Cara Buka Akaun Company Maybank

Cara Buka Akaun Company Maybank Tanpa Introducer

Akaun Company Dan Kepentingannya

Dengan akaun sesebuah syarikat atau usahawan dapat mengetahui segala kewangan untung dan rugi dalam sebuah perniagaan.

Di sini ada 3 sebab kenapa akaun syarikat penting untuk usahawan, peniaga dan syarikat.

1. Jangan Campur Wang Syarikat dan Wang Peribadi
Bila dah campur aduk nanti kita akan pening. nak restock terguna duit sendiri. nak beli bela terguna duit company. Jadi elok kalau asingkan.

2. Pelanggan Lebih Percaya
Pelanggan akan lebih percaya kalau anda pakai akaun company. Takdela anda di cop scammer atau sebagainya sebab pakai akaun bank company.

3. Bina Reputasi dengan Pihak Bank
Ini penting kalau anda nak buat loan dengan bank di kemudian hari nanti. Sebab segala keluar masuk duit ada tercatat dalam akaun company tersebut.

Siapa itu Introducer?

Dulu time zaman admin, memang memerlukan introducer bagi membuka akaun perniagaan di Maybank. Introducer ni senang cerita adalah pencadang yang mencadangkan anda untuk membuka akaun di bank berkenaan. Nasib ada kawan admin time tu yang membantu untuk cop serta tandatangan di borang Maybank bagi membuka akaun syarikat.

Syarat-syarat introducer bagi setiap bank adalah berbeza. Untuk Maybank, seorang introducer wajib ada akaun perniagaan Maybank yang aktif dan berusia sekurangnya 2 tahun.

Tapi kini, Maybank dan banyak lagi bank telah melonggarkan syarat dan tidak lagi memerlukan introducer terutamanya bagi perniagaan milikan tunggal (Enterprise).

Jadi, jika anda berminat untuk membuka akaun perniagaan atau akaun semasa Maybank tanpa introducer, bolehlah rujuk langkah di bawah untuk mendaftar.

Cara Buka Akaun Company Maybank Tanpa Introducer

1. Pergi ke laman web Maybank atau terus ke link Buka Akaun Company Maybank Secara Online

Cara Buka Akaun Company Maybank

2. Klik I Want to Apply Now
3. Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk nombor pendaftaran SSM.

4. Selepas anda selesai mendaftar, anda akan mendapat sms dan email daripada pihak Maybank. Jangan hilangkan sms dan email tersebut tau. Simpan.
5. Kemudian anda akan dapat kod akses Maybank, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang diberi.
6. Seterusnya anda perlu pergi ke Maybank pilihan anda dalam tempoh masa 10 hari daripada hari pendaftaran secara atas talian dibuat untuk melengkapkan pendaftaran.

Cawangan bank terdekat boleh dipilih ketika membuat pendaftaran online tadi.

Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan semua dokumen ini sebelum ke Maybank:
Dokumen maybank

1. MyKad
2. SSM Certificate Registration
3. SSM Form A
4. SSM Business Info
5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
6. Deposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)

Urusan Semasa Di Bank

1. Kita mesti ke cawangan Maybank yang telah dipilih ketika membuat pendaftaran atas talian dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun.
2. Apabila sampai di kaunter, tunjukkan nombor rujukan yang kita dapat melalui email.
3. Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi kepada pegawai tersebut.
4. Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.
5. Kita akan diberi akses satu lagi akaun online yang berasingan di bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. (Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.)
6. Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
7. Buku cheque boleh request jika perlu. Tapi seeloknya tak payah kalau anda tidak menggunakan cek.

Pastikan sebelum anda ke bank pilihan anda, call terlebih dahulu. manalah tahu kena buat temujanji terlebih dahulu. Apabila step ni selesai maka anda dah berjaya Buka Akaun Company Maybank.

Baca juga: Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.