Cara Renew SSM Online Melalui Ezbiz Jika Sudah Tamat Tempoh

Dah nak hujung tahun ni jangan lupa renew SSM online ataupun manual. Sekarang ni dah boleh buat online je di Portal ezBiz SSM, lagi mudah tak perlu nak beratur panjang. Cukup mudah.

Bagi yang prefer buat manual, boleh juga pergi ke BSN atau Bank Rakyat selain ke Pejabat SSM dan kios SSM. Apapun artikel kalini kami akan terangkan bagaimana cara renew SSM online melalui ezbiz.

Jika anda tiada capaian internet ataupun kaunter SSM jauh, anda nak renew SSM di BSN boleh juga kerana BSN terdapat 400 cawangan di seluruh Malaysia yang boleh renew SSM.

Harga Renew SSM Online

Untuk proses Pendaftaran dan Pembaharuan SSM yang telah tamat tempoh ataupun yang bakal tamat tempoh, senarai harga renew SSM adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
  • Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20.00
  • Kompaun – Bergantung kepada kesalahan. Jika ssm sudah tamat tempoh dan nak renew maka kompaun sebanyak RM20 akan dikenakan kepada pemilik untuk renew.

Manakala bagi SSM yang telah luput (expired) melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui dan perlu didaftarkan semula. Bayaran denda lewat renew lesen SSM pula adalah RM20.

Ezbiz SSM Online

ezbiz online ssm

Ezbiz merupakan sebuah portal dimana anda boleh renew SSM secara online. Antara kelebihan ezbiz online ialah

  • Boleh renew bila-bila masa sahaja
  • Beroperasi 24jam sehari
  • Cukup mudah dan pantas. Hanya ikut langkah yang kami akan sediakan
  • Pembayaran secara elektronik melalui FPX Online mahupun kad debit
  • Tidak perlu beratur panjang untuk renew SSM

Cara Renew SSM Online Melalui EZBIZ

Berikut merupakan langkah-langkah untuk renew ssm online melalui portal ezbiz. Cara renew SSM ini boleh dibuat sekiranya SSM anda

  • Sudah tamat tempoh
  • Bakal tamat tidak lama lagi
  • Hendak tambah cawangan
  • Hendak update maklumat seperti alamat terkini
  • Permohonan penamatan
  • Perubahan maklumat perniagaan (kecuali perubahan alamat kediaman dan pemilikan perniagaan)

Caranya ialah

login portal renew ssm ezbiz

Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan. Sekiranya lupa kata laluan sila tekan ‘Forgot Password’ dan password akan dihantar ke email berdaftar.

CARA RENEW SSM online

Klik bahagian ‘My Business Service’. Pilih ‘Renewal by Owners’

Cara Renew SSM Jika Sudah Tamat Tempoh

Pilih maklumat perniagaan yang anda hendak renew. Tekan ikon pensil di bahagian ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan

renew ssm ezbiz online

Sila tandakan berapa tahun anda nak renew ssm. Sila tick kompaun sekiranya SSM anda sudah melebihi tarikh renew. Denda sebanyak RM20 akan dikenakan bagi memperbaharui ssm online yang telah tamat tempoh

renew ssm online tampat tempoh

Sila semak maklumat perniagaan dan sekiranya tiada masalah sila tekan ‘PAY ONLINE’ dan anda akan dibawa ke muka seterusnya iaitu payment secara online.

ssm renew online ezbiz tamat tempoh

Sila pilih cara pembayaran untuk renew SSM yang anda mahukan. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih. Anda akan dibawa ke invoice apabila pembayaran selesai dibuat

Sila rujuk infografik di bawah untuk lebih jelas.

renew ssm ezbiz

Urusan Renew SSM Di Kaunter

Sekiranya anda malas nak buat renew secara online, anda juga boleh memperbaharui SSM dengan mengunjungi

  • mana-mana kaunter / cawangan SSM
  • mana-mana cawangan BSN
  • mana-mana cawangan Bank Rakyat

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000, atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.

Baca juga

Leave a Comment