Apa itu Bitcoin (btc)
Secara ringkas, Bitcoin adalah matawang digital yang di perkenalkan pada tahun 2009 oleh organisasi atau individu misteri yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto. Bitcoin juga adalah matawang digital pertama yang diperkenalkan di dunia.
Juga dikenal sebagai BTC, Bitcoin kini kian menarik minat pelabur dan individu individu yang tertarik dengan kelebihan matawang digital tersebut.
Harga bitcoin
Apabila Bitcoin mencecah RM200,000 seunit pada tahun 2021, ramai pembeli ingin menceburi pasaran untuk pertama kalinya. Ramai tertanya-tanya adakah pembelian Bitcoin boleh dibuat menerusi perbankan atas talian?
Bagi anda yang berminat untuk membeli Matawang kripto Bitcoin (BTC), kami akan kongsikan cara-cara untuk membeli Bitcoin di Malaysia.
Cara membeli Bitcoin di Malaysia
Luno
Daftar Luno di web Luno atau aplikasi Anroid/IOS
Lagi mudah anda download di telefon kerana boleh bawa kemana-mana. Manala tahu tengah berjalan BTC pacak atau turun, boleh terus jual atau beli.
Kalau anda mahukan RM25 percuma, jangan lupa masukkan referral code DGSQTG pada bahagian Rewards > Enter a code (rujuk gambar di bawah).
Selesai buka akaun, anda perlu melakukan deposit pertama serendah RM10 sahaja.
Deposit ke Akaun LUNO
Cara untuk melakukan deposit ke akaun LUNO:
Klik Wallets
Klik Local Currency
Klik Deposit
Masukkan amaun contoh RM100,000
Klik Continue to FPX
Baca juga: Cara Beli Bitcoin Di Binance
Luno kini sudah ada FPX. jadi ia memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan deposit melalui akaun bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Public Bank dan bank-bank lain.
Bagi anda yang ada modal lebih, kami cadangkan bermula dengan RM250.
Beli Bitcoin di Malaysia
Kemudian anda boleh beli Bitcoin pertama mengikut amaun yang anda inginkan.
Selain Bitcoin, Luno juga menyokong beberapa matawang kripto lain seperti Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).
Jual Bitcoin di Malaysia
Apabila anda sudah untung melalui pelaburan anda ke atas Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC) dan ingin mengeluarkan duit modal atau pun untung, anda boleh jual semula Bitcoin di Luno. Tidak perlu pening kepala dengan tranfer ke exchange-exchange lain. Ini kerana Luno berdaftar dengan BNM.
Kemudian boleh terus mohon pengeluaran (withdawal) ke akaun bank anda.
Cukup mudah dan pantas.
Jika tiada keperluan untuk membeli coin yang lain, cukup sahaja untuk menggunakan Luno. Bila dah bersedia untuk trade coin yang lebih pelbagai, barulah mencuba Huobi atau lain-lain exchanger. Nanti admin akan share cara pembelian melalui exchanger lain pula.
Tips Invest Dalam Coin
Baca juga: Cara Buka Akaun Company Maybank kot-kot dah masyuk dalam pelaburan bitcoin, bukalah akaun company pula.