Contoh Biodata Diri Lengkap Yang Menarik dan Kreatif

Macam mana nak buat contoh biodata diri? Sebelum tu mari kita pahamkan apa itu biodata. Biodata diri adalah data biografi seseorang yang mengandungi identiti diri dan fakta kehidpuan diri yang digunakan untuk memperkenalkan diri kepada orang lain.

Kebiasaannnya biodata diri digunakan dalam contoh resume terbaik semasa memohon kerja tidak kiralah kerja kerajaan ataupun swasta. Biodata diri juga digunakan samada semasa proses ucapan lepas ambil hadiah ataupun memberi ucapan Maal Hijrah ataupun ucapan lain.

Ada juga biodata diri digunakan semasa upacara mendaftar di sekolah atau universiti bagi memperkenalkan diri. Biasanya semasa minggu orientasi para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri sendiri.

Biodata Diri

Kebiasaannya ada beberapa jenis contoh biodata diri mengikut acara samada untuk temuduga ataupun semasa memberi ucapan, memperkenalkan diri.

Berikut merupakan contoh biodata diri untuk pelbagai acara di luar sana.

  • Bagi memperkenalkan diri atau tokoh. Ni kebiasaannya semasa upacara temuduga secara berhadapan di jalankan.

Nama saya [nama penuh], saya berasal dari [negeri/negara] dan sekarang ini tinggal di [tempat tinggal sekarang]. Saya lulusan dari [nama universiti] pada tahun [tahun] dengan [nama ijazah/diploma].

Saya memiliki beberapa hobi iaitu [hobi pertama], [hobi kedua], dan [hobi ketiga]. Selain itu, saya juga sangat tertarik dengan [minat lain] dan sering mengikuti workshop atau seminar yang berkaitan dengan [minat] tersebut.

Pekerjaan saya sekarang adalah [pekerjaan] di [nama syarikat]. Saya minat untuk bekerja di sini karena [alasan untuk menguatkan lagi minat nak kerja]. Selain itu, saya juga telah mengikuti berbagai pelatihan dan seminar untuk meningkatkan skill dan pengetahuan saya dalam bidang ini.

Baca Juga  12 Kebaikan Sacha Inchi Oil Untuk Tubuh

Saya memiliki kemampuan [kemampuan yang dimiliki] yang cukup baik, dan saya selalu berusaha untuk terus belajar dan meningkatkan diri. Saya percaya bahawa dengan terus belajar, kita dapat mencapai apa saja yang kita inginkan.

  • Ketika ucapan di depan orang ramai

Nama saya [nama] dan saya berasal dari [negeri/negara] dan sekarang ini tinggal di [tempat tinggal sekarang]. Kemudian anda tambah sedikit mengenai hobi dan sebagainya. Bagi ucapan ntak formal ni tak perlu panjang sangat. Cukup info untuk orang tahu siapa anda sahaja.

Format Biodata Diri

Format biodata diri seperti dalam resume dan berhadapan lain ye. Perlu ingat tu. Untuk resume cukup hanya point-point sahaja dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Contoh format biasa

  • Nama: [Nama Anda]
  • Umur: [Umur Anda]
  • Tempat Tarikh Lahir: [Tempat dan tarikh lahir Anda]
  • Alamat: [Alamat tinggal Anda]
  • Pendidikan: [Pendidikan terakhir Anda]
  • Bidang yang diminati: [Bidang yang Anda minati]
  • Pengalaman kerja: [Pengalaman kerja yang telah Anda miliki]
  • Keahlian: [Keahlian yang Anda miliki]
  • Hobi: [Hobi yang Anda sukai]
  • Cita-cita: [Cita-cita Anda]

Apabila dijadikan maklumat sebenar

  • Nama: Monkey D. Luffy
  • Umur: 25 tahun
  • Tempat Tanggal Lahir: 5 Mei 19xx
  • Alamat: Kampung Foosha
  • Pendidikan: Sarjana Kelanunan
  • Bidang yang diminati: Mengembara di lautan
  • Pengalaman kerja: Telah menewaskan pelbagai musuh seperti Crocodile, Enel, Donflmamingo dan Kaido
  • Keahlian: Lanun One Piece
  • Hobi: Berperang, Makan
  • Cita-cita: Menjadi seorang raja lanun dan memberi manfaat bagi masyarakat.
  1. Nama pastikan anda menulis nama penuh seperti kad pengenalan. Jangan isi nama panggilan atau nama manja pula
  2. Umur tu pastikan umur ketika ini. Jangan letak umur bagi tidak menampakkan anda tua atau tersangat muda pula.
  3. Masukkan sekali bila tarikh lahir anda beserta tempat anda dilahirkan
  4. Alamat tu sila tulis alamat sekarang. Kalau ketika temuduga tu kebiasaannya penemuduga akan melihat alamat supaya tidak terlalu jauh dengan tempat kerja. Takut datang lewat
  5. Untuk pendidikan ni tuliskan je mengenai pendidikan yang penting. Jangan la isi sampai ke darjah 3 darjah enam. Penemuduga tak tengok. Biasa SPM ke atas
  6. Bidang yang diminati tu pastikan ada kaitan dengan apa yang anda mohon.
  7. Pengalaman kerja ni untuk penemuduga tau samada ada kaitan atau tak pekerjaan lama dengan yang baru. Sebab ada sesetengah syarikat lama ada NDA – Non Disclosure Aggreement.
  8. Bagitahu samada anda pernah menyertai mana-mana ahli. Janganla isi ahli politik pula. Ni macam ahli persatuan kawasan rumah ke, larian ke atau apa-apa.
  9. Masukkan dua tiga hobi. Pastikan hobi tu sesuatu hobi yang berbentuk kreatif dan kritis. Baru mantap. Jangan la p bagitahu saya suka baca komik.
  10. cita-cita ni bagitahu apa yang anda hendak capai dalam lima tahun, sepuluh tahun akan datang. Begitu.
Baca Juga  Cara Daftar myBSN Online Banking dan Login Akaun myBSN

Contoh Biodata Diri Dalam Resume

Berikut merupakan contoh biodata diri saya yang lengkap dalam resume anda.

contoh biodata diri

Contoh Pendidikan di dalam Biodata Resume

Untuk pendidikan tuliskan dari yang terakhir sehingga sekolah menegah sahaja. Cukup. Contoh

2013 – 2018: Universiti Teknologi Malaysia
2008 – 2013: Sekolah Mengah Alor Akar Kuantan

Contoh Pengalaman Kerja di dalam Biodata Resume

Sama macam pendidikan, masukkan pengalaman kerja dari yang terakhir sehingga sebelumnya. Kalau tiada pengalaman kerja takyah masukkan. Ni untuk fresh graduate biasanya. Kalau ada buat part time pun boleh masukkan. Contohnya

2020 – 2023: Syarikat ABC sebagai Teknikal
2018 – 2020: Syarikat ZXC sebagai Operator

Contoh-Contoh Lain Biodata

Contoh Biodata Diri Mahasiswa
Berikut adalah contoh format biodata diri mahasiswa yang menarik:

Nama: Ryda Maziah binti Shamsir Abdullah
Tempat, tanggal lahir: Nilai, Kelantan
Alamat: No 5 Jalan 5 Taman 5
Agama: Islam
Pendidikan terakhir: Sekolah Mengah Alor Akar
Sekarang: Mahasiswa Sarjana Muda Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia
Hobi: Menulis, traveling, dan memasak
Organisasi: Ketua Himpunan Mahasiswa Sejarah

Untuk biodata dalam resume pastikan anda merujuk contoh resume bahasa melayu berikut untuk mengetahui formatnya.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!