Contoh Bank Statement RHB Bank Dan Cara Download Online

Bank statement RHB atau penyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan segala urusan kewangan yang berlaku dengan akaun anda, samada akaun persendirian atau akaun syarikat.

Apa Itu Bank Statement RHB

Bank Statement RHB ialah penyata kewangan dari bank RHB di mana dalam bank statement tersebut akan terdapat jumlah amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya bagi akaun yang dibuka di Bank RHB.

Contohnya anda nak melihat gaji anda yang dimasukkan ke dalam Bank RHB samada dah masuk atau belum maka anda boleh melihat statement bank.

Contoh Bank Statement RHB Persendirian

Bagi akaun persendirian atau orang perseorangan, berikut merupakan contoh bank statement RHB mereka

bank statement rhb persendirian

Dan sekiranya ada pihak yang meminta header bank RHB, maka anda perlu memberi gambar macam yang saya buat di atas. Jangan pula menutupi dengan watermark nama, alamat dan no akaun.

Contoh Bank Statement RHB Syarikat

Berikut merupakan contoh bank statement rhb bagi syarikat

bank statement rhb syarikat

Cara Semak Bank Statement RHB

Kami akan menerangkan pada anda cara untuk lihat dan semak bank statement secara online

  • Login di website RHB online banking di https://onlinebanking.rhbgroup.com
  • Pilih ‘Accounts’ dari butang menu
  • Pilih jenis akaun dari menu sidebar
  • Pilih ‘Statements’ tab dan pilih bulan yang anda kehendaki

Cara Download RHB Bank Statement

Anda juga boleh download bank statement anda secara online sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter RHB. Caranya

  • Sila login sebagai user dan pergi ke ” “Account Management”
  • Pilih “Account Statement”
  • Pilih “Statement Download”
  • Pilih “Download” untuk muat turun statement tersebut atau “Print” untuk terus print statement itu

Berikut pula cara download statement sehingga 6 bulan

  • Sila login sebagai user dan pergi ke ” “Account Management”
  • Pilih “Bank Statement (PDF Format)”
  • Pilih Akaun Number dengan menekan butang kanta
  • Pilih tarikh statement bank
  • Pilih “Get Statement” untuk langkah seterusnya
  • Popup window akan keluar dimana anda boleh pilih samada nak print atau download statement tersebut

Bank Statement Melalui Cawangan RHB Bank

Selain dari mendapatkan bank statement secara online, anda juga boleh mendapatkan melalui kaunter bank RHB yang berdekatan. Sila bawa kad pengenalan, buku bank RHB sekiranya ada.

Sila ambil no giliran kemudian minta staff disana untuk mencetak penyata kewangan mengikut bulan yang anda kehendaki.

Contact

Jika anda hadapi sebarang masalah berkaitan bank statement sila hubungi customer services RHB di

Email: reflex.support@rhbgroup.com

Dari Telefon bimbit atau pejabat/rumah

  1. Dial 03-9206 8118
  2. Pilih bahasa (1 untuk English atau 2 untuk Bahasa atau 3 untuk Chinese)
  3. Dengar pengumuman (Decommission of Phone Banking and Quick Balance Inquiry)
  4. Tekan 6 untuk bercakap dengan customer services
  5. Tekan 5 untuk Reflex

Bahagian khidmat pelanggan RHB bersedia menjawab segala permasalahan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Baca juga

Leave a Comment