Bagi yang dah ada rumah sendiri, jangan lupa untuk bayar bil Indah Water. Bil Indah Water biasanya akan datang 6 bulan sekali.
Tahukah anda, pembuangan sisa makanan atau apa juga sisa pepejal (selain air sisa kumbahan) boleh menyebabkan paip pembetungan tersumbat. Apabila berlaku sumbatan, pelbagai masalah akan timbul terutama limpahan air kumbahan di atas jalan atau di tandas.
Bil Indah Water
Ramai yang tanya bil indah water tanggungjawab penyewa atau tuan rumah. Biasanya bil api, air dan bil Indah Water semua penyewa yang bayar, sebab penyewa yang duduk rumah/premis tu kan. Tapi apapun kena tengok surat perjanjian rumah sewa jugakla apa yang tertulis.
Kalau ada dinyatakan penyewa kena bayar maka penyewalah bayar. Jika tiada dinyatakan maka ia tanggungjawab penyewa untuk membayar bil Indah Water tersebut.
Sebab penyewa yang duduk di rumah tu dan penyewa yang menggunakan tandas bukannya tuan rumah.
Apapun tengok balik perjanjian antara tuan rumah. Jadi, tanggungjawab untuk membayar bil Indah Water ni adalah mengikut persetujuan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak semasa menandatangani perjanjian rumah sewa.
Caj Indah Water
Di bawah ini kami sertakan caj asas bulanan perkhidmatan Indah Water untuk premis domestik sahaja dimana anda sebagai orang yang duduk di rumah tersebut.
“Premis Domestik” bermaksud mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk.
Berikut merupakan jadual dengan kategori dan kadar caj bulanan Indah Water
Kategori | Kadar Caj(RM/bulan) |
---|---|
Rumah kos rendah dan Kuarters Kerajaan dalam kategori F, G, H dan I | RM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan. RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan) |
Rumah di Kampung, Kampung Baru dan Estet | RM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan. RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan) |
Premis dan Kuarters Kerajaan dalam kategori A, B, C, D dan E | RM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan. RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan) |
Premis dengan sistem tangki septik tidak standard dan tradisional (palong) | RM260 bagi saiz tangki < 2.5m3 RM390 bagi saiz tangki > 2.5m3 – 4.5m3 RM130 bagi tambahan setiap meter padu untuk tangki melebihi 4.5m3 |
Contoh Bil Indah Water
Caj yang dikenakan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd IWK untuk pengosongan tangki septik (bagi yang menetap di kawasan perumahan) adalah RM 192.00. Bayaran boleh dibuat secara ‘one-off’ atau atau secara ansuran sebanyak RM 8.00 sebulan.
Berikut merupakan contoh bil Indah Water yang akan anda terima.
Cara Pembayaran Bil Indah Water
Secara umumnya terdapat beberapa cara mudah untuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian. Bil Indah Water boleh bayar dimana-mana sahaja samada secara online atau offline antaranya
- Portal Pay-Bill IWK
- Aplikasi IWK di Android
- Aplikasi IWK di iOS
- Perbankan Internet (JomPAY)
- Kaunter pembayaran setiap negeri
Bayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)
Kami terangkan cara pembayaran menggunakan Jompay
- Log masuk akaun bank pilihan anda seperti biasa (CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dll)
- Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)
- PIlih JomPAY
- Pada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502
- Bagi Maybank dan BSN, ada boleh pilih Indah Water Konsortium dari senarai Payee
- Ref 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWK
- Ref 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel anda
- Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar
- Request TAC
- Masukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bil Indah Water atau sebagainya, sila hubungi IWK melalui saluran berikut:
- Laman web: https://iwk.com.my
- Alamat : No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Telefon : +603 2780 1100
- Faks : +603 2780 1101
- Facebook : https://www.facebook.com/IndahWaterKonsortium/
Senarai Customer Service Indah Water Setiap Negeri
Berikut merupakan senarai pusat customer service Indah Water bagi seluruh negeri di Malaysia
Indah Water Perlis
- 04 – 736 0828
Indah Water Kedah
- Alor Star, MP Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang & Yan
- 04 – 736 0828
- Langkawi
- 04 – 966 5828
- Sg. Petani, Kulim, MD Sik, Bandar Baharu & Baling
- 04 – 426 9758
Indah Water Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- 04 – 282 5828
- Seberang Prai
- 04 – 530 4929
Indah Water Perak
- Taiping, Kuala Kangsar, MD Gerik, Kerian, Selama, Pengkalan Hulu & Lenggong
- 05 – 807 0828
- Ipoh, MD Cameron Highlands
- 05-241 3600
- Manjung, Teluk Intan, MD Tg. Malim, Tapah, Perak Tengah, Kampar, Batu Gajah
- 05-6883964
Indah Water Selangor
- Klang, MD Kuala Selangor
- 03 – 3122 8911
- Subang Jaya & MD Kuala Langat
- 03 – 55427828
- Selayang, Ampang Jaya & MD Hulu Selangor, Sabak Bernam
- 03 – 6135 1491
- Kajang, Sepang
- 03 – 8318 5834
- Shah Alam & Petaling Jaya
- 03 – 55427828
Indah Water Wilayah Persekutuan
- Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya
- 03 – 2284 7828
- Labuan
- 087 – 414 828
Indah Water Negeri Sembilan
- Seremban, Port Dickson, Nilai, MD Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau & Tampin
- 06 – 6789 055
Indah Water Melaka
- Melaka Bandaraya Bersejarah, MP Alor Gajah, MP Hang Tuah Jaya, MD Jasin
- 06-2860075
Indah Water Pahang
- Kuantan, MP Temerloh, Bentong, MD Pekan, Rompin, Jerantut, Maran, Bera, Raub, Kuala Lipis
- 09 – 5177628
Indah Water Terengganu
- Kuala Terengganu, MP Kemaman, Dungun, MD Hulu Terengganu, Marang, Besut & Setiu
- 09 – 617 8838
Indah Water Johor
- Batu Pahat, Kluang, Muar, MD Kulai, Labis, Segamat, Simpang Renggam, Tangkak & Yong Peng
- 07-7716828
- Iskandar Puteri, MB Johor Bahru, MB Pasir Gudang, MP Penggerang, MD Mersing, Kota Tinggi & Pontian
- 07 – 5114983
Indah Water Kelantan
- Kota Bharu Bandar Raya Islam, MD Bachok, MD Gua Musang, MD Jeli, MD Kuala Krai, MD Machang, MD Pasir Mas, MD Pasir Puteh, MD Tanah Merah & MD Tumpat
- 09 – 747 9505