Contoh Cara Buat Slip Gaji Kerja Sendiri Online

Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak buat slip gaji secara onlinekan. Sangat mudah je cara buat slip gaji kerja sendiri kalau anda ikut satu persatu. Jom buat contoh slip gaji bekerja sendiri secara online

Format Slip Gaji

Apapun jenis, format, payslip gaji adalah bergantung pada anda sebagai pemilik bisnes sendiri.

Kerja kerajaan tiada masalah sebab ada e-Penyata Gaji Online. Jadi mudahla nak cek slip gaji atn ke slip gaji mara ke. Diorang ada laman web sendiri untuk semak slip gaji.

Begitu juga slip gaji swasta semua dah ready. Yang menjadi isu adalah di kalangan pemilik bisnes dan yang berniaga atau bekerja sendiri. Apakah maklumat yang perlu ada dalam payslip dan bagaimana cara untuk buat slip gaji sendiri?

Anda berada di artikel yang betul dimana artikel kali ini akan menerangkan cara untuk buat slip gaji serta butiran yang wajib ada dalam payslip tersebut.

Buat Slip Gaji Online

Berikut merupakan antara apps buat slip gaji sendiri dalam bentuk website. Anda boleh jadikan sebagai contoh slip gaji kerja sendiri. Dan web slip gaji online ni adalah free.

Anda hanya perlu isikan detail sahaja dan download slip gaji dalam bentuk PDF. Kini, anda boleh sediakannya dengan mudah secara online mengikut format contoh slip gaji Malaysia standard.

Buat dan download slip gaji pdf anda sendiri secara online di:

1. Buat Slip Gaji Sendiri

Cara Buat Slip Gaji

Dah siap isi maklumat dalam apps slip gaji berikut anda boleh download slip gaji dalam bentuk pdf

Ni antara salah 1 web cara buat slip gaji online. Nanti payslip korang akan seperti dalam gambar di atas.

2. Buat dan Download Slip gaji dalam bentuk PDF

Buat Slip Gaji Sendiri

Website buat slip gaji ni juga cukup mudah. Just masukkan detail gaji dan lain-lain, akan generate keluar seperti di gambar di atas. jadi bagi yang bekerja sendiri tu tiada masalah kalau nak buat slip gaji kerja sendiri. Ikut je contoh slip gaji smiple bagi kerja sendiri di atas. Kemudian bila siap download slip gaji pdf tersebut.

Slip Gaji bagi yang Bisnes Sendiri

Sekiranya anda kerja sendiri maka anda perlu

  • Mendaftar bisnes dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Buat cop rasmi bisnes (untuk semua tujuan rasmi nanti)
  • Buka Akaun Semasa syarikat di bank pilihan anda. Kalau maybank boleh baca: Cara Buka Akaun Company Maybank
  • Tetapkan gaji yang diinginkan, mengikut kemampuan syarikat
  • Daftar syarikat kita dengan KWSP dan buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang, caruman sendiri 11%, dan caruman majikan 13%
contoh slip gaji swasta
  • Buat slip gaji sendiri setiap bulan. Boleh ikut mana-mana format slip gaji. Orang yang pernah bekerja makan gaji mesti tahu format slip gaji
  • Buka fail dengan LHDN untuk syarikat sendiri dan fail cukai pendapatan peribadi. Lagi besar pendapatan yang kita buat, lagi besar cukai yang kita perlu bayar

Kesimpulan

Salah satu dokumen yang paling penting yang pihak bank perlukan sebelum proses permohonan loan kita adalah slip gaji. Malangnya, ramai diantara kita yang bekerja sendiri tidak sediakan slip gaji untuk diberi kepada pihak bank.

Slip gaji ini lebih meyakinkan pihak bank sebab bank lebih suka bagi pinjaman kepada mereka yang berstatus “makan gaji”. Ia lebih terjamin pendapatannya bagi pihak bank. Pastikan juga bagi mereka yang bekerja sendiri untuk membuat SSM dan juga untuk buka akaun company di bank yang berkaitan atas nama syarikat.

Leave a Comment