Surah 3 Qul: Bacaan Dalam Rumi, Maksud Dan Kelebihan

Surah 3 qul ialah Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan juga Surah An Nas. Sebut surah 3 Qul ini untuk ringkasan saja disebabkan surah tersebut bermula dengan Qul.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan surah 3 qul dalam bentul 3 qul rumi. Ayat 3 qul ini mudah dihafal untuk dibaca dalam solat bagi mereka yang tidak hafal surah yang panjang.

Surah 3 Qul

Kami akan kongsikan kepada anda mengenai Surah 3 Qul yang terdiri dari Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan juga Surah An Nas. Surah 3 qul juga dikenali dengan nama lain iaitu atau Ayat 3 Qul

Kami juga akan kongsikan ayat 3 qul rumi, maksud ayat 3 kul dan kelebihan ayat 3 qul.

Ayat 3 Qul

Ayat 3 qul ada tiga iaitu

  • Surah Al Ikhlas
  • Surah Al Falaq
  • Surah An Nas

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:

“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)

Sumber

3 Qul Rumi

Berikut merupakan ayat 3 qul dalam bentuk rumi bagi mereka yang kurang lancar membaca dalam bahasa arab atau jawi.

Surah Al Ikhlas

Surah Al Ikhlas mengandungi 4 ayat sahaja dan amat mudah untuk dihafal. Berikut adalah Surah Al Ikhlas:

Surah Al Ikhlas surah 3 qul

Surah Al Ikhlas dalam rumi serta Maksud

Qul huwalla_hu a hhadd
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku ialah (Allah) Yang Maha Esa.

Alla_huss ssomadd
Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat,

Lam yalid walam yu_ladd
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,

Walam yakullahu kufuwan a hhadd
Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.

Surah Al Falaq

Surah Al Falaq mengandungi 5 ayat sahaja. Berikut adalah Surah Al-Falaq:

Surah Al Falaq 3 qul rumi

Surah Al Falaq dalam rumi serta Maksud

Qul a’u_dzu birobbil falaqq
Katakanlah (wahai Muhammad) :”Aku berlindung kepada
(Allah) Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk,

Minsh_ sharrima_ kholaqq
Dari bencana makhluk2 yang Ia ciptakan,

Waminsh_ sharrigha_ siqin idza_ waqobb
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk,

Waminsh_ sharrin_ naffa_tsa_ti fil ‘uqodd
Dan dari kejahatan makhluk2 yang menghembus2
pada simpulan2 (dan ikatan2)

Waminsh_ sharri hha_ sidin idza_ hhasadd
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila
ia melakukan dengkinya

Surah An Nas

Surah An Nas terdiri dari 6 ayat. Berikut adalah surah An-Nas:

ayat 3 qul Surah An Nas

Surah An Nas dalam rumi serta Maksud

Qul a’u_dzu birobbin_ na_si
Katakanlah (wahai Muhammad) :
“Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekelian manusia,

Malikin_ na_si
Yang menguasai sekelian manusia,

Ila_hin_ na_s,
Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia,

Minsh_ sharril waswa_sil khon_na_s,
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,

Alladzi_ yuwaswisu fi_ ssudu_rin_ na_s,
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia

Minal jin_nati wan_na_s.
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Kelebihan Surah 3 Qul

Banyak kelebihan mengamalkan surah 3 qul. Antaranya adalah mengamalkan membaca surah ini sebelum tidur bertujuan untuk

  • Menolak segala bentuk gangguan jin
  • Menolak gangguan syaitan
  • Menghindarkan diri dari terkena sihir
  • Menghindarkan penyakit was-was
  • Menghindar dari segala kejahatan
  • Menghindar diri dari perkara-perkara buruk

Cara Baca Ayat 3 Qul Sebelum Tidur

1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, turutan bacaan 3 Qul bermula dari surah Al – Ikhlas, Al Falaq dan An – Naas, bacalah surah 3 Qul sehingga habis.

2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

3. Jika mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa, boleh sahaja membaca surah 3 Qul tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.

Baca juga

Leave a Comment