Contoh Format Surat Rasmi

0
1479
CONTOH FORMAT SURAT RASMI

Berikut Merupakan Contoh Format Surat Rasmi Jabatan atau Institusi

Ada beberapa perkara yang kena ada dalam sesebuah surat rasmi. Maklumlah nama pun surat rasmi. Seperti yang kita semua tahu, tidak kira dalam apa juga bidang yang anda ceburi, surat rasmi merupakan salah satu alat komunikasi bertulis yang memainkan peranan yang penting dalam kerjaya masa kini. Surat adalah dokumentasi yang mampu dijadikan bahan rujukan apabila timbul sesuatu masalah. Surat rasmi juga digunakan untuk membuat aduan, rayuan, permohonan dan sebagainya. Ia bukan saja penting pada peperikasaan upsr, pt3, spm atau stpm, tetapi juga sering digunakan dalam kehidupan anda.

Berikut merupakan infografik yang kena ada dalam sesebuah surat rasmi.

Contoh Surat Rasmi

Rangka Contoh Format Surat Rasmi
1. Alamat pengirim (permulaan perkataan dalam huruf besar) (jangan lupa tanda koma di hujungnya) kemudian selang satu baris
2. Buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. Nama (jawatan) serta alamat penerima (permulaan perkataan dalam huruf besar)(alamat yang terakhir digariskan)
4. Tarikh (selari dengan alamat terakhir penerima) (bulan ditulis dalam huruf besar)
5. Kata ganti diri penerima (Tuan,)
6. Perkara / tajuk (permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan)
7. Perenggan pertama – Tujuan menulis surat ini (tiada jarak perenggan, lihat contoh)
8. Perenggan ke-2 – Bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis
9. Perenggan ke-3 – Isi 1
10. Perenggan ke-4 – Isi 2
11. Penutup – terima kasih
12. Tandatangan pengirim (boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak)
13. Nama penuh (huruf besar) dalam kurungan
14. Jawatan jika ada (permulaan perkataan dalam huruf besar)

Di bawah juga adalah satu lagi contoh format surat rasmi dan anda boleh menggunakan format ini sebagai panduan atau kerangka utama untuk menulis surat rasmi dengan betul. Sila rujuk infografik ini sebagai panduan :

Contoh Format Surat Rasmi

Jika kita tukarkan dalam bentuk contoh surat rasmi adalah seperti berikut:

Surat rasmi jenis aduan.

==============================

Ahmad Bin Abdullah,

Lorong 1, Taman Waja,

45300, Sabak Bernam,

Selangor

________________________________________(garisanpanjang)_____________

Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam

45300, Sabak Bernam,

Selangor. (Tarikh jarak.Selari dengan nama negeri)19 April 2019

Tuan,
Aduan Jalan Rosak di hadapan Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan rumah saya sebagai pengadu. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.

02. Kerosakan ini berlaku pada minggu lepas, sehingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.

03. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.

Sekian, terima kasih.

Ahmad

___________

(Ahmad Bin Abdullah)

Kini setelah anda memahami konsep dan format surat rasmi yang betul, anda bolehlah mula menulis. Jom kongsikan contoh format surat kiriman rasmi ini kepada rakan lain yang mungkin ingin tahu bagaimana cara menulis surat kiriman rasmi yang betul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here