Senarai Barang Pembersihan Wajib Beli di Eco Shop

Kekadang rasa pening nak bersihkan rumah. Dengan kelengkapan yang tak cukupnya. Tapi sebenarnya dengan kewujudan kedai Eco shop dah memudahkan korang tau.

Kedai Eco Shop ni sebenarnya banyak barang basic yang ada. Kalau setakat barang untuk kebersihan rumah tu cukup lengkap dah.

Kalini kami nak kongsikan perkongsian dari Hani Mynis yang berkongsi tentang barang pembersihan rumah yang boleh didapati di kedai eco shop.

Sebelum tu bagi yang berada di Selangor, kalau tercari-cari kedai eco shop yang terdekat bolehla baca senarai kedai eco shop di Selangor yang telah kami kongsikan ini.

10 Barang Pembersihan Wajib Beli di Eco Shop

Jom lihat antara produk pembersih yang korang boleh dapati di kedai eco.

Tisu basah

tisu basah kedai eco near me

Sekarang ni dah ada tisu khas utk rumah, hani wajib restock ketiga tiga jenis wet tissue ni. Yang antibacterial wipes tu paling hani suka sebab dia multipurpose. Boleh dikatakan kat ruang rumah hani ada je satu hani letak supaya senang dicapai.

Untuk yang window wipes tu bukan je untuk cermin atau tingkap, hani guna juga utk barang perhiasan rumah yang dibuat dari kaca atau kristal semasa Pembersihan habuk. Pintu peti ais pun hani guna yang ni utk kilatkan dia.

Untuk yg furniture wipes pula hani guna utk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yg ada kat rumah. Papan landas kayu (yg hani buat hiasan) pun hani guna ni. Hani perasan kulat susah nak naik kalau guna wet tissue ni lap perabot. Lagi-lagi musim hujan gini mmg kena ada.

Selalunya hani memang guna wet tissue untuk Pembersihan pantas 30 minit, utk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.

Kain lap microfiber

Kain lap microfiber kedai rm2 near me

Hani sebenarnya tak suka sangat guna kain “buruk” sebab kadang-kadang susah nak hilangkan kesan kotoran kat kain lap ni. Hehe
Tapi ianya berubah sejak hani jumpa kain ni. Specifically this one.

Dalam banyak2 kain lap hani dah test (selain dari reuseable wipe cloth) , this one the best! Sebab dia sangat water absorbent. Dan paling penting sangat senang dibersihkan (dengan syarat lepas guna kena bersihkan terus).

Kalau guna utk lap permukaan cermin, dia tak akan tinggalkan cebisan2 kain kat atas permukaan, dimana hani sngtt lah tak suka kalau guna kain untuk mengelap last2 ada “sisa2” kain melekat pada permukaan yang dah dilap tu 

Untuk buat deep cleaning, hani guna kain lap ni untuk buat lap dan bersihkan habuk.

Kitchen Cleaner

kitchen cleaner eco near me

Hani dah try mcm jenama sebelum ni untuk hilangkan kesan minyak dengan mudah kat dapur masak nampaknya kitchen cleaner ni setanding tapi dengan harga jauh lebih murah haha kesannnya pun terbaik. Tak perlu explain panjang2 haha

Spray kitchen cleaner ni kat dapur gas masak tu, lepas tu lap dengan kain lap tadi. Instant cleaning

Pembersih botol susu dan sayur

Pembersih botol susu dan sayur kedai 2 ringgit

Sebelum ni hani guna yang berjenama beli kat Tesco harga boleh tahan juga RM9. 90 utk satu pek. Kenapa bayar lebih kalau kualiti yg sama boleh dapat harga yg jauh lebih murah. Bersih dan wangi sama je mcm yg hani pakai sebelum ni. Beli banyak terus kalau jmpa sbb nak basuh buah dan sayur pun boleh guna ni.

Anti Urine dan Anti Tabacco

Anti urine dan anti tabacco kedai 2 ringgit near me

Dua pembersih hilangkan bau ni pun baru hani masukkan dalam list. So far hani baru try anti bau urin je. Anti tabacco hani tak try lagi. Haritu hani try anti urine sbb kucing bertuah pergi kencing kat bawah sofa. So kena sikit air dia kat sofa tu hani dah lah ada sikit sensitif bau kencing kucing. Terus g Eco beli benda alah ni. Masukkan dalam spray. Cairkan sikit (ratio 2 anti urin : 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yg sama. Hilang terus bau.

Pembersih Mesin Basuh

pembersih mesin basuh kedai eco shop

Rasanya ramai dah tahu pasal pembersih mesin basuh ni kan. Memandangkan hani buat deep cleaning mesin basuh sebulan sekali, pembersih ni sngtt lah membantu. Nak guna pun senang je.

Laundry Ball

Laundry ball 2co shop

Alang2 cerita pasal mesin basuh ni, hani ceritakan sekali pasal barang Pembersihan no 7 iaitu laundry ball. Dulu2 hani beli laundry ball ni kat Mr Diy je. Sekarang kat Eco pun ada jual 😍

Laundry ball ni fungsi dia untuk tambah geseran kat pakaian semasa dia dalam mesin basuh je bila geseran bertambah insyaAllah pakaian lebih bersih. Lagi banyak kita pakai laundry ball lagi banyak geseran antara pakaian terhasil so pakaian pun lebih bersih. So fungsi utama laundry ball ni bukan untuk elakkan pakaian bergumpal

Laundry Net

laundry net kedai rm2

Pakaian-pakaian kecil seperti pakaian dalam boleh dimasukkan di dalam laundry net ini supaya tidak cepat rosak. Jika tidak dimasukkan dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ini akan berpusing-pusing dan bersimpul dengan pakaian lain serta akan meregangkan tali bra dan hilang keelastikan getahnya.

Di kedai Eco, terdapat tiga jenis laundry net, iaitu khas untuk bra, seluar dalam dan stoking.

Cleaning Gel

Cleaning gel eco plus near me

Sebelum ni hani pernah try jenama lain. Sebab nak try? Saje haha tgk mcm best je. Sbb dulu rasa tak pernah nampak cleaning gel ala gini.
Macam biasa, harga boleh tahan haha

Bila Eco keluarkan je cleaning gel guna style yg sama terus hani beli hahaha

Resultnya? Not bad not bad. Bau dia walaupun x kuat wanginya tapi ada baunya. Hani stampkan kat dalam mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air dia hasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.

Not bad at all hehe

Compressed Bag

Compressed Bag rm2 shop near me

Last but not least.! Compressed / vaccum bag!

Hani dah pernah tunjuk macam mana hani susunatur comforter, cadar patchwork kat rumah hani kan sebelum ni? Hani gunakan vacuum bag utk jimatkan ruang. Hani masukkan dalam beg ni, kemudian guna pump atau vacuum cleaner untuk sedut udara dalam beg. Dari tebal jadi nipis perginya. So lebih menjimatkan ruang utk disimpan.

Tapi satu yg x best kalau tak silap hani ada satu je saiz dia jual kat Eco.

Penutup

Itu sahaja artikel mengenai barang pembersih rumah yang ada di kedai eco dari kami untuk anda. Jadi apa lagi. Jom serbu eco shop berdekatan anda sekarang juga.

Leave a Comment