Sebelum kita mula cara buat invois online anda semua dah baca tentang Contoh Invoice di: Contoh Invois? Kalau dah jom kita belajar tentang cara buat invois online. Cukup mudah.
Maksud Invois
Sebenarnya ada banyak maksud invois ni.
- 1. Dokumen Yang Dikeluarkan
Invois ialah dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Di dalam invois tersebut ada menyebut barangan, bilangan, dan harga yang ditetapkan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli.
- 2. Maklumat Pembayaran
Invois juga mengandungi maklumat bahawa pembeli hendaklah membayar penjual mengikut terma-terma pembayaran yang telah ditetapkan.
- 3. Had Masa
Pembeli juga biasanya diberi had masa beberapa hari untuk melunaskan pembayaran yang telah ditetapkan pada invois tersebut.
Kalini admin akan ajar anda cara untuk buat invois simple secara online dengan menggunakan Waveapp dan juga Canva.
Buat Invois Online Dengan Mudah Dan Cepat
Ada 3 cara iaitu menggunakan microsoft office template, waveapp dan juga canva. Jadi kami akan terangkan mengenai contoh invoice simple samada invoice makanan, bayaran, invois projek, contoh invoice tuntutan bayaran dan sebagainya yang boleh dibuat menggunakan tiga-tiga cara di atas.
Buat Invois dengan Waveapp
Cara buat invois online menggunakan Waveapp
[iklancontoh12]
- 1. Lawati laman Waveapps. Klik pada “Create a new” dan anda akan nampak “Invoice”
- 2. Klik pada “Add a Customer” untuk detail customer anda
- 3. Klik pada “Add an Item” untuk masukkan detail invois anda iaitu nama item, description, kuantiti dan juga harga
- 4. Tekan bahagian “Preview” untuk melihat invois online anda yang sudah siap
- 5. Jika berpuas hati dengan invoice online yang telah dibuat, tekan “Save and continue”
Sebentar: [maxbutton id=”2″ ]
Buat Invois dengan Canva
Cara buat invois online menggunakan Canva
- 1. Lawati laman web Canva
- 2. Buat carian di bahagian “Search your content or Canva’s”. Taip Invoice
- 3. Akan keluar banyak template. Pilih mana yang berkenan
- 4. Edit mana patut mengikut kesesuaian anda. Bila dah siap tekan “Share di bahagian atas sekali belah kiri. Kemudian pilih “Download” dan save mengikut format yang anda kehendaki
Buat Invoice Menggunakan Microsoft Office Template
Langkah 1
Anda masuk ke laman web microsoft office templates berikut
Invoice Microsfot Template dan search invoice di bahagian search templates tersebut.
Langkah 2
Terdapat pelbagai jenis invois akan keluar. Anda pilih sahaja mana yang berkenaan
Langkah 3
Kemudian anda boleh download invoice tersebut dengan menekan butang download.
Terdapat pelbagai jenis format invois ye. Anda pilih nak yang mana. Boleh download ikut kesesuaian. Nak dalam word ada, excel pun ada.
Kalau ada apa-apa pertanyaan sila komen, nanti saya bantu.