DZAL LADZII YASFA’U ‘INDAHUU ILLAA BI IDZNIH

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

5. YA’LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

6. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN ‘ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

7. WASI’A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

8. WA LAA YA-UUDUHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL ‘ALIYYUL AZHIIM

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (255)

Ayat Kursi in English

Berikut merupakan terjemahan Ayat Kursi dalam bahasa Inggeris

Allah – there is no deity except Him, the Ever-Living, the Sustainer of [all] existence.
Neither drowsiness overtakes Him nor sleep.
To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth.
Who is it that can intercede with Him except by His permission?
He knows what is [presently] before them and what will be after them, and they encompass not a thing of His knowledge except for what He wills.
His Kursi extends over the heavens and the earth, and their preservation tires Him not.
And He is the Most High, the Most Great.

Bacaan Ayatul Kursi

Jom dengarkan bacaan Ayatul Kursi yang merdu oleh Omar Hisham Al Arabi

Bacaan Ayat Kursi 100x

Jom dengarkan bacaan Ayatul Kursi oleh El Sheikh Mashary Rashed El Afasi sebanyak 100 kali

Baca Juga  16 Contoh Ucapan Salam Jumaat Quotes Serta Kad Ucapan Jumaat

Bacaan Ayat Kursi Wakaf 9

Kelebihan bacaan ayatul kursi wakaf 9 oleh Ustaz Muhaizad Official

Kelebihan Ayat Kursi

  • Allah akan memelihara dan mencintai mereka yang selalu membaca ayat Kursi sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad SAW
  • Membaca Al Kursi ketika dalam wudhuk nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  • 70,000 Malaikat akan memohon keampunan dan mendoakan untuknya jika membaca Ayatul Kursi sebelum keluar rumah
  • Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  • Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  • Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  • “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  • Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali akan terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita
  • Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu akan dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
  • Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Baca Juga  Doa Nabi Yunus Ketika Berada Dalam Kesusahan dan Kesempitan

Manfaat Lain Membaca Ayat Kursi

  • Memudahkan kita masuk ke Syurga
  • Terhindar dari godaan syaitan
  • Terhindar Dari Kesukaran Duniawi Dan Ukhrawi
  • Amalkan 7 kali ayat kursi dan 7 kali selepas 3 qul akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

Baca juga

Soalan dan Jawapan

Surah Ayat kursi dalam Al Quran juz berapa

Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan berada di juz ke 3

Ayat Kursi menceritakan mengenai apa?

Al Kursi menceritakan tentang keagungan Allah SWT dan kekuasaan yang meliputi tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.

Apakah manfaat bacaan ayat kursi selepas solat?

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat fardu, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga) (HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani).

Leave a Comment

error: Content is protected !!