Kepada warga Selangor yang dalam kesusahan khususnya golongan Asnaf yang memerlukan bantuan, anda boleh membuat permohonan dari Lembaga Zakat Selangor.
PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr
Sekiranya tiada masa untuk ke kaunter, anda boleh mohon secara online. Kami akan kongsikan kepada anda maklumat dan cara untuk membuat permohonan bantuan zakat online dari Lembaga Zakat Selangor.
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
[WPSM_COLORBOX id=3123]
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu menjadi institusi zakat yang terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat. Ianya bertekad memberi perkhidmatan berkualiti yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Syarat Umum Wajib Zakat
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
- Islam
- Merdeka
- Sempurna Milik
- Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
- Cukup Nisab
Rukun Zakat
Kriteria Penerima LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
- 1. Asas Pertimbangan Had Kifayah
Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan
- 2. Status Pekerjaan
Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
- 3. Masalah Kesihatan
Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
- 4. Umur
Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja
- 5. Bilangan Anak
Pemohon menanggung anak yang ramai
- 6. Status Ibu Bapa
Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja
- 7. Lain-Lain
Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti
Permohonan Online Bantuan Lembaga Zakat Selangor
Sudah buat permohonan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), tapi belum terima apa-apa pemakluman status bantuan anda?
Jangan risau, kini anda boleh layari E-Zakat Online (EZO Zakat Selangor) untuk menyemak status permohonan bantuan anda. Perkhidmatan selama 24 jam dan sentiasa dikemaskini untuk pemohon.
Kini anda boleh membuat permohonan semakan Lembaga Zakat Selangor anda dengan cukup mudah.
Layari https://ezo.zakatselangor.com.my/ untuk mengetahui status semakan bantuan zakat selangor online anda. Dengan EZO, segalanya menjadi mudah dan pantas.
Cara Semak Online Lembaga Zakat Selangor
Untuk semak zakat selangor samada berjaya atau tak, anda hanya perlu daftar dahulu (jika pertama kali). Pastikan maklumat diri ketika daftar EZO adalah sama seperti dalam permohonan yang dihantar.
Selepas selesai mendaftar, segala permohonan anda yang telah disemak akan dipaparkan melalui EZO.
Untuk menyemak dan mendaftar Online Lembaga Zakat Selangor, sila klik: Semakan dan Pendaftaran Lembaga Zakat Selangor. Selesai sahaja daftar anda boleh login zakat selangor dan menyemak bantuan yang diberikan.
Semoga dipermudahkan.
Semak Status Permohonan Lembaga Zakat Selangor
Semakan status permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor kini lebih mudah melalui online.
Tiga langkah mudah:
- 1. Layari laman web Zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/semakanbantuanzakat/
- 2. Daftar
- 3. Semak status permohonan bantuan anda
Selain semakan Zakat Selangor melalui online, status permohonan bantuan juga boleh di semak melalui talian 1 300 88 4343 atau datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran.
Bantuan Lembaga Zakat Selangor Kepada asnaf fakir/miskin dan muallaf
Sekiranya mereka berdaftar sebagai asnaf fakir/miskin dan muallaf boleh merujuk terus dengan Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah di kawasan masing-masing.
Layari: Bantuan Lembaga Zakat Selangor
Senarai Bantuan Lembaga Zakat Selangor
Antara senarai bantuan Lembaga Zakat Selangor yang sering dipohon oleh asnaf :
- 1. Bantuan Perubatan – Fakir Miskin
- 2. Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin
- 3. Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah
- 4. Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah
- 5. Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin
- 6. Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin
- 7. Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin
- 8. Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin
- 9. Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan zakat selangor pendidikan dari Lembaga Zakat Selangor boleh ke: Bantuan Pendidikan Zakat Selangor
Apa Itu Zakat Fisabilillah
KIta pahamkan dulu apa itu Fisabilillah. Fisabilillah ini ialah seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat. Agihan kepada Fisabilillah termasuk program agama, kepimpinan dan pengurusan masjid, pembangunan dan bantuan madrasah, pembangunan dan pendampingan belia, dakwah dan pendidikan Islam.
Apabila dikatakan penuntut ilmu atau pendakwah antara asnaf zakat, maka tidak disyaratkan mereka fakir miskin, kerana fakir miskin adalah asnaf yg berlainan.
Mengikut saudara Faisal Rahim
Asnaf Fisabilillah tu ialah apa jua yang terlibat dlm perkembangan syiar agama Islam. Takde kaitan langsung dengan orang miskin. Sebab portion 1/8 tu memang dah tetap.
Contohnya bantuan kepada masjid, surau, gaji guru KAFA dll. Termasuklah pastikan lebih ramai asatizah (belajar agama) yang bawa agama kita ni. Takde kaitan dengan kemampuan keluarganya. Anak-anak fakir miskin kalau sambung belajar pun tetap dapat biasiswa dari Zakat juga.
Lagi banyak jumlahnya mereka dapat. 100% ditaja. Tapi guna portion Asnaf Fakir Miskin. Jadi takde hak orang lain yang diambil. Jumlah yang diterima masuk ke sana pun tak ramai sebab susah nak masuk.
Sebab tu portion zakat Fisabilillah boleh taja. Benda ni umpama budak pandai diterima masuk ke Universiti luar negara dengan tajaan Petronas, TNB, Telekom dll dengan kemampuan mereka sendiri.
Tapi kita semua suruh mereka tolak biasiswa mereka tu sebab mak ayah mereka mampu? Pelik kalau camtu.
Cara Memohon Lembaga Zakat Selangor
Untuk memohon lembaga zakat selangor anda perlulah mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat. Borang Permohonan boleh diperolehi di bawah.
Bantuan Lembaga Zakat Selangor Kepada Pemastautin Tetap
Ramai yang bertanya samada Pemastautin Tetap boleh memohon bantuan Lembaga Zakat Selangor.
Ya. Ini adalah borang kami yang telah diguna pakai sekian lama.
Syarat Umum Permohonan Bantuan :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia/Pemastautin tetap (PR)
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil)
Download Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor
Boleh download borang di sini :
Klik Sini Untuk Download Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor
Tutorial permohonan dan semak bayaran
Mungkin ramai masih keliru cara nak tengok status permohonan atau semakan bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Tonton tutorial ini, kini lebih mudah untuk buat semakan. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga.
Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor di: https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/
Contact
Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakat Selangor Hotline: 1 300 88 4343
Alamat Cawangan Pusat Zakat Selangor Yang lain: Senarai Cawangan Zakat Lembaga Zakat Selangor
Bagi penduduk Kedah yang ingin memohon bantuan Zakat Kedah boleh ke: Zakat Kedah
Bagi penduduk Sabah yang ingin memohon bantuan Zakat Sabah boleh ke: Zakat Sabah
Soalan dan Jawapan Tentang Zakat Selangor
Apa sahaja jenis harta yang perlu dikeluarkan zakat?
Zakat perlu dikeluarkan daripada harta seperti wang simpanan, saham, emas, perak, dan hartanah yang dimiliki lebih dari nisab (had minimum). Harta ini perlu dipelihara selama setahun hijrah sebelum zakat dikenakan.
Bagaimana cara membayar Zakat Selangor?
Pembayaran Zakat Selangor boleh dilakukan melalui kaunter, pemindahan wang elektronik, dan juga melalui portal rasmi Zakat Selangor. Anda perlu mendaftar sebagai pembayar zakat dan mengisi borang yang diperlukan.
Apakah program bantuan yang disediakan oleh Zakat Selangor?
Zakat Selangor menyediakan pelbagai program bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti bantuan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan kebajikan, dan banyak lagi. Pihak Zakat Selangor akan menilai permohonan dan memberikan bantuan kepada yang layak.
Siapakah yang layak menerima bantuan zakat?
Pihak Zakat Selangor akan menilai dan menyaring permohonan bantuan zakat. Biasanya, golongan yang berpendapatan rendah, fakir miskin, asnaf dan golongan yang memerlukan akan diberikan keutamaan.