Macam mana saya nak buat kiriman wang ke Indonesia untuk sahabat saya di sana? Atau saya na buat kiriman wang bagi pembayaran barang atau produk.
Artikel kalini kami akan menerangkan tentang beberpa cara untuk anda membuat kiriman wang ke Indonesia.
Anda boleh membuat kiriman wang ke mana-mana lokasi di serata dunia melalui pelbagai penyedia perkhidmatan kiriman wang di Malaysia seperti MoneyGram, Western Union, PayPal atau melalui Penghantaran Bertelegraf Bank.
Kiriman Wang ke Indonesia Melalui Moneygram
Moneygram menwarkan servis yang pantas untuk anda membuat kriman wang ke seluruh dunia
- Sila semak lokasi ejen Moneygram berdekatan di https://moneygram.my/en/en-locator
- Sila bawa kad pengenalan diri, nama penerima mengikut kad pengenalan dan juga jumlah wang yang anda hendak kirim
- Sila bawak wang lebihan untuk pembayaran upah kerana ia berbeza mengikut negara dan juga jumlah wang
- Jika hantar ke akaun bank, pastikan ada nama bank serta nombor akaun penerima
- Sila isi form dan serahkan pada agen dengan jumlah wang beserta upah
- Sila simpan resit dan serahkan 8 digit nombor rujukan kepada penerima untuk mengambil wang tersebut.
- Jika kiriman wang dibuat ke akaun bank, ia akan terus masuk ke akaun bank penerima
Kiriman Wang ke Indonesia Melalui Western Union
Ada 3 cara untuk anda buat kiriman wang melalui western Union iaitu
- Secara bersemuka
- Anda boleh lakukan transaksi di mana-mana lokasi ejen Western Union. Sila cari ejen western union berdekatan anda di https://www.westernunion.com/my/en/find-locations.html
- Secara online
- Layari https://www.westernunion.com/my/en/home.html untuk mula menghantar wang ke Indonesia secara online
- Secara online dan bersemuka
- Isi butiran yang diperlukan di website Western Union, dan pergi ke kiosn ejen untuk membuat pembayaran.
Kiriman Wang ke Indonesia Melalui Paypal
Cara yang lagi mudah sekiranya penerima ada akaun paypal. Anda hanya perlukan email paypal penerima dan hantar wang secara online.
Penerima boleh memilih untuk menyimpan wang ke dalam akaun PayPal mereka atau memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank kad kredit mereka atau meminta pengeluaran cek dari PayPal.
Kiriman Wang ke Indonesia Melalui Pos Malaysia
Untuk menggunakan servis penghantaran wang pejabat pos, sila ikut langkah-langkah berikut:
- Sila ke pejabat pos yang ada menawarkan servis kiriman wang
- Isi borang yang diperlukan dan lengkapkan pembayaran
- Dapatkan nombor kawalan pindahan wang (MTCN) dan berikan kepada penerima
- Penerima harus ke pejabat pos yang ada servis kiriman wang ini di Indonesia dan isi borang Penerimaan Wang
- Penerima dikehendaki menghantar borang tersebut dah jangan lupa sediakan dokumen yang diperlukan untuk menerima wang tersebut
Kiriman Wang ke Indonesia Melalui Bank Online
Kalau di Maybank ada 2 cara untuk transfer duit ke Indonesia guna bank online iaitu
- Foreign telegraphic transfer (FTT)
- Western Union
Foreign telegraphic transfer (FTT)
- Langkah 1: Sila log masuk ke akaun M2U anda melalui laman web
- Langkah 2: Pilih ‘Pay & Transfer’.
- Langkah 3: Pilih ‘Transfer’.
- Langkah 4: Dibawah ‘Transfer From’, pilih a preferred account.
- Langkah 5: Dibawah ‘Transfer To’, pilih ‘Overseas’.
- Langkah 6: Pilih negara yang ditetapkan dan mata wang pilihan anda.
- Langkah 7: Taip jumlah yang ingin anda pindahkan dan klik ‘Convert’.
- Langkah 8: Pilih ‘Foreign Telegraphic Transfer’ sebagai pilihan pindahan anda.
- Langkah 9: Isi butiran pindahan, kemudian klik ‘Transfer’.
- Langkah 10: Semak untuk memastikan butiran pindahan betul.
- Langkah 11: Luluskan urusan anda dengan ‘Secure2u’ atau ‘SMS TAC’.
- Langkah 12: Anda telah berjaya membuat Pindahan Luar Negeri menggunakan Foreign Telegraphic Transfer online via M2U website!
Western Union
- Pilih ‘Pay & Transfer’
- Klik pada ‘Transfer’
- Pilih transfer ke ‘Overseas’
- Pilih negara yang ditetapkan
- Taip jumlah yang ingin anda pindahkan.
- Pilih preferred currency
- Pilih Western Union sebagai pilihan pindahan
- Isi butiran pindahan, kemudian klik ‘Transfer’
- Minta nombor TAC, sahkan urusan, dan anda selesai
- Anda boleh menyimpan urusan anda sebagai ‘Favourite’
Pastikan anda sudak aktifkan Maybank Untuk Luar Negara jika anda ingin membuat pengeluaran melalui bank Malaysia sekiranya anda berada di luar negara.