Bantuan Mangsa Banjir oleh Kerajaan

Bantuan Oleh Kerajaan Terhadap Mangsa Banjir

Keadaan banjir yang melanda beberapa lokasi di seluruh negara amat membimbangkan. Fenomena bencana banjir kali ini amat mengejutkan semua orang. Ramai yg terjejas dan menjadi mangsa di Selangor dan seluruh negara samada secara langsung dan tidak langsung . Begitu juga keadaan masih agak kritikal di sesetengah tempat.

Banyak aduan kejadian bencana banjir yang telah menyebabkan jalan-jalan utama terputus telah diterima oleh pihak berkenan. Ramai keluarga yang sedih, marah, keletihan dan kecewa apabila banyak harta benda rosak, tanaman dan ternakan juga banyak yang terkesan.

Amat menyayatkan hati melihat rakyat Malaysia terpaksa menunggu untuk bantuan, ramai telah kehilangan segala-galanya di rumah, ramai tak makan atau tidur selama dua tiga hari. Perdana menteri kita, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan beberapa bantuan kepada mangsa banjir untuk manfaat mereka.

Mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa menanggung kerugian akibat kemusnahan harta benda. Mengambil kira kepayahan yang didepani Keluarga Malaysia, beberapa agensi kerajaan dan sektor perbankan akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dan perniagaan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir.

Antaranya

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

1. Bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan. Antara kemudahan termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.

Bantuan banjir

Bantuan Pembiayaan Kewangan Peribadi

2. Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). RM100 juta diperuntukkan untuk mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat banjir.

Bantuan banjir

Moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Bantuan TEKUN Nasional

3. TEKUN Nasional mengkhususkan dana RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan. Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.

Bantuan banjir

Bantuan Bank Negara Malaysia

4. Bank Negara Malaysia (BNM) juga memberi kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Disaster Relief Facility 2022 (DRF 2022).

Bantuan banjir

BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.

Alhamdulillah sedikit sebanyak bantuan diberikan dapat meringankan beban mangsa.

Dapatkan waterjet di shopee

Bantuan banjir WATERJET
Klik ikon di bawah

Leave a Comment