Insentif Siswa Yayasan Perak Peringkat Diploma dan Ijazah 2024

Yayasan Perak adalah sebuah Yayasan bagi Negeri Perak dimana ia menyediakan bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada Insentif Siswa Yayasan Perak untuk mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Perak

Biasiswa Yayasan Perak ataupun biasiswa YAB Menteri besar adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).

Pelajar yang berkelayakan akan disenarai pendekkan oleh pihak JPN dan akan diserahkan kepada pengurusan Yayasan Perak untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu tiada permohonan diperlukan untuk memohon Biasiswa Yayasan Perak ini. Tetapi ada cara lain untuk memohon bantuan pendidikan dari Yayasan Perak iaitu Insentif Siswa Yayasan Perak.

Insentif Siswa Yayasan Perak

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Perak

Sebelum ini ia dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak. Jadi kalau nak mohon Dermasiswa Yayasan Perak atau Insentif Siswa Yayasan Perak sama sahaja.

Insentif Siswa Yayasan Perak ataupun ISYP adalah merupakan bantuan Yayasan Perak one off kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Cara Memohon Insentif Siswa Yayasan Perak

Berikut merupakan cara untuk memohon bantuan pendidikan Insentif Siswa Yayasan Perak (ISYP)

  1. Sila mohon di pautan berikut http://goo.gl/5G4a2n
  2. Download borang permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak di Borang Permohonan
  3. Borang permohonan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
  4. Sebelum memohon sila semak dulu senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) samada layak untuk memohon ataupun tidak di Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Yang Layak
contoh borang permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak
Contoh borang permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak

Kadar Insentif Siswa Yayasan Perak

Kadar pemberian Insentif Siswa Yayasan Perak adalah bedasarkan peringkat pengajian iaitu

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM) 
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon ISYP ini bedasarkan samada permohonan bagi pendidikan luar negara atau dalam negara

Syarat-syarat Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak Luar Negara

  • Anak kelahiran Negeri Perak
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak (Kena ada surat pengesahan bermastautin oleh penghulu atau ketua kampung)
  • Sila semak universiti yang berkelayakan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di pautan www2.mqa.gov.my
  • Permohonan pada semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.
  • Mestilah tawaran pengajian sepenuh masa samada peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  •  Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara tidak boleh memohon
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan ibubapa atau isi rumah mestilah dibawah RM7500.00 sebulan.
  • Jika pemohon telah bekerja atau berkahwin sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Syarat-syarat Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam Negara

  • Sila semak universiti yang berkelayakan yang diiktiraf di pautan Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Yang Layak
  • Anak kelahiran Negeri Perak
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak (Kena ada surat pengesahan bermastautin oleh penghulu atau ketua kampung)
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun).
  • Pendapatan ibubapa atau isi rumah mestilah dibawah RM7500.00 sebulan.
  • Jika pemohon telah bekerja atau berkahwin sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen Yang Diperlukan (Insentif Siswa Dalam Dan Luar Negara) ialah

  1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).
  2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).
  4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)
  5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).
  6. Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pengetua/ Guru Besar/ Pemimpin Tempatan/ Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.

Sila ambil perhatian tentang perkara berikut

  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

Semakan Insentif Siswa Yayasan Perak

Anda boleh menyemak status permohonan di laman web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my dan klik pada pautan “Semakan Status Permohonan” dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan pada waktu pejabat di talian 05-255 2929.

Maklumat Lanjut

  1. Emel ke admin@yayasanperak.com.my atau 
  2. Aduan ke aduan@yayasanperak.com.my atau
  3. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300
  4. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.
  5. Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak, Instagram YayasanPerak, Twitter YayasanPerak

Baca juga

Leave a Comment