Senarai Bantuan Zakat Negeri Kedah

Zakat Kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.

Syarat Umum Wajib Zakat
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
– Islam
– Merdeka
– Sempurna Milik
– Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
– Cukup Nisab

Bayar Zakat Secara Online

Lembaga Zakat Kedah juga ada mewujudkan pembayaran zakat secara online. Klik pautan di bawah untuk menunaikan pembayaran zakat bagi Negeri Kedah

Bayar Online Zakat Kedah

Resit Zakat

Dah tunaikan zakat emas, fitrah, perkejaan, harta secara online tapi terlepas paparan resit?
Jangan risau. Resit anda masih boleh dicetak semula selagimana transaksi anda BERJAYA.

Ini langkah MUDAH untuk cetak semula resit zakat anda. Kongsikan kepada semua ya.

1. Klik https://jom.zakatkedah.com.my
2. Daftar Baru / Log Masuk
3. Pilih Semak Penyata
4. Pilih Zakat Fitrah / Zakat pendapatan / Semua Jenis Zakat
5. Cetak

Bantuan Pelajar IPT

Bantuan Pelajar Zakat Kedah

Lembaga Zakat Kedah juga ada menyediakan bantuan one off yang diberikan dalam bidang pelajaran untuk pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Agihan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak mengikut syarak.

Untuk memohon bantuan Zakat kedah kepada pelajar, anda boleh ke

Borang Permohonan Online IPT Oleh Lembaga Zakat Kedah di:

Mohon Online

Atau sekiranya anda nak memohon baru atau nak buat semakan bantuan ipt oleh Zakat Kedah sila klik

Semakan Bantuan IPT Zakat Kedah

dan pilih pemohonan baru untuk mendaftar atau klik semak permohonan untuk membuat semakan status permohonan

Syarat Kelayakan Zakat Bantuan IPT

Antara Syarat Kelayakan Bantuan:
– Pemohon mestilah beragama Islam.
– Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
– Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2022 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti.
– Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH atau SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK.
– Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
– Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
– Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
– Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon Dermasiswa Awal IPTA.
– Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
– LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Senarai Bantuan Lembaga Zakat Kedah

Selainm dari bantuan IPT, Lembaga Zakat Kedah juga ada menyediakan beberapa bantuan untuk mereka yang berkelayakan.

Antara senarai bantuan yang boleh dipohon ialah :

– Bantuan Sara Hidup
– Bantuan Perubatan
– Bantuan Perumahan
– Bantuan Pendidikan
– Bantuan Pembangunan Ummah
– Bantuan Musibah ALam
– Bantuan Ekonomi/Jayadiri

Cara Memohon Bantuan Lembaga Zakat Kedah

Bagaimana untuk memohon Bantuan Zakat Kedah?
Anda perlulah mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat. Borang Permohonan boleh diperolehi dengan klik link di bawah.

Borang Permohonan Bantuan Zakat

atau klik menu: Aplikasi atas talian >> Pilih yang berkenaan.

Sekiranya tidak terdapat borang permohonan di dalam link yang diberikan, anda boleh ke pejabat zakat daerah yang terdekat dengan anda.

Boleh baca: Senarai Lengkap Pejabat Zakat Daerah di Kedah

Atau hubungi Nombor Rasmi Pejabat Zakat Daerah Seluruh Negeri Kedah yang boleh dihubungi melalui whatsapp

Alamat Pejabat Zakat Kedah

Semakan Online Bantuan Lembaga Zakat Kedah

Selepas selesai mengisi bantuan yang dipohon, anda boleh semak bantuan tersebut selepas tarikh yang diberitahu. Cara Semak hanya secara Online sahaja.

Cara Semak Status Bantuan Lembaga Zakat Kedah

Semak Online Bantuan Lembaga Zakat Kedah

Alamat Pejabat

Alamat Pejabat Zakat Kedah

Ibu Pejabat Zakat Kedah

PEJABAT ZAKAT KEDAH

Alamat :
Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah
Tel : 04-733 1740
Faks : 04-731 6280

Facebook
Twitter

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.