Senarai Barang Keperluan Untuk Ibu Dan Bayi Semasa Bersalin di Hospital

Checklist barang sebelum bersalin

Tak salah kan untuk sentiasa bersedia. Tak adalah nanti suami perlu berulang-alik mencari barang. Rujukan ini sesuai untuk ibu-ibu yang pertama kali mengandung, yang dah 2 ke 3 kali pun boleh juga jadikan sebagai panduan. Apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu, seeloknya ibu yang hamil membuat satu checklist barang sebelum bersalin, iaitu satu senarai persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital.

Ini bertujuan supaya ibu dapat menyambut kelahiran bayi dalam keadaan yang benar-benar bersedia. Sekiranya buat minggu-minggu akhir kehamilan, bimbang nanti kalau-kalau bayi tak sabar nak keluar, awal dari tarikh jangkaan, mungkin ada barang-barang yang tertinggal kerana panik!

Mula-mula, ibu perlu asingkan checklist barang sebelum bersalin ini kepada 2 kategori, iaitu barang keperluan ibu dan barang keperluan bayi.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang ingin membuat checklist barang sebelum bersalin.

Download: Checklist barang sebelum bersalin

Penting untuk bawa


– Kad pengenalan
– Buku pink / rekod kesihatan ibu
– Kad nikah / Sijil nikah
– Charger / Powerbank
– Handphone

Barang Bayi


– Baju lengan panjang dan seluar termasuk sarung tangan, stoking dan penutup kepala (2-3 pasang)
– Newborn Diaper
Kain Bedung
– Barut
– Selimut
– Sapu tangan
– Tuala
Penjagaan bayi (bedak, losen, syampu, minyak telon, minyak yuyee, baby oil, cotton bud)
Baby wipes
– Botol susu (sekiranya perlu)

Barang Ibu

Checklist barang sebelum bersalin

– Baju 2 helai (nursing friendly)
– Sweater
– Baju selepas discaj
Nursing bra
– Breast pad
– Maternity pa
– Disposable panties
– Kain batik
– Skirt
– Tudung sarung
– Stoking
– Selipar
– Telekung
– Tuala muka untuk lap peluh
– Tuala
– Toiletries & Penjagaan diri (Sabun, ubat gigi, berus gigi, sikat, bedak, losen)
– Minyak TYT / minyak panas / minyak urut
– Beg plastik (untuk baju kotor)
Breast pump (in case nak guna, siapkan je)
– Nipple cream (standby)

Makanan


– Biskut / Kurma / Roti / Energy bars seperti Snickers, Mars – mudah untuk makan dan beri tenaga sebelum bersalin
– Horlicks / Nestum / Oat – lepas bersalin memang selalu rasa lapar, lagi-lagi selepas menyusukan bayi
– Air zam zam
– Minuman 3 in 1
– Termos / Mug, Pinggan, Sudu, Garfu

Tambahan


– Al-Quran
– Buku (kalau minat membaca, boleh membaca jika ada masa)
– Pasang tempat duduk kereta untuk bayi (boleh kendong bayi, tapi baby car seat lebih selamat dan mematuhi undang-undang)

Ada sesetengah hospital yang sudah menyediakan beberapa barangan keperluan ini, jadi kita tak perlu nak bawa terlalu banyak barang.
Tapi, kalau nak prepare pun tiada masalah. Ikut keperluan masing-masing. Semoga proses bersalin ibu-ibu nanti berjalan dengan lancar 🤱

Kedai Barang Ibu dan Baby MoMo House

Dekat sini ada pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi, Momo House. Kalau penat nak ke kedai boleh beli je di Shopee. Klik je gambar dan ibu akan dibawa terus ke kedai shopee official diorang ye.

Klik Untuk pembelian di Shopee

Download Checklist barang sebelum bersalin

Checklist barang sebelum bersalin

Baca juga: Set Bersalin dari Amway

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.