10 Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Perlu Mencabut Gigi
Punca sakit gigi ni biasanya ada banyak. Ada yang sakit gigi datang ketika tengah mengunyah makanan. Ataupun tengah sedap makan aiskrim je gigi rasa ngilu. Ini mungkin disebabkan gigi tu berlubang ataupun saraf dekat gigi kita tu sensitif menyebabkan sakit gigi datang. Yang paling tak best kalau sakit gigi geraham tu. Boleh tarik sampai ke kepala kalau sakit gigi bahagian geraham.
Gigi bongsu pun boleh menyebabkan sakit gigi sampai berdenyut-denyut. Sebab tu ada yang cabut terus gigi bongsu yang baru nak tumbuh tu.
Ada juga yang tengah sedap makan daging je tetibe sakit gigi datang berdenyut-denyut. Terus rasa malas nak sambung makan. Sebenarnya ada cara untuk hilangkan sakit gigi berdenyut ni selain dari makan ubat sakit gigi. Cara ni pun boleh digunakan bagi yang menghadapi sakit gigi jenis berlubang atau sakit gigi ketika hamil.
Cara Hilangkan Sakit Gigi
Berikut merupakan cara hilangkan sakit gigi tanpa perlu cabut tak kiralah anda sakit gigi bongsu atau sakit gigi geraham
1.
Antara cara untuk hilangkan sakit gigi yang terbaik ialah
Makanan manis ni akan menyebabkan pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya menyebabkan gigi tersebut berlubang. Jadi elakkan atau kurangkan makanan manis seharian bagi mengelakkan diserang sakit gigi secara tiba-tiba akibat lubang pada gigi tersebut. Dengan kurangkan makanan manis sakit gigi akan berkurang.
2.
Ibu mengandung biasa mudah sakit gigi. Ini disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan gigi mudah berlubang. Jadi ibu mengandung kena banyakkan makanan yang mengandungi kalsium seperti yogurt, susu soya dan tauhu dalam makanan seharian.
3.
Elakkan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk lagi-lagi ketika hamil. Ini kerana bila hamil akan mudah terkena sakit gigi. Tapi jangan bimbang kerana sakit gigi ketika hamil ni sifat dia sementara sahaja. Sementara tu elakkanlah makan makanan yang panas atau terlalu sejuk.
4.
Campurkan dua sudu kecil garam ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga garam tersebut larut. Kemudian kumur mulut menggunakan air garam tersebut.
Kumur menggunakan air garam ni dapat membersihkan makanan yang terlekat di celah gigi. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk nanti makin sakit lagi gigi tersebut lagi-lagi gigi yang berlubang. Sakit gigi akan kurang selepas kumur air garam itu nanti.
5.
Mesti dalam rumah ada bunga cengkih yang digunakan untuk memasakkan. Kalau sakit gigi jenis berlubang tu sila tumbuk bunga cengkih kemudian isi dekat gigi yang berlubang tersebut. Kemudian gigit kapas dekat gigi tersebut.
Bunga cengkih ada bahan yang boleh kurangkan rasa sakit gigi dan boleh kurangkan bengkak pada gusi, sebab ada agen anti radang dan anti bakteria.
6.
Rendamkan sedikit gambir dalam air suam, kemudian tumbuk gambir tersebut. Jangan tumbuk sampai hancur. Kemudian masukkan gambir tersebut ke gigi yang sakit tadi. Fungsi gambir ni adalah untuk mengebaskan gigi yang sakit jadi bolehla berjumpa doktor sementara gigi tengah kebas. Tapi jangan ambil terlalu banyak nanti kebas mulut pula.
7.
Sapukan sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit atau sapu kapur tersebut pada sirih dan kemam sirih tersebut dekat kawasan gigi yang sakit. Anda juga boleh rebus beberapa helai daun siri da kumur pakai air rebusan sirih tersebut. InsyaALLAH sakit gigi akan hilang beransur-ansur dengan menggunakan kapur dan sirih.
8.
Kalau sakit gigi tengah malam tu cari minyak Habbatus Sauda atau herba Habbatus Sauda. Tumbuk habbatus sauda tersebut kemudian letakkan di gigi berlubang tadi. Atau kalau ada minyak habbatus sauda dekat rumah tu nanti sapukan sedikit minyak tersebut dekat gigi yang sakit tadi.
9.
ANtara bahan semulajadi yang sesuai untuk hilangkan sakit gigi ialah bawang putih dan air garam. Tumbuk bawang putih dengan garam. Kemudian letakkan bawang putih dan garam yang ditumbuk tadi di tempat gigi yang sakit tersebut.
10.
Boleh cuba dengan beli ubat titis untuk sakit gigi dari Hurix ini. 7 Eleven atau farmasi biasa ada jual. Atau boleh juga dapatkan di Ubat Hurix Untuk Sakit Gigi
Kesimpulan
Ini semua adalah tips untuk hilangkan sakit gigi bersifat sementara sahaja. jika menghadapi sakit gigi yang beterusan, segeralah berjumpa doktor gigi. Ini kerana gigi yang sakit boleh membawa ke kepala. Lagi-lagi kalau sakit gigi geraham dan sakit gigi bongsu.
Lagi pun, bila gigi berlubang dibiarkan lama-lama, ia boleh menyebabkan kerosakan gigi yang lebih teruk dan berbagai kesan yang lebih berbahaya lagi.