Zakat Kedah
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) merupakan organisasi yang diberi tanggungjawab mengurus kutipan zakat dan agihan zakat di dalam negeri Kedah.
Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri & Cara Bayar Online
Syarat Umum Wajib Zakat
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Antara syarat umum wajib zakat ialah:
- Islam
- Merdeka
- Sempurna Milik
- Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
- Cukup Nisab
Bayar Zakat Kedah Secara Online
Lembaga Zakat Kedah juga ada mewujudkan pembayaran zakat secara online. Klik pautan di bawah untuk menunaikan pembayaran zakat bagi Negeri Kedah secara online
Resit Zakat
Dah tunaikan zakat emas, fitrah, perkejaan, harta secara online tapi terlepas paparan resit?
Jangan risau. Resit anda masih boleh dicetak semula selagimana transaksi anda BERJAYA.
Ini langkah MUDAH untuk cetak semula resit bayaran zakat anda. Kongsikan kepada semua ya.
1. Klik https://jom.zakatkedah.com.my
2. Daftar Baru / Log Masuk
3. Pilih Semak Penyata
4. Pilih Zakat Fitrah / Zakat pendapatan / Semua Jenis Zakat
5. Cetak
Bantuan Zakat Kedah Pelajar IPT
Lembaga Zakat Kedah juga ada menyediakan bantuan one off yang diberikan dalam bidang pelajaran untuk pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.
Agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
Agihan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak mengikut syarak.
Untuk memohon bantuan Zakat kedah kepada pelajar IPT, anda boleh ke
Borang Permohonan Online IPT Oleh Lembaga Zakat Kedah di:
Atau sekiranya anda nak memohon baru atau nak buat semakan bantuan ipt oleh Zakat Kedah sila klik
Semakan Bantuan IPT Zakat Kedah
dan pilih pemohonan baru untuk mendaftar atau klik semak permohonan untuk membuat semakan status permohonan
Syarat Kelayakan Zakat Bantuan IPT
Antara Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kedah untuk pelajar IPT ialah:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran)
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2022 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti
- Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH atau SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian
- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran
- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon Dermasiswa Awal IPTA
- Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan
Senarai Bantuan Lembaga Zakat Kedah
Selain dari bantuan IPT, Lembaga Zakat Kedah juga ada menyediakan beberapa bantuan untuk mereka yang berkelayakan.
Antara senarai bantuan yang boleh dipohon ialah :
- 1. Bantuan Sara Hidup
- 2. Bantuan Perubatan
- 3. Bantuan Perumahan
- 4. Bantuan Pendidikan
- 5. Bantuan Pembangunan Ummah
- 6. Bantuan Musibah Alam
- 7. Bantuan Ekonomi/Jayadiri
Cara Memohon Bantuan Lembaga Zakat Kedah
Bagaimana untuk memohon Bantuan Zakat Kedah?
Untuk memohon bantuan dari Zakat Kedah, anda perlulah mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat. Borang Permohonan boleh diperolehi dengan klik link di bawah.
Borang Permohonan Bantuan Zakat
atau klik menu: Aplikasi atas talian >> Pilih yang berkenaan.
Sekiranya tidak terdapat borang permohonan di dalam link yang diberikan, anda boleh ke pejabat zakat daerah yang terdekat dengan anda.
Boleh baca: Senarai Lengkap Pejabat Zakat Daerah di Kedah
Atau hubungi Nombor Rasmi Pejabat Zakat Daerah Seluruh Negeri Kedah yang boleh dihubungi melalui whatsapp
Semakan Online Bantuan Lembaga Zakat Kedah
Selepas selesai mengisi bantuan yang dipohon, anda boleh semak bantuan tersebut selepas tarikh yang diberitahu. Cara Semak permohonan bantuan Lembaga akat Kedah hanya secara Online sahaja.
Untuk menyemak Bantuan dari Lembaga Zakat Kedah layari Laman web Semakan Zakat Kedah di
Semak Online Bantuan Lembaga Zakat Kedah
Alamat Pejabat
Berikut adalah Alamat Pejabat Zakat Negeri Kedah untuk dihubungi
Ibu Pejabat Zakat Kedah
Alamat :
Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah
Tel : 04-733 1740
Faks : 04-731 6280
Bagi penduduk Selangor yang ingin memohon bantuan Zakat Selangor boleh ke: Zakat Selangor
Bagi penduduk Sabah yang ingin memohon bantuan Zakat Sabah boleh ke: Zakat Sabah
saya ad mohon utk bantuan zakat bulanan.. bulan 10 msuk.. knp bulan 11 tak masuk
atas nama
MOHD RIZUWAN BIN AB RASHID
951130026051
Sila hubungi talian Zakat Kedah di
Tel : 04-733 1740
Faks : 04-731 6280
Zakat Kedah
Assalamualaikum,
Anak saya ditawarkan ke Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej Permata Insan, USIM N.Sembilan.
Yuran permulaan yang perlu dibayar berjumlah RM1950 & RM 1300 pada tahun berikutnya sehingga Tingkatan 4.
Anak sata tidak layak menerima subsidi. Adakah sebarang bantuan yang boleh saya mohon memandangkan dalam tempoh yang sama saya juga perlu menjelaskan bayaran yuran asrama penuh seorang lagi anak di Sek Men Sains Kubang Pasu.