Bau Busuk Peti Ais
Semua ada peti ais kan? Tapi masalah peti ais ni bila letak banyak sangat barang dia boleh jadi busuk. Dah buat macam2 tapi tak hilang jugak? Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk! Masalah ini biasanya berlaku kalau peti ais rumah yang dah bertahun pakai lepas itu tahap kesejukan dah berkurang, maka wujudlah bau yang kurang menyenangkan!
Ataupun, bila anda balik kerja, ‘blackout’ pulak dekat rumah, tak pasal-pasal semua ikan, sotong, daging berbau busuk! Terpaksalah pasrah cuci peti sejuk, tetapi bau busuk tetap melekat. Bila dah bau busuk macam ini, anda mesti dah tak mahu makan lagi makanan yang berada di dalam peti ais tersebut. Disini admin share beberapa tips untuk menghilangkan bau peti ais tersebut.
Petua Menghilangkan Bau BUSUK Peti Sejuk
Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Antaranya ialah dengan
Daun Pandan
Simpul beberapa helai daun pandan letakkan dalam peti sejuk. Bau hanyir peti sejuk akan hilang. Kalau dalam kereta berbau durian boleh guna cara: 3 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Arang
Letakkan seketul arang di dalam peti sejuk dan biarkan ia menyerap bau busuk peti ais tersebut.
Kopi
Masukkan sebungkus serbuk kopi ke dalam peti sejuk. Peti sejuk anda akan berbau harum aroma kopi. Tiada lagi bau busuk.
>Roti
Letakkan sebuku roti di dalam peti sejuk. Bau busuk peti sejuk akan diserap oleh roti.
Limau Purut
Hiris nipis buah limau purut dan letakkan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum.
Esen Vanilla
Titiskan sedikit esen vanila pada sehelai tuala dapur. Lap kain berkenaan pada bahagian dalam peti sejuk. Bau peti sejuk akan wangi seperti vanila.
Kesimpulan
Diharapkan perkongsian petua menghilangkan bau peti sejuk ini bermanfaat untuk dicuba. Selain itu, jangan lupa untuk mencuci peti sejuk di rumah anda pada setiap minggu dan buang makanan yang telah disimpan terlalu lama.
Atau anda beli benda ni di shopee: Hilangkan Bau Peti Sejuk . Ia berkesan untuk menghilangkan bau dari peti sejuk dan Tahan 90 hari