Contoh Dropship

Hari ini admin nak ceritakan mengenai contoh dropship yang menawarkan pendaftaran secara percuma atau erti kata lain bisnes tanpa modal yang tidak mengeluarkan wang. Sebelum itu mari kita kenali apa itu dropship.

Apa Itu Dropship

Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?

Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship :

1. Promot produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)
2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda
3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran
4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.
5. Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.

Mudahkan. Tanpa perlu pegang stok pun anda boleh menjana pendapatan. Rajin atau tidak je.

Siapa yang boleh buat bisnes dropship?

Sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sambilan atau sepenuh masa di Internet. Bisnes dropship boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tidak perlu kedai atau pekerja.

Apa keuntungan bisnes dropship?

Sama seperti peniaga offline atau peniaga konvensional iaitu untung runcit hasil jualan produk dropship tersebut. Anda jual pada harga runcit dan anda bayar pembekal pada harga yang jauh lebih rendah (harga borong).

Contohnya, anda menjual beg kosmetik pada harga RM150 dan harga pembekal dropship hanya RM90, maka anda telah untung RM60. Ini contoh sahaja.

Tips cara pantas pilih produk dropship

Hobi dan minat

Produk Dropship Hobi dan Minat

– Kebanyakkan orang mempunyai hobi, jadi antara cara untuk memilih produk ialah yang berkaitan dengan hobi dan minat anda.
– Hal ini akan membantu anda mengenali produk dengan lebih mendalam lagi kerana anda sudah ada pengetahuan tentang produk tersebut. Jadi mudah untuk anda promosikan produk tersebut kelak dengan pengetahuan yang anda miliki.

Produk trending

Produk Dropship Trending

– Produk trending ialah produk yang mendapat permintaan tinggi pada masa tertentu saja. Habis musim, sepi lah produk tersebut dari pasaran.
– Contohnya seperti selipar Crocs, vape, fidget spinner dan banyak lagi yang pernah mendapat sambutan hangat dulu. Pergi kemana saja mesti ada produk tersebut.
– Anda boleh masuk pasaran trending ni dengan ketahui produk apa yang tengah trend pada masa sekarang atau masa akan datang.

Produk evergreen

Produk Dropship Evergreen

– Bagi produk yang sentiasa ada permintaan (evergreen) pula, jualannya mungkin tak sekencang seperti produk trending.
– Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut kerana ia tidak bermusim.
– Sebagai contohnya seperti produk kecantikan diri, produk kesihatan dan sebagainya.

Antara dropship tanpa modal yang boleh anda join

Jadi kalau anda berminat untuk memulakan bisnes dropship ini meh admin perkenalkan antara contoh dropship. Bagi yang berminat menjadi agen dropship tanpa modal ini bolehla register di sini ye – Daftar Dropship

Selepas daftar, akaun anda akan diaktifkan dalam masa 1 jam sahaja. Selepas itu anda bolehla login menggunakan username dan password yang telah anda daftar tadi. Keuntungan 1 barang mencecah RM90.

Leave a Comment