Contoh Cover Letter

0
685
CONTOH COVER LETTER

Baca Bagaimana Contoh Cover Letter Permohonan Kerja Yang Mantap

Cover letter merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Walaupun ringkas dan mudah ia memainkan peranan penting untuk merangsang majikan buka dan baca resume anda. Dalam penyediaan cover letter simple, apa yang perlu ada hanya 3 komponen di bawah sahaja. Ini perkongsian daripada majikan Ir Meor Shamshir mengenai 3 komponen tersebut, mudah saja!

Format karangan sebaiknya tersusun dengan beberapa pengisian iaitu:

SOFT SKILLS
Ada orang tanya macam mana nak compose ayat untuk cover letter bagi resume. Ini adalah contoh karangan yang saya rasa boleh touching majikan seperti saya. Majikan lain saya tak tahu la. Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian WHAT, WHY & HOW.

Contoh Cover Letter

WHAT
Siapa anda. Part ni anda perkenalkan diri dan juga disiplin anda.

WHY
Kenapa anda hantar surat ini. Part ni anda perlu beritahu hasrat menghantar surat kepada bakal majikan. Seeloknya dinyatakan rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Part ini jika diulas dengan baik, akan menampakkan anda memang berminat dengan jawatan di syarikat ini, bukan main hantam saja!

HOW
Bagaimana untuk menghubungi anda. Part ni nak bagitahu bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat dan bagaimana untuk menghubungi anda.

Kami berharap dengan sedikit perkongsian ini boleh membantu anda untuk menulis cover letter dengan baik dan dalam masa yang sama anda mendapat pekerjaan idaman. Selain daripada cover letter, contoh resume juga kami ada sediakan untuk bacaan anda.

Baca Juga : Contoh Resume Apply Kerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here