Contoh Cover Note Insurance

Apa Itu Cover Note

Cover Note adalah insuran sementara sebelum polisi insuran yang sebenar dikeluarkan oleh syarikat insurans. Cover note insurance mengandungi semua maklumat berkaitan insurans seperti no enjin kenderaan, harga premium insurans, NCD kenderaan serta jenis perlindungan isurans samada 1st party atau third party.

Bila selesai anda buat insuran, cover note akan terus dihantar ke JPJ melalui online. Tetapi anda boleh juga meminta agen untuk memberi anda satu salinan cover note kenderaan anda. 

Untuk renew insurans motor atau kereta anda boleh cari terus agen insurans. Biar agen yang anda cari tu uruskan semuanya. Anda terus tanyakan agen tersebut macam mana nak dapatkan insurance cover note dan diorang akan berikan.

Nak buat road tax, kena ada insurans. Untuk memperbaharui insurance dan road tax motor atau kereta pastikan dokumen anda lengkap untuk mengelakkan anda terpaksa ulang-alik berkali-kali. Antara dokumen yang penting adalah:

  • Geran kereta
  • Cover note/polisi insuran/reminder notice

Bila perlu Cover Note

Cover note diperlukan apabila anda ingin membuat tuntutan insurans apabila berlaku kemalangan seperti eksiden, cermin pecah, akibat banjir, dan sebagainya.

Cover Note Insurans Hilang

Ada beberapa cara untuk anda mendapatkan semula salinan cover note insurans kereta (atau insurans motor) yang hilang. Berikut merupakan panduan cara nak dapatkan cover note insurance samada dari takaful, etiqa, zurich dan sebagainya untuk rujukan anda:

  • Renew Insurans Dengan Agen

Jika anda renew insurans dengan agen takaful anda, anda boleh cuba hubungi agen tersebut untuk mendapatkan balik cover note yang hilang tersebut. Setiap agen ada simpan salinan untuk rekod mereka. Minta agen tersebut emailkan dekat anda dan anda download cover note insurance tersebut

  • Dapatkan Salinan Cover Note Insurans Kereta di Pejabat Pos
Baca Juga  13 Tips Beli Kereta Yang Masih Ramai Tak Tahu

Jika anda renew insurans cover note anda di pejabat pos, anda boleh ke mana-mana kaunter pejabat pos untuk mendapatkan balik salinan cover note insurance yang hilang. Lebih baik jika anda ke pejabat pos yang anda renew sebelum ini untuk memudahkan proses mendapatkan cover note tersebut.

  • Ganti Cover Note Insurans Hilang Secara Online

Anda juga boleh ke lamab web MyCarinfo: www.mycarinfo.com.my untuk mendapatkan kembali cover note yang hilang. Jadi andat idak lagi perlu pergi ke mana-mana syarikat insurans. Buat secara online sahaja

  • Hubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan

Sekiranya cover note insurans anda dah hilang dari simpanan anda, anda juga boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat insurans dan maklumkan mengenai kehilangan cover note insurance anda.

Pihak insurans akan menghantar balik kepada anda salinan cover note yang baharu.

Senarai Hotline Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Cover Notes Insurans KeretaHotline No
Zurich1-300-88-6222
Etiqa1-300-13-8888
Alliance1-800-22-5542
AXA Affin03-7989-0310
Berjaya Sompo1-800-18-8033
AM General1800-88-6333
Kurnia1-800-88-3833
Pacific & Orient Insurance1 -800-88-2121
RHB1-300-220-007
Lonpac03-2262 8666
Tune1-800-22-8863
Liberty1-800-88-5005 / 8990
Takaful Ikhlas1-800-88-1186
Takaful Malaysia1-800-888-788
  • Rujuk Syarikat Insurans untuk Penggantian Cover Note Insurans Kereta

Cara terakhir untuk mendapatkan kembali cover note yang hilang tersebut ialah anda pergi sahaja ke mana-mana syarikat insurans yang anda perbaharui. Jika cover note insurance etiqa anda pergi ke syarikat insurans etiqa. Begitu juga dengan cover note insurance zurich. Anda ke mana-mana cawangan zurich. Takaful malaysia pun sama. Anda pergi sahaja ke mana-mana cawangan takaful malaysia dan minta diorang salinan cover note insurance tersebut.

Contoh Cover Note Insurans Kereta

Berikut merupakan antara contoh cover note insurance kereta bagi Malaysia

  1. Contoh Cover note insurance etiqa

    Cover note insurance etiqa

  2. Contoh Cover note insurance zurich

    Cover note insurance zurich

  3. Contoh Cover note insurance takaful malaysia

    Cover note insurance takaful malaysia

Penutup

Banyak cara sebenarnya untuk renew insurans kereta anda dan dapatkan balik cover notes insurance yang hilang. Jadi atas anda nak pilih yang mana satu yang akan memudahkan anda. Semoga artikel yang kami berikan ini dapat memberi anda info dan maklumat yang berguna tentang cover note insurance.

Soalan FAQ Berkenaan Insurans Cover Note

Macam mana saya nak dapatkan cover note insurance motor?

Sama sahaja macam cover note insurance kereta di atas step dia.

Cover note kereta saya hilang sebab banjir. Apa perlu saya buat?

Anda ikut sahaja langkah kami di atas dan dapatkan insurans cover note baharu

Kalau cermin kereta pecah nak buat macam mana?

Cek cover note insurans anda. Ada tak cover cermin pecah. Kalau ada, buat tuntutan

Baca juga: https://contoh.my/jual-beli-kereta

Leave a Comment

error: Content is protected !!