Cara Semak Saman Online
Sekarang cukup mudah untuk check saman samada saman polis diraja malaysia ataupun saman JPJ. Admin akan terangkan 3 cara paling mudah untuk semak saman secara online. Semuanya dihujung jari sahaja. Antara cara nak semak saman online boleh dibuat adalah melalui MyEG, check saman secara SMS serta aplikasi MyBayar Saman. Jemput baca ya.
[iklancontoh1]
Cara Semak Saman Polis Trafik, JPJ Melalui MyEG

Untuk pengetahuan anda juga, MYEG bukan sahaja boleh check saman JPJ tetapi boleh juga buat check saman Polis PDRM/saman trafik. Antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah cara untuk semak saman JPJ, renew roadtax dan insurans, bayar saman, zakat dan banyak lagi.
Begini merupakan cara semak saman polis atau JPJ melalui MyEG:
- Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Pastikan anda daftar MYEG terlebih dahulu sebelum login MYEG. Jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran sebagai pengguna MYEG, lihat Belum Mendaftar? Tekan Daftar Sekarang
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak check saman Polis PDRM / JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan oleh sistem MyEG tersebut
- Jika anda terus ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online di MyEG tersebut
- Jika tiada saman paparan akan menunjukkan TIADA REKOD SAMAN DITEMUI. Dan jika ada saman akan keluar senarai saman JPJ anda
Check Saman JPJ & Polis Trafik Melalui SMS
[iklancontoh2]
Selain semak saman online untuk polis dan JPJ, anda juga boleh check saman anda melalui SMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej. Cara semak saman PDRM atau JPJ melalui sms:
Semak Saman POLIS Melalui SMS
Semakan Saman Polis Melalui No Kad Pengenalan
Anda juga bleh semak saman polis melalui ic secara SMS. Caranya cukup mudah iaitu
- Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda

- Taip POLIS SAMAN No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN 870808085977
Dari no kad pengenalan yang anda masukkan, anda akan dapat balasan dari SMS berkenaan saman yang ada. Mudahkan nak semak saman polis melalui ic secara SMS.
Atau
Semak Saman Polis Melalui No Plat Kenderaan
Anda juga boleh check saman polis melalui no plat kenderaan. Caranya
- Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda

- Taip POLIS SAMAN No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN CCC1111
Dan anda akan mendapat balasan dari SMS tersebut. Dari situ anda boleh lihat kereta tersebut ada berapa saman dan semak saman polis menggunakan plet kereta tersebut.
Semak Saman JPJ Melalui SMS
Anda juga boleh semak saman jpj melalui SMS. Masukkan no plet kereta dan anda akan dapat balasan dan semak saman JPJ melalui SMS tersebut.
Semakan Saman JPJ Melalui No Plat Kenderaan

Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda.
Taip JPJ Saman No. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman CCC1111
Atau
Semakan Saman JPJ Melalui No Kad Pengenalan

Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda.
Taip JPJ Saman No. KP
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman 870808085977
Cara Semak Saman Menggunakan App MyBayar Saman
[iklancontoh3]

- Klik butang “DAFTAR” jika anda belum mendaftar
- Isikan maklumat peribadu seperti no kad pengenalan, alamat emel dan nombor telefon bimbit.
- OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda
- Log masuk menggunakan no kad pengenalan yang telah didaftar tadi
- password juga isikan mengikut apa yang telah anda tetapkan tadi
- Anda boleh semak menggunakan no plet untuk semak saman yang ada
Anda juga boleh membayar saman menggunakan MyBayar saman ini
Penutup
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan anda boleh hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 atau melalui email ke tadbirtrafik_ba@rmp.gov.my. Untuk aduan JPJ sila hubungi talian 03 – 8000 8000 atau emailkan aduan anda ke aduantrafik@jpj.gov.my
Soalan Lazim
Apakah yang perlu dilakukan jika rekod saman kesalahan lalu lintas dengan nombor pendaftaran kenderaan sama tetapi bukan kenderaan milik saya?
Pesalah perlu pergi ke cawangan polis trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian. Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik sama ada saman telah dibatalkan.
Apakah kesan sekiranya membiarkan saman polis JPJ tertunggak?
Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.