Cara Aktifkan Kad Maybank Untuk Luar Negara

Nak aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara? Jom baca artikel ini

Aktifkan Kad ATM Untuk Luar Negara

Nak ke luar negara minggu depan ni. Atau nak beli barang online dari luar negara. Boleh ke pakai kad atm dekat sana? Boleh ke guna kad ATM untuk beli barang? Ke nak keluar duit banyak-banyak dekat dalam negara dulu. Mesti korang pernah tertanya-tanya pada diri tentang ini kan.

Untuk makluman anda, kad ATM boleh digunakan di luar negara. Dan boleh juga digunakan untuk pembelian online barang dari luar negara. Tiada masalah. Asalkan korang aktifkan terlebih dahulu di dalam negara. Tak perlu pergi ke kaunter pun. Hanya perlu aktifkan secara online sahaja.

Jom baca step by step cara-cara nak aktifkan kad ATM untuk ke luar negara.

Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara

aktifkan kad Maybank untuk kegunaan luar negara

  • 1. Login
  • 2. Klik Home
  • 3. Klik “Card Management”
  • Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara

  • 4. Klik “Overseas ATM Facility”
  • aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara

  • 5. Pilih “Activation” dan tekan Continue
  • Cara aktifkan kad ATM untuk kegunaan luar negara

  • 6. Pilih “Start Date’ dan Masukkan “End Date”
  • cara aktifkan kad kredit maybank di luar negara

  • 7. Tekan “Continue”
  • 8. Selesai
  • Mudahkan.

    Bila anda dah login akaun maybank, klik bahagian “Card Management”. Kemudian pilih “Overseas ATM Facility”. Dekat situ korang akan dibawa samada untuk “Activation” atau “Deactivation”. Oleh sebab kita nak guna kad ATM di luar negara maka pilih “Activation”. Dah pilih lepastu tekan “Continue”.

    Kemudian korang akan dibawa ke muka seterusnya iaitu kena masukkan tarikh untuk start penggunaan di luar negara serta bila tamat. So ni korang masukkan lah ikut tarikh yang korang nak guna dan taknak guna.

    Disarankan ‘end date’ yang dipilih adalah beberapa hari selepas korang pulang ke Malaysia. Contoh 2 atau 3 hari selepas pulang ke Malaysia.

    Kemudian tekan continue. Siap. Sekarang korang dah boleh gunakan kad atm Maybank di luar negara. Atau nak beli barang online dari luar negara yang memerlukan korang untuk masukkan no kad ATM. Tak perlu dah keluar duit banyak-banyak dekat dalam negara. Keluar je dekat mesin ATM luar negara.

    Pastikan ATM tersebut boleh mengeluarkan duit dari kad ATM korang ye. Pilih yang sama jenis macam kad ATM.

    Leave a Comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.