6 Barangan Penting Untuk Berkhemah

Berkhemah

Aktiviti berkhemah tengah viral merata tempat di Malaysia. Camping atau Berkhemah merupakan salah satu aktiviti outdoor yang sangat menarik bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Sudah pasti, kebiasaannya berkhemah memakan masa sekurang-kurangnya 1 hari di tapak perkhemahan tertentu.

Biasa hujung musim sekolah akan ada kem building dari sekolah-sekolah mencari tempat perkhemahan untuk muridnya. Untuk berkhemah, terdapat beberapa barang perlu anda bawa demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan alam semula jadi. Jadi kami akan share 6 barangan yang perlu dibawa ketika berkhemah.

Kalau taknak berkhemah tapi nak aktiviti indoor boleh baca: Tempat Menarik di KL dan Selangor Untuk Aktiviti Indoor

Barangan Wajib Bawa Ketika Berkhemah

1. Khemah

Sudah tentulah khemah merupakan barangan utama paling penting kalau nak berkhemah. Pemilihan khemah yang bagus sangat penting untuk memberi keselesaan semasa tidur atau semasa duduk dalam khemah. Ia juga dapat melindungan kita dari cuaca yang tak menentu seperti hujan atau panas. Di luar sana terdapat beberapa jenis dan saiz khemah untuk camping. Ada khemah yang boleh memuatkan 1 atau 2 orang, dan ada juga khemah yang mampu memuatkan lebih kurang 5-6 orang. Jadi pemilihan khemah adalah bedasarkan bilangan peserta yang ingin pergi camping.
Khemah untuk 6-8 orang

Antara Khemah yang sesuai untuk 6-8 orang: Khemah Mesra Solat

2. First Aid Kit

Antara barangan penting sekiranya berlaku kemalangan tak berbau seperti tercucuk duri atau luka kecil akibat tersadung batu. Maklumla kawasan perkhemahan. Ada bermacam benda. Jadi wajiblah kalau ada first aid kit untuk kegunaan sekiranya ada kemalangan kecil yang tak diingini terjadi.
1st aid kit camping

Firts aid kit multi purpose yang mengandungi 39 item: Multi-Purpose First Aid Kit

Baca Juga  Senarai Kedai Eco Shop Kedai 2 Ringgit di Selangor

3. Air Bersih

Air bersih adalah penting walau dimana jua anda berada. Walau anda lihat airnya jernih dan rasa tiada masalah kalau minum, sila pastikan air tersebut dimasak terlebih dahulu. jadi bekalan air kosong amatlah penting.
air bersih untuk berkhemah

Air Bersih 1.5L: Air Bersih Jenama Desa 1.5L x 12 Botol

4. Mess Kit

Mess kit ni merupakan barangan yang digunakan untuk menyedia, memasak dan menghidangkan makanan semasa berkhemah. Item-item yang patut ada dalam mess kit ialah pinggan dan mangkuk, gelas, mangkuk, kuali, dan sebagainya. Lagi bagus kalau setiap orang bawa mess kit sendiri.
Mess kit untuk Camping

Mess kit Untuk Camping: Mess Kit untuk 4-5 Orang

5. Rechargeable Fan

Kipas penting untuk mengelakkan badan terdedah dengan cuaca panas melampau yang mampu membuatkan kita berasa letih dan kurang tenaga. Pengudaraan yang baik pada waktu tengah hari akan memberikan keselesaan sewaktu bercamping di dalam hutan mahupun di tempat yang mempunyai ramai orang.
kipas portable bateri
Rechargeable Fan Tahan Lama: Kipas Dengan 8000mAh

6. Stove Portable

Sekiranya anda nak memasak masakan, pentingnya ada stove portable sewaktu berkhemah. Lagi-lagi kalau time hujan di tapak perkhemahan. Kalau nak guna api terpaksa menunggu hujan reda. Jadi kena bawa 1 untuk keadaan yang menghalang anda dari memasak makanan secara menggunakan api dari kayu mahupun arang.
Stove portable untuk camping

Stove portable untuk berkhemah: Stove Portable Camping

Kesimpulan

Berkhemah ni ada pantang dia iaitu jangan MAKAN dalam khemah.
Barang makanan dah habis kena basuh rajinkan diri, kalau tak habis pastikan ia tertutup. sisa makanan buang dlm plastik diikat letak jauh sikit atau longgok sisa makanan di kawasan jauh nun dari kawasan kita nak tidur. Takut mengundang haiwan seperti semut/tikus/lipan/kala atau haiwan yang berbisa. Jadi sebelum benda-benda atau kejadian yang tak diingini berlaku ambillah langkah berjaga-jaga.

Leave a Comment

error: Content is protected !!