Badal Haji
Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Mengganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian (berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya).
Badal haji adalah mengerjakan haji dengan menggantikan seseorang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh atau terlalu tua dan uzur atau bagi orang yang telah meninggal dunia.
Dah semak permohonan haji untuk tahun 2023? Baca sini : Semak Permohonan Haji 2023
Cara Buat Badal Haji
Berikut merupakan cara-cara untuk melakukan badal haji yang sah
Sekiranya individu tersebut masih hidup, kos perbelanjaan badal haji tersebut diambil daripada hartanya;
Sekiranya telah meninggal dunia, kos upah badal haji tersebut boleh diambil daripada harta peninggalan arwah.
Syarat Badal Haji
Adalah tidak sah badal haji jika seseorang itu mengerjakan badal haji untuk beberapa individu dalam satu haji kerana badal haji hanya sah untuk seorang sahaja.
Seseorang itu boleh mengerjakan badal haji bagi seseorang individu sahaja dalam satu tahun.
Pelaksana badal haji itu adalah wakil kepada orang yang diwakilkan iaitu individu yang tidak dapat mengerjakan haji.
Sumber: muftiwp.gov.my
Hukum Badal Haji
Hukum mengerjakan badal haji adalah harus setelah seseorang itu menunaikan haji untuk dirinya sendiri dan telah memenuhi syarat-syart badal haji.
Jika seseorang individu itu mampu untuk melakukan ibadah ini secara kewangan, rohani dan jasmani tapi mewakilkan orang lain untuk membuat badal haji maka hukum ini akan jatuh haram.
Pakej Badal Haji
Sila pastikan pakej badal haji yang diambil adalah dari travel agency yang diiktiraf oleh kerajaan.
Soalan Lazim & FAQ
Adakah wajib bagi seseorang waris itu mengerjakan badal haji bagi orang tuanya yang telah meninggal dunia?
Menurut mazhab Syafie, seseorang yang telah berkemampuan untuk mengerjakan haji, namun dia meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya, maka ahli warisnya wajib mengerjakan badal haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta peninggalan si mati. Ini kerana ia merupakan beban hutang buat si mati.
Bagaimana sekiranya si mati merupakan orang yang tidak berkemampuan?
Namun, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta atau harta si mati tidak mencukupi, maka tidak wajib untuknya mengerjakan haji bagi pihak si mati, sebaliknya ia menjadi perkara yang sunat untuk dikerjakan oleh ahli warisnya ataupun orang asing yang lain bagi pihaknya.
Bolehkah seseorang mengerjakan haji untuk orang yang meninggalkan dunia lebih dari seorang?
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Sumber: muftiwp.gov.my