Bil Indah Water dan Cara Pembayaran Online

Bagi yang dah ada rumah sendiri, jangan lupa untuk bayar bil Indah Water. Bil Indah Water biasanya akan datang 6 bulan sekali.

Tahukah anda, pembuangan sisa makanan atau apa juga sisa pepejal (selain air sisa kumbahan) boleh menyebabkan paip pembetungan tersumbat. Apabila berlaku sumbatan, pelbagai masalah akan timbul terutama limpahan air kumbahan di atas jalan atau di tandas.

Bil Indah Water

Ramai yang tanya bil indah water tanggungjawab penyewa atau tuan rumah. Biasanya bil api, air dan bil Indah Water semua penyewa yang bayar, sebab penyewa yang duduk rumah/premis tu kan. Tapi apapun kena tengok surat perjanjian rumah sewa jugakla apa yang tertulis.

Kalau ada dinyatakan penyewa kena bayar maka penyewalah bayar. Jika tiada dinyatakan maka ia tanggungjawab penyewa untuk membayar bil Indah Water tersebut.

Sebab penyewa yang duduk di rumah tu dan penyewa yang menggunakan tandas bukannya tuan rumah.

Apapun tengok balik perjanjian antara tuan rumah. Jadi, tanggungjawab untuk membayar bil Indah Water ni adalah mengikut persetujuan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak semasa menandatangani perjanjian rumah sewa.

Caj Indah Water

Di bawah ini kami sertakan caj asas bulanan perkhidmatan Indah Water untuk premis domestik sahaja dimana anda sebagai orang yang duduk di rumah tersebut.

“Premis Domestik” bermaksud mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk.

tangki septik indah water
Sumber https://www.iwk.com.my/my/our-services

Berikut merupakan jadual dengan kategori dan kadar caj bulanan Indah Water

KategoriKadar Caj(RM/bulan)
Rumah kos rendah dan Kuarters Kerajaan dalam kategori F, G, H dan IRM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan.

RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan)
Rumah di Kampung, Kampung Baru dan EstetRM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan.

RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan)
Premis dan Kuarters Kerajaan dalam kategori A, B, C, D dan ERM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan.

RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan)
Premis dengan sistem tangki septik tidak standard dan tradisional (palong)RM260 bagi saiz tangki < 2.5m3
RM390 bagi saiz tangki > 2.5m3 – 4.5m3
RM130 bagi tambahan setiap meter padu untuk tangki melebihi 4.5m3

Contoh Bil Indah Water

Caj yang dikenakan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK untuk pengosongan tangki septik (bagi yang menetap di kawasan perumahan) adalah RM 192.00. Bayaran boleh dibuat secara ‘one-off’ atau atau secara ansuran sebanyak RM 8.00 sebulan.

Berikut merupakan contoh bil Indah Water yang akan anda terima.

contoh bil indah water
Sumber https://www.facebook.com/lim.c.keong.52

Cara Pembayaran Bil Indah Water

Secara umumnya terdapat beberapa cara mudah untuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian. Bil Indah Water boleh bayar dimana-mana sahaja samada secara online atau offline antaranya

  • Portal Pay-Bill IWK
  • Aplikasi IWK di Android
  • Aplikasi IWK di iOS
  • Perbankan Internet (JomPAY)
  • Kaunter pembayaran setiap negeri

Bayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)

Kami terangkan cara pembayaran menggunakan Jompay

  1. Log masuk akaun bank pilihan anda seperti biasa (CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dll)
  2. Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)
  3. PIlih JomPAY
  4. Pada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502
    • Bagi Maybank dan BSN, ada boleh pilih Indah Water Konsortium dari senarai Payee
  5. Ref 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWK
  6. Ref 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel anda
  7. Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar
  8. Request TAC
  9. Masukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bil Indah Water atau sebagainya, sila hubungi IWK melalui saluran berikut:

Senarai Customer Service Indah Water Setiap Negeri

Berikut merupakan senarai pusat customer service Indah Water bagi seluruh negeri di Malaysia

Indah Water Perlis

  • 04 – 736 0828

Indah Water Kedah

  1. Alor Star, MP Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang & Yan
    • 04 – 736 0828
  2. Langkawi
    • 04 – 966 5828
  3. Sg. Petani, Kulim, MD Sik, Bandar Baharu & Baling
    • 04 – 426 9758

Indah Water Pulau Pinang

  1. Pulau Pinang
    • 04 – 282 5828
  2. Seberang Prai
    • 04 – 530 4929

Indah Water Perak

  1. Taiping, Kuala Kangsar, MD Gerik, Kerian, Selama, Pengkalan Hulu & Lenggong
    • 05 – 807 0828
  2. Ipoh, MD Cameron Highlands
    • 05-241 3600
  3. Manjung, Teluk Intan, MD Tg. Malim, Tapah, Perak Tengah, Kampar, Batu Gajah
    • 05-6883964

Indah Water Selangor

  1. Klang, MD Kuala Selangor
    • 03 – 3122 8911
  2. Subang Jaya & MD Kuala Langat
    • 03 – 55427828
  3. Selayang, Ampang Jaya & MD Hulu Selangor, Sabak Bernam
    • 03 – 6135 1491
  4. Kajang, Sepang
    • 03 – 8318 5834
  5. Shah Alam & Petaling Jaya
    • 03 – 55427828

Indah Water Wilayah Persekutuan

  1. Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya
    • 03 – 2284 7828
  2. Labuan
    • 087 – 414 828

Indah Water Negeri Sembilan

  1. Seremban, Port Dickson, Nilai, MD Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau & Tampin
    • 06 – 6789 055

Indah Water Melaka

  1. Melaka Bandaraya Bersejarah, MP Alor Gajah, MP Hang Tuah Jaya, MD Jasin
    • 06-2860075

Indah Water Pahang

  1. Kuantan, MP Temerloh, Bentong, MD Pekan, Rompin, Jerantut, Maran, Bera, Raub, Kuala Lipis
    • 09 – 5177628

Indah Water Terengganu

  1. Kuala Terengganu, MP Kemaman, Dungun, MD Hulu Terengganu, Marang, Besut & Setiu
    • 09 – 617 8838

Indah Water Johor

  1. Batu Pahat, Kluang, Muar, MD Kulai, Labis, Segamat, Simpang Renggam, Tangkak & Yong Peng
    • 07-7716828
  2. Iskandar Puteri, MB Johor Bahru, MB Pasir Gudang, MP Penggerang, MD Mersing, Kota Tinggi & Pontian
    • 07 – 5114983

Indah Water Kelantan

  1. Kota Bharu Bandar Raya Islam, MD Bachok, MD Gua Musang, MD Jeli, MD Kuala Krai, MD Machang, MD Pasir Mas, MD Pasir Puteh, MD Tanah Merah & MD Tumpat
    • 09 – 747 9505

    Leave a Comment