Checklist barang sebelum bersalin
Tak salah kan untuk sentiasa bersedia. Tak adalah nanti suami perlu berulang-alik mencari barang. Rujukan ini sesuai untuk ibu-ibu yang pertama kali mengandung, yang dah 2 ke 3 kali pun boleh juga jadikan sebagai panduan. Apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu, seeloknya ibu yang hamil membuat satu checklist barang sebelum bersalin, iaitu satu senarai persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital.
Ini bertujuan supaya ibu dapat menyambut kelahiran bayi dalam keadaan yang benar-benar bersedia. Sekiranya buat minggu-minggu akhir kehamilan, bimbang nanti kalau-kalau bayi tak sabar nak keluar, awal dari tarikh jangkaan, mungkin ada barang-barang yang tertinggal kerana panik!
Mula-mula, ibu perlu asingkan checklist barang sebelum bersalin ini kepada 2 kategori, iaitu barang keperluan ibu dan barang keperluan bayi.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang ingin membuat checklist barang sebelum bersalin.
Download Checklist barang sebelum bersalin: Checklist
Penting untuk bawa

– Kad pengenalan
– Buku pink / rekod kesihatan ibu
– Kad nikah / Sijil nikah
– Charger / Powerbank
– Handphone
Barang Bayi

– Baju lengan panjang dan seluar termasuk sarung tangan, stoking dan penutup kepala (2-3 pasang)
– Newborn Diaper
– Kain Bedung
– Barut
– Selimut
– Sapu tangan
– Tuala
– Penjagaan bayi (bedak, losen, syampu, minyak telon, minyak yuyee, baby oil, cotton bud)
– Baby wipes
– Botol susu (sekiranya perlu)
Barang Ibu

– Baju 2 helai (nursing friendly)
– Sweater
– Baju selepas discaj
– Nursing bra
– Breast pad
– Maternity pad
– Disposable panties
– Kain batik
– Skirt
– Tudung sarung
– Stoking
– Selipar
– Telekung
– Tuala muka untuk lap peluh
– Tuala
– Toiletries & Penjagaan diri (Sabun, ubat gigi, berus gigi, sikat, bedak, losen)
– Minyak TYT / minyak panas / minyak urut
– Beg plastik (untuk baju kotor)
– Breast pump (in case nak guna, siapkan je)
– Nipple cream (standby)
Makanan

– Biskut / Kurma / Roti / Energy bars seperti Snickers, Mars – mudah untuk makan dan beri tenaga sebelum bersalin
– Horlicks / Nestum / Oat – lepas bersalin memang selalu rasa lapar, lagi-lagi selepas menyusukan bayi
– Air zam zam
– Minuman 3 in 1
– Termos / Mug, Pinggan, Sudu, Garfu
Tambahan

– Al-Quran
– Buku (kalau minat membaca, boleh membaca jika ada masa)
– Pasang tempat duduk kereta untuk bayi (boleh kendong bayi, tapi baby car seat lebih selamat dan mematuhi undang-undang)

Ada sesetengah hospital yang sudah menyediakan beberapa barangan keperluan ini, jadi kita tak perlu nak bawa terlalu banyak barang.
Tapi, kalau nak prepare pun tiada masalah. Ikut keperluan masing-masing. Semoga proses bersalin ibu-ibu nanti berjalan dengan lancar.
Kedai Barang Ibu dan Baby MoMo House
Dekat sini ada pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi, Momo House. Kalau penat nak ke kedai boleh beli je di Shopee. Klik je gambar dan ibu akan dibawa terus ke kedai shopee official diorang ye.
Jom shopping di Kedai Barang Ibu dan Baby MoMo House
Download Checklist barang sebelum bersalin
Klik untuk download checklist: Checklist

Baca juga: Set Bersalin dari Amway
Kalau dapat baby perempuan boleh bagi nama anak perempuan dalam islam
Kalau dapat baby lelaki boleh bagi nama anak lelaki dalam islam
jazakillah khayr sebab dah listkan whats needed for the new mommy to be…although i am a mother to a son,soon i will get the second baby In Shaa Allah…kebiasaannya mak mak dah lupa apa nak bawa ke hospital,and apa yg perlu untuk berpantang apa semua so syukur ada org nak tolong listkan macam ni siap suggest set berpantang mana nak beli…saya first born pun pakai set pantang dari Amway which is Tropical Herbs tu,Alhamdulillah kesan dia sangat-sangat bagus.
sama2 puan. moga bermanfaat ya