Cara Buka Akaun Simpanan BSN

Saya nak buka akaun bank simpanan BSN. Macam mana ye. Artikel kalini kami akan menerangkan bagaimana untuk buka akaun simpanan BSN. Buat pengetahuan semua, buka akaun simpanan bank BSN tidak boleh di buat secara online.

Langkah-Langkah Membuka Akaun Simpanan BSN

Untuk membuka akaun simpanan BSN, anda mestilah berumur 16 tahun ke atas. Manakala bagi pengguna myBSN perlulah berumur 18 tahun ke atas.

Kini, myBSN boleh diakses untuk anak-anak berumur 13 hingga 17 tahun tetapi ada limit transaksi.

Refer Cara Daftar myBSN Online Banking

Cara buka akaun Simpanan BSN

1

Anda kena ke cawangan BSN yang terdekat.

2

Sila bawa bersama kad pengenalan dan juga wang sebanyak RM50

3

Pembukaan akaun hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh Bank. Sila bawa bersama dokumen sokongan semasa membuka akaun simpanan BSN. Mulakan simpanan wang di BSN melalui ATM, CDM, secara online atau ejen di Bank BSN

4

Apabila sudah siap buka akaun, anda dikehendaki untuk menyemak penyata BSN secara semasa ke semasa.

Soalan Lazim

Individu berumur 17 tahun perlu bawa ibu bapa bersama kah tidak untuk pembukaan akaun?

Tidak perlu penjaga/ibu bapa untuk pembukaan akaun simpanan individu di BSN.

Kad debit akan dapat terus ke?

Kad debit akan diberikan bersama semasa pembukaan akaun tersebut simpanan di BSN. Caj permohonan kad debit RM 12 akan ditolak dari akaun simpanan pelanggan.

Saya mahu buka account guna surat beranak boleh ke? Surat beranak ada no ic?

Bagi pemegang Mykad, kad pengenalan adalah diperlukan bagi urusan permohonan pembukaan akaun simpanan di BSN.

Adakah boleh keluarkan duit selepas buka akaun simpanan BSN?

Pengeluaran boleh dilakukan dengan meninggalkan baki minimum akaun anda RM 10.00.

1 thought on “Cara Buka Akaun Simpanan BSN”

Leave a Comment