Dapur yang kecil tapi sangat comel untuk kediaman baru atau lama, boleh gunakan idea ni utk hias dapur idaman anda. Ruang dapur yang sempit dan kecil bukan penghalang untuk seseorang itu memiliki dekorasi dapur yang cantik. Pemilik rumah boleh menghias ruang dapur dengan penuh kreativiti mengikut cita rasa sendiri jika tahu cara yang betul.
Ruang dapur kecil dan terhad selalu menimbulkan masalah kepada pemilik terutamanya si isteri yang gemar memasak. Nak letak itu tak boleh, nak letak ini tak boleh, yang jadi mangsa amukan adalah si suami.
Masalah dapur terhad atau dengan kata lain, dapur sempit menjadi isu utama kepada pemilik apartmen. Seringkali terjadi perubahan atau proses renovasi yang dilakukan tidak menepati kehendak pemiliknya; yakni tidak memberi keselesaan ketika melakukan aktiviti memasak dan menghidang makanan. Ramai di antara pemilik yang mengambil keputusan meluaskan ruang dapur dengan menutup ruang dapur basah dan ruang dapur berkongsi dapur basah dan dapur kering.
Baca juga: Contoh Deko Dapur Tanpa Kitchen Cabinet (KC)
Sedikit idea contoh deko untuk dapur yang sempit
1. Cat dapur warna cerah/ tampal wallpaper
2. Peralatan dapur yang comel disusun jadi hiasan.
3. Kaedah simpanan secara terbuka (open storage)
4. Isi stok makanan dalam bekas lutsinar
5. Gunakan rak/floating shelves/rak dinding
6. Gunakan perabot/rak simple je supaya jimat ruang
7. DIY perabot lama @ konsep kitar semula
PS: Sila minta izin tuan rumah sebelum tukar cat/tebuk dinding rumah sewa. InsyaAllah tuan rumah pun suka kalau kita hias cantik.
Jom lihat contoh deko untuk dapur yang sempit di bawah untuk dijadikan sebagai pencetus ilham bagi dapur sendiri. Semoga bermanfaat!
Jom like facebook kami Page Contoh.my