Kalini admin akan menunjukkan cara nak bayar bill unifi secara online.
Cara Bayar Bil Unifi Jompay
Untuk bayar Unifi bill Rumah atau Pejabat menggunakan Jompay anda perlu ada Biller Codes. Biller Code adalah kombinasi nombor unik yang mewakili JomPay Biller. Jadi sebelum anda buat pembayaran untuk unifi rumah atau pejabat anda menggunakan JomPay anda kena dapatkan UniFi Biller Code JomPAY terlebih dahulu.
- Biller Code UniFi
Untuk tm unifi jompay code, Biller Code Unifi dia 8888
- No Akaun Unifi
Kemudian Ref 1 masukkan no akaun Unifi. Biasanya selepas pendaftaran unifi berjaya, agent akan bagi no akaun unifi ni. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.
Isi jumlah yang anda kena bayar setiap bulan di bahagian Pay Amount. Jika anda ambil pakej RM89 sebulan maka kirakan sekali dengan SST dalam RM94. Bayar lebih takde masalah. Dia akan bawa ke bulan hadapan. Boleh refer gambar di bawah untuk cara bayar unifi online menggunakan jompay maybank2u.
Bayar Unifi Guna JomPAY
- Login akaun maybank2u dan pilih JomPAY
- Pilih One off payment
- Masukkan amaun dan biller code unifi masukkan 8888 dan ref 1 masukkan no akaun unifi anda
Cara Bayar bil Unifi Mobile
Ramai juga bertanyakan tentang cara nak bayar bill UniFi Mobile. Ada banyak cara untuk bayar bil Unifi Mobile. Disini admin akan kongsikan 3 cara untuk anda bayar bil UniFi Mobile anda.
Aplikasi MyUniFi
Make sure anda download dulu aplikasi myunifi untuk pembayaran bill unifi.
Kali ini admin akan tunjukkan Cara Bayar Bil Unifi Mobile Guna Aplikasi Myunifi dalam Google Playstore (Android) atau Apple Store (IOS)
– Log masuk ke dalam akaun MyUniFi anda.
– Tekan butang ‘Pay Bills’ untuk melihat jumlah bil yang tertunggak (outstanding amount) bagi Unifi Mobile anda.
– Pilih akaun UniFi Mobile yang anda ingin membuat pembayaran.
– Kemudian anda pilih samada nak buat pembayaran melalui kad kredit / kad debit atau perbankan online (FPX).
Jompay Unifi Mobile
Kemudian admin akan tunjukkan Cara Bayar Bil Unifi Mobile Guna Jompay melalui perbankan online (FPX)
- Login akaun maybank2u anda
- Pilih Pay & Transfer
- Pergi ke bahagian Pay dan pilih JomPay
- Masukkan Biller Code
Reference – 1: Nombor akaun / Nombor telefon anda
Biller Code: 8888 (Untuk Unifi Home, Unifi Biz, dan UnifiMobile)
- Isi jumlah yang anda nak bayar di bahagian Pay Amount
- Tandakan pada bahagian “I hereby agree to the T&C” kemudian klik PAY dan selesai
E-Wallet
Seterusnya admin akan tunjukkan Cara Bayar Bil Unifi Mobile Guna E-Wallet
- Antara aplikasi E-Wallet yang boleh buat pembayaran bill UniFi Mobile ialah Boost, Touch n Go, Shopee, BigPay, Lazada dan lain-lain
- Login E-Wallet anda
- Pilih bahagian bills
- Buat pembayaran. Selesai
Baca juga: Cara Membatalkan Perkhidmatan Unifi Anda
Daftar Unifi Untuk Rumah/Pejabat
Berminat nak cek UniFi Coverage atau daftar UniFi? Klik icon whatsapp di bawah: