Bulan Puasa
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh puasa untuk tahun 2023 kan. Untuk bulan puasa 2023 kalini, tarikh umat Islam mula berpuasa jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah.
Download Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2023
Anda boleh download jadual berbuka puasa dan Imsak di seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM ini dalam format PDF: Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1444H / 2023M
Bulan puasa adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam. Pada bulan ramadhan inilah dimana pintu syurga dibuka seluasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.
Bulan Ramadhan juga mengingatkan kita akan sesuatu yang penting. Lapar dan dahaga oleh golongan yang miskin. Kesempitan dan kesusahan hidup yang dilalui oleh masyarakat yang kurang berkemampuan.
Bulan Puasa Ramadan datang saban tahun bagi membuka peluang kepada umat Islam melipatgandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya.
Apabila diri kita dipilih untuk berada dalam bulan Ramadan, ia sesuatu perkara yang perlu disyukuri.
Sehubungan itu, rasa syukur itu perlu dizahirkan dengan melaksanakan amal ibadat wajib dan sunat sepanjang Ramadan.
Kalini admin akan berkongsikan beberapa perkara yang kena ambil tahu untuk menyambut bulan puasa ini.
Syarat Wajib Puasa
Puasa Ramadhan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut:
Syarat Sah Puasa
Puasa pada bulan Ramadhan menjadi sah apabila seseorang itu
Rukun-Rukun Puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu: Berniat pada malam harinya. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
Terdapat beberapa perkara yang membatalkan puasa. Antaranya
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
Ketika puasa juga kita semua disunatkan untuk membuat beberapa amalan sunat. Perkara Sunat Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi wajib Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
Sekejap. Baca juga 30 Contoh Resepi Sewaktu Berbuka Puasa
Makruh Ketika Puasa
Ada beberapa perkara yang makruh ketika puasa. Makruh ni adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat Dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat Pahala.
Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga
Niat puasa
Bagi mereka yang nak membaca niat puasa secara harian atau sebulan boleh ikut cara di bawah
Cara Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Bulan Ramadhan
- Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
- Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
BACAAN DOA BERBUKA PUASA
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
Doa Menjelang Waktu Berbuka Puasa
Doalah panjang-panjang sewaktu bulan puasa ramadan. Beri masa menangis pada Allah. Doa sebelum buka puasa. Sejam sebelum buka puasa. Doa minta pada Allah.
Inilah 10 doa menjelang waktu berbuka puasa yang ringkas sebagai pilihan dan boleh diamalkan
Amalan Ketika Berbuka Puasa
Antara amalan berbuka puasa yang boleh diamalkan ketika bulan puasa ramadan
Info Ramadan : Perkara sunat ketika berpuasa
- Berbuka puasa dengan segera
- Berbuka puasa dengan kurma
- Membaca doa ketika berbuka
Amalan Sunat Ramadan
Sebenarnya banyak amalan sunat yang boleh kita amalkan sempena bulan Ramadhan ini. Kalini kami kongsikan 10 amalan sunat Bulan Puasa Ramadhan yang mungkin semua orang sudah tahu tetapi barangkali terlupa. Antaranya:
Amalan Ketika Bulan Puasa
1- Dahulukan dan perbaiki amalan yang wajib sebelum yang sunat. Solat lima waktu berjemaah lebih utama dari tarawih berjamaah, zakat wajib lebih utama dari sedekah dll.
2- Hanya buat amalan yang pasti sunnah, tingalkan amalan yang tak pasti atau bid’ah.
3- Perbanyakkan amalan-amalan yang nabi perbanyakkan di bulan ini seperti sedekah, tadarrus dan bacaan al-quran, solat tarawih dll.
4- Buat amalan yang paling afdhal mengikut kesesuaiannya, ketika dekat waktu berbuka dahulukan doa , selepas solat dahulukan wirid, waktu pagi dahulukan zikir pagi, waktu petang dahulukan zikir petang, waktu lapang penuhi dengan al-quran dll.
5- Beribadah sehingga mencapai maqasidnya bukan sekadar melaksanakan. Solat betul sehingga dapat mencegah segala yang keji dan munkar. Puasa betul-betul sehingga dapat meninggal semua perkara yang haram, bukan sekadar makanan dan minuman dll.
6- Waktu berurusan dunia jadikan urusan itu sebagai ibadah, dengan melakukan yang halal, tinggalkan yang haram. Ubahlah semua urusan yang biasa menjadi ibadah dengan membetulkan niat (ibadah umum).
Sekiranya , ini yang kita lakukan, insyaAllah keseluruhan ramadhan kita adalah ibadah. Wallahu a’lam.
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Kesimpulan
Sama-samalah kita berdoa agar Ramadhan ini membawa berkat kepada semua dan dipermudahkan segala urusan pada bulan puasa ramadan.
Doakan agar bulan ini dapat kita semua lalui dengan sihat dan sempurna untuk kita sama-sama merebut keberkatannya.
Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti, memberi seribu rahmat dan pahala.
Bagi yang berpuasa sudah tentu nak masak cepat untuk bersahur dan sebagainya. Apakata dapatkan air fryer. Boleh baca-baca dulu di: 12 Senarai Jenama Air Fryer Terbaik di Malaysia