Contoh buku skrap diluar sana ada macam-macam. Ada saiz a4 paper, ada saiz A3. Atas kreativiti masing-masing. Buku skrap ni adalah sejenis buku yang dibuat dari bahan-bahan terpakai atau bahan-bahan mewarna.
Kebiasaannya sekolah rendah atas iaitu darjah empat sehingga enam atau sekolah menengah, cikgu-cikgu akan meminta murid membuat buku skrap.
Samada sebagai projek yang akan dikira sebagai markah periksa atau sebagai pertandingan. Ada yang dibuat mengikut hari tertentu contohnya buku skrap tema kemerdekaan, hari Malaysia atau sebagainya.
Corak atau rekabentuk adalah bebas. Jadi gunakan daya imaginasi anda untuk membuat buku skrap yang terbaik.
Pengenalan Buku Skrap
Maksud buku skrap ialah buku nota yang diperbuat dari bahan-bahan terpakai.
Buku skrap sangat berguna bagi pelajar kerana ia membantu mereka untuk menyimpan nota-nota penting yang diambil semasa mengikuti pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ia juga memudahkan pelajar untuk mencari bahan rujukan dengan cepat dan mudah kerana ia dikelaskan mengikut bab atau topik yang berkaitan.
Laman Web Untuk Lihat Contoh Buku Skrap Terbaik
Pinterest
Dekat laman web ini juga anda boleh tiruvasi idea-idea buku skrap kreatif yang diorang buat.
Tiktok
Ramai yang berkongsi design buku skrap yang mereka buat di aplikasi ini. Boleh dijadikan idea juga. Kalau bernasib baik akan ada creator yang berkongsi cara membuat buku skrap
Instagram
Dekat instagram pun anda boleh dapat idea. Gunakan keyword seperti scraptbook, bukuscrap dan cari bedasarkan hashtag atau username
Youtube
Ada banyak yang suka berkongsi idea buat buku skrap di youtube. Anda hanya perlu search sahaja
Scrapbooking
Kalau rasa tiada idea, anda boleh ke laman web ini yang menyediakan pelbagai tutorial dan idea-idea menarik cara buat buku skrap anda.
Etsy
Memilih Buku Skrap Terbaik

Bukan senang nak pilih buku skrap yang terbaik jika anda nak membeli, jadi atas anda macam mana. Lainlah kalau buat sendiri. Kesimpulannya untuk memilih yang terbaik, pastikan
- Buku skrap yang dipilih sesuai dengan keperluan anda
- Pastikan juga buku skrap tersebut adalah berkualiti dan tahan lama.
- Kulit buku skrap tersebut pastikan diperbuat dari kulit yang keras. Tambahkan kertas lembut untuk jadikan kulit buku skrap anda kreatif
Bahan-bahan Buat Buku Skrap
Jika taknak beli anda juga boleh buat sendiri buku skrap. Berikut merupakan antara bahan-bahan buku skrap yang diperlukan untuk membuat buku skrap
- Gunting
- Pemotong
- Pensel
- pembaris
- Gam
- Pensel warna
- Reben
- Gambar haiwan, buah-buahan dan abjad abc yang siap diprint
- Cover buku skrap. Gunakan kertas keras
- Pelekat
Bahan-bahan diatas hanyalah contoh sahaja jadi anda boleh tambah ikut kreativiti anda sendiri bahan-bahan tersebut.
Contoh Buku Skrap Kreatif dan Terbaik
Kami ada kongsikan beberapa contoh buku skrap terbaik yang dibuat oleh masyarakat diluar sana. Anda boleh jadikan sebagai idea. Tengok contoh muka depan buku skrap dia macam mana serta cara diorang guna kreativiti untuk buat isi dalam buku skrap.
Isikan beberapa contoh ucapan yang menarik ke dalam isi buku skrap anda atau bahagian kulit untuk menambahkan lagi kreativiti anda.
Buku skrap tema kesihatan
Buku skrap tema merdeka
Buku skrap sifir darjah dua
Buku skrap sejarah
Tutorial Cara Buat Buku Skrap
Berikut merupakan tutorial untuk jadikan sebagai idea dan juga inspirasi anda untuk membuat buku skrap