Contoh dan Format Surat Rasmi

Surat Rasmi

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda berkenaan contoh dan format surat rasmi. Ramai sebenarnya yang memerlukan surat rasmi terutamanya anda yang bekerja, ibubapa dan juga pelajar. Ada banyak situasi dimana anda perlu untuk menghantar surat rasmi.

Antara kegunaan surat rasmi adalah untuk memohon pekerjaan, memohon rayuan, memohon bantuan, memaklumkan perkara dan pelbagai lagi. Memang tak dapat dinafikan bahawa surat masih lagi relevan dan menjadi elemen utama dalam urusan pentadbiran sekaligus memastikan urusan dapat dilakukan dengan efisien dan efektif.

Jadi, adalah penting untuk anda dapatkan dan simpan contoh surat rasmi untuk kegunaan pada masa akan datang nanti.

Nak buat surat rasmi tapi tak tahu buat ayat? Dapatkan 51 template surat rasmi untuk memudahkan kerja anda sekiranya memerlukan surat rasmi. Hanya perlu edit semula bahagian tertentu dalam Microsoft Word sahaja.

template surat rasmi

Link: Klik Sini

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Anak tak hadir ke sekolah? Contoh surat rasmi ini berguna sebagai panduan untuk ibu bapa yang ingin menulis surat rasmi bagi pihak anak-anak kerana tidak dapat hadir ke sekolah.

Ali bin Abu,
123, Taman ABC,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

________________________________________

Guru Kelas Tahun 1 Cempaka,
SK Taman ABC,
08000 Sungai Petani,
Kedah. 22 MEI 2020

Tuan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, saya selaku bapa kepada Ali bin Abu, pelajar Tahun 1 Cempaka dengan ini ingin menjelaskan sebab mengapa anak saya tidak dapat menghadiri sesi persekolahan pada 20 Mei 2020.

2. Hal ini adalah kerana anak saya telah mengalami demam panas bermula daripada 19 Mei 2020 setelah pulang dari aktiviti kokurikulum di sekolah.

Baca Juga  Contoh Voucher Yang Ditawarkan Di Dalam Shopee

3. Masalah ini telah menyebabkan anak saya terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di hospital pada hari yang sama juga kerana demam yang berlanjutan dan semakin teruk. Dengan itu, bersama-sama surat ini saya sertakan sijil cuti sakit daripada doktor yang merawat anak saya yang membolehkan anak saya cuti berehat selama sehari.

Saya berharap pihak tuan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh anak saya dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini. Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Abu
……………………….
ABU BIN SEMAN

Contoh Surat Rasmi Aduan

Ahmad bin Albab
123, Taman ABC,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

________________________________________

Pengarah,
Majlis Perbandaran Sungai Petani,
08000 Sungai Petani,
Kedah. 22 MEI 2020

Tuan,

PEMBUANGAN SISA MAKANAN KEDALAM LONGKANG

Dukacita ingin saya maklumkan berkenaan sebuah premis makanan iaitu Restoran XYZ yang beralamat di 124, Taman ABC, 08000, Sungai Petani, Kedah telah melakukan pembuangan sisa makanan kedalam longkang.
2. Hal ini telah menyebabkan sisa-sisa makanan tersebut menarik haiwan-haiwan seperti tikus dan serangga-serangga seperti lipas. Ia bukan sahaja menimbulkan suasana kotor malah haiwan dan serangga ini turut menyerang premis lain yang berdekatan.

3. Masalah ini telah menyebabkan pengunjung mulai rasa tidak selesa untuk berkunjung ke lot premis kami dan turut menimbulkan bau busuk serta meloyakan. Dengan itu, bersama-sama surat ini saya telah sertakan gambar-gambar sebagai bukti bahawa aktiviti ini memang benar-benar dilakukan dan bukan bertujuan untuk memfitnah dan sebagainya.

Saya berharap pihak tuan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh saya dan pemilik premis yang lain. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini. Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Baca Juga  11 Senarai Hadiah Untuk Lelaki. No 5 Paling Banyak Dijadikan Hadiah

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ahmad
……………………….
AHMAD BIN ALBAB

Rasanya menerusi dua contoh diatas, anda telah sedikit sebanyak mendapat gambaran berkenaan apa yang perlu ada dan ditulis didalam sebuah surat kiriman rasmi. Apa yang anda perlu utamakan adalah format yang digunakan didalam surat rasmi ini untuk menjaga etika dan profesionalisme dalam berurusan dengan mana-mana pihak.

[iklancontoh30

Sekian sahaja daripada kami untuk contoh surat rasmi kali ini. Diharapkan anda mendapat manfaat hasil perkongsian daripada kami kali ini.

Leave a Comment

error: Content is protected !!