Contoh Ayat Majmuk

0
152
Contoh Ayat Majmuk

Contoh Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) ContohAyat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal – Ayat Majmuk Gabungan

a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Fareeza seorang pelajar yang garang.
b) Fareeza seorang pelajar yang ganas.

Fareeza seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

a) Ain masuk ke dalam bilik.
b) Ain tidur.

Ain masuk ke bilik lalu tidur.

a) Naqiuddin memandang saya.
b) Naqiuddin ketawa.

Naqiuddin memandang saya sambil ketawa.

a) Arash mahu minum kopi?
b) Arash mahu minum teh?

Arash mahu minum kopi atau teh?

(b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung “yang”.
untuk membentuk Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif
Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.

Nurisma membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Ikram duduk di atas bangku.
Ayat kecil : Ikram itu adik saya.

Ikram yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Ayuni mempunyai dua helai baju.
Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.

Ayuni mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Zukeikha membeli kain sutera.
Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.

Zuleikha membeli kain sutera yang berwarna merah.

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.
Ayat kecil : Bhihabil menaiki bas.

Bas yang dinaiki Bhihabil itu bas sekolah.

(ii) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung “bahawa” dan “untuk”.

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Wais berjanji.
Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.

Kata hubung : bahawa
Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ismaliyana membeli daging dan sayur-sayuran.

Kata hubung : untuk
Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:
Keterangan sebab/ musabab –> kerana, lantaran, oleh sebab, sebab

Keterangan syarat –>jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu –>sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila, sementara

Keterangan pertentangan –>walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan

Keterangan harapan–> supaya, agar, semoga, moga-moga,kalau-kalau

Keterangan cara –>dengan

Keterangan perbandingan –>seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat

Keterangan tujuan –> untuk , demi ,bagi

Keterangan akibat –> hingga , sehingga

Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Meon tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
Meon tidak pergi ke padang kerana hari hujan.(Keterangan sebab)

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
Aisyah sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.(Keterangan waktu)

Ayat induk : Alia menghiris bawang.
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
Alia menghiris bawang dengan menggunakan pisau.(Keterangan cara)

Ayat induk : Ikhsan berdoa.
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
Ikhsan berdoa agar ibunya cepat sembuh.(Keterangan harapan)

Ayat induk : Najihah masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
Najihah masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.(Keterangan pertentangan)

Ayat induk : Nik rajin berusaha.
Ayat kecil : Nik akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
Jika Nik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.(Keterangan syarat)

Ayat induk : Azihim kebingungan
Ayat kesil : Rusa masuk kampong

Azihim kebingungan seperti rusa masuk kampung. (Keterangan perbandingan)

Ayat induk : Zaim ketawa terbahak-bahak.
Ayat kesil : Serak suarana

Zaim ketawa terbahak-bahak sehingga serak suaranya. (Keterangan akibat)

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Campuran

Ayat tunggal : Luqman sedang membaca surat khabar.
Ayat komplemen : Adik sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

Luqman sedang membaca surat khabar manakala adik sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.
Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat
keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.

Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.
Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.
Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.

Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.
Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

Latihan :

Nyatakan jenis-jenis ayat majmuk di bawah ini sama ada
i) Ayat majmuk pancangan relative
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan atau
iv) Ayat majmuk campuran

1. Sungguhpun badannya letih, Uwais tetap menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu Zainal.

2. Aisamuddin datang ke sekolah dengan menaiki motosikal bapa saidaranya.

3. Sekiranya Syahirah lulus peperiksaan dengan mendapat semua A, dia akan berpuasa sepuluh hari berturut-turut.

4. Saya belum pernak menziarahi Haziq, semenjak dia berpindah ke rumah barunya di Lakeside.

5. Supaya suasana menjadi tenang, Fatin bersetuju dengan cadangan ibuny untuk berkahwin dengan datuk itu.

6. Adli yakin bahawa dia akan lulus dengan mendapat A+ untuk bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM tahun ini.

7. Ikmal Daniel sedang memerhatikan gadis yang memakai baju berwarna merah.

8. Untuk Farah menerima pinangan sepupunya amat sukar.

9. Rasidah sedang membaca buku tetapi kawannya Maisarah yang sudah letih lesu telah lama tidur.

10. Kendatipun Zuleikha telah terkena tikaman musuh,dia tetap terus melawan.

11. Sesungguhnya amat mustahil untuk Husna melepaskan dirinya.

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.
________________________________________(sambil)

2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman
_________________________________________(dan)

3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.
_________________________________________(untuk)

4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.
_________________________________________(yang)

5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.
_________________________________________(apabila)

6. Halim kaya.
Halim kedekut.
_________________________________________(tetapi)

7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.
__________________________________________(sebelum)

8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.
__________________________________________(kerana)

9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.
__________________________________________(walaupun)

Baca juga: Contoh Syarahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here