Cara Beli Bitcoin Di Binance
Binance
Bitcoin sudah available balik di Malaysia. Anda boleh download di playstore jika anda pengguna android manakala pengguna apple pula boleh download di apple store.
Edisi kali ini admin akan ajar step by step cara nak beli cryto di binance. Mudah sahaja sebenarnya. tapi kena paham serba sedikit untuk urusan bejalan lancar. Download dulu apps binance di bawah
[WPSM_COLORBOX id=3185]
kemudian anda dah bersedia untuk belajar Cara Beli Bitcoin Di Binance.
Download Binance
Bila anda sudah download binance, mula-mula sekali sila lakukan pendaftaran sehingga berjaya. Ini penting. Sila isi detail mengikut kad pengenalan ye. Nama akaun pun kena menggunakan nama sebenar. Ini muka depan apps binance anda yang akan anda lihat apabila installation sudah siap.
Detail di Binance
Ini kerana sebarang transaksi hanya ikut nama sebenar dan bukan orang lain. Jadi sila pastikan anda menggunakan nama sebenar seperti di kad pengenalan dan juga di bank anda.
P2P di Binance
Langkah seterusnya anda klik tab wallet dan pilih bahagian spot. Di spot ini anda akan nampak p2p. Klik bahagian p2p tersebut. Kemudian anda akan nampak beberapa nilai diatas seperti usdt, btc, busd, bnb dan juga eth.
Beli USDT di Binance
Beli BTC di Binance
Beli BUSD di Binance
Beli BNB di Binance
Beli ETH di Binance
Ini adalah coin utama yang ada di binance dimana anda boleh beli secara terus. Manakala untuk coin-coin atau crypto lain anda kena membeli usdt terlebih dahulu atau apa jua coin bergantung kepada pasangannya seperti anda nak beli coin btc.
Pair yang ada antaranya btc/eth, btc/usdt, btc/bnb. So dekat sini anda boleh beli eth untuk membeli btc ataupun bnb.
Cara Beli USDT di Binance
Tapi admin suggestkan anda beli usdt kerana lagi mudah. Kerana USDT banyak digunakan untuk crypto yang ada di dunia. Tapi kalau anda nak beli bitcoin terus pun boleh. Bergantung pada anda sendiri.
Currency di Binance
Sebelum beli usdt pastikan anda ubah currency ke pgk terlebih dahulu. MYR akan digantikan dengan currency PGK dengan unit K di Binance platform p2p. Sebelum ini currency Malaysia di binance menggunakan RON atau LEI tidak digunakan lagi. PGK ini adalah currency untuk membeli crypto atau coin bagi Malaysia.
Kemudian klik pada seller pilihan anda. Dekat sini ada beberpa perkara anda kena tengok.
Limit yang boleh anda beli beserta review. Kerana ada sesetengah seller lambat release. Lambat release ni menyebabkan anda terlepas peluang untuk membeli crypto atau coin pada nilai sepatutnya. Jadi kerugian disitu.
Transfer Fiat atau Crypto
Bila anda klik buy maka anda akan dibawa ke langkah seterusnya. Disini anda akan nampak 2 tab iaitu tab FIAT dan juga tab CRYPTO. Jadi anda boleh pilih samada nak beli ikut ringgit atau ikut usd.
Beli Melalui FIAT
Beli Melalui CRYPTO
Just follow je step ni maka anda akan dapat nilai tukaran tersebut dalam masa beberapa minit sahaja. Pastikan anda menggunakan akaun bank anda sendiri ye.
Swap Funding Ke Spot
Kemudian anda pergi ke tab funding. Dekat sini anda kena transferkan usdt tadi ke dalam spot wallet anda. Just klik tab funding kemudian tekan transfer.
Pastikan Anda transfer dari funding ke spot wallet. Barulah anda boleh trade bila anda boleh buat langkah ini.
Make sure ubah curency mengikut nilai yang anda beli dari seller tadi. Kalau USDT pilih USDT jangan dah beli USDT anda masukkan BTC. Tak jadi nanti.
Beli Crypto Bitcoin di Binance
Kemudian anda pergi ke bahagian trade. Dekat sini anda akan nampak amaun cryto yang hendak dibeli atau amaun dalam usd.
Cara Beli Bitcoin Di Binance
Jika anda nak mengubah ke crypto lain just klik sahaja dan buat pilihan cryto tersebut. Kemudian anda masukkan berapa nilai anda nak beli samada dalam bentuk usdt atau dalam bentuk crypto.
Baca juga: Cara Membeli Bitcoin (BTC) Pakai LUNO