Contoh Gejala COVID-19

Apakah Itu Coronavirus

COVID-19

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).

COVID-19 telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga kini, penyakit COVID19 masih lagi menular di Malaysia. Sejak 20 September 2020, Malaysia sudah memasuki permulaan gelombang ketiga COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes jangkitan virus COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa terus menjalankan program dan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Contoh Situasi Penularan COVID-19

Seorang lelaki yang bekerja dari kawasan zon merah dan bergejala, pulang menziarahi ahli keluarga di kampung. Mereka turut dikunjungi oleh ahli keluarga yang lain. Oleh kerana yakin bahawa perjumpaan hanya dalam ahli keluarga, amalan norma baharu diambil mudah dan tidak dipatuhi. (Bersalaman dan bersentuhan antara satu sama lain, tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan jarak fizikal). Lelaki ini didapati positif dan jangkitan telah berlaku dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Contoh Gejala Covid-19

Contoh Gejala COVID-19

Anda disyaki menghidap penyakit COVID-19 apabila anda memenuhi kriteria secara klinikal dan epidemiologi.

Kriteria klinikal

i) Sekurang kurangnya mengalami dua daripada gejala berikut:
• Demam
• Kesejukan
• Menggigil
• Sakit otot
• Sakit kepala
• Sakit tekak
• Loya atau muntah
• Cirit-birit
• Kelesuan
• Hidung tersumbat atau selesema secara tiba-tiba

Baca Juga  8 Homestay Alor Setar Lengkap Dengan Private Pool

ATAU
ii) Salah satu daripada gejala berikut:
• Batuk
• Sesak nafas
• Kesukaran bernafas
• Hilang deria bau secara tiba-tiba
• Hilang deria rasa secara tiba-tiba

ATAU
iii) Mengalami penyakit pernafasan yang teruk dengan sekurangkurangnya satu daripada gejala berikut:
• Radang paru-paru (pneumonia)
• Sindrom kecemasan respiratori akut (Acute Respiratory Distress Syndrome)

Kriteria epidemiologi

• Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 atau zon merah

ATAU

• Pernah mengembara/tinggal di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bergejala

ATAU
• Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum bergejala.

Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

Proses Covid-19 Pada Badan

Hari pertama
Pesakit mengalami demam dan keletihan, sakit otot dan batuk kering. Sebahagian kecil mereka turut mengalami cirit-birit atau mual satu hingga dua hari.

Hari kelima
Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk bernafas (dyspnea). Gejala ini akan berlaku selepas dua hingga 14 hari selepas mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Hari ketujuh
Pada masa ini pesakit yang menunjukkan tanda-tanda keletihan akibat dyspnea perlu dimasukkan ke hospital dan mendapatkan perhatian perubatan sekiranya keadaannya berterusan sehingga menyebabkan bibir atau wajah mereka kebiruan.

Hari kelapan
Pesakit yang mengalami kes-kes yang teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) pada masa ini, di mana paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ penting badan.

Baca Juga  17 senarai hadiah untuk perempuan? No 5 Paling Banyak Dijadikan Hadiah

Hari kesepuluh
Pesakit akan mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.

Hari kedua belas
Pada tahap ini demam akan mula berkurangan, bagaimanapun pesakit akan mengalami batuk yang lebih lama.

*Analisis yang dilakukan Public Health England berdasarkan kes yang berlaku di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan selepas 29 Disember dan 31 Januari.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?

.

Contoh Gejala COVID-19

Langkah-langkah pencegahan 3W

– Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash);
– Memakai alat pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear);
– (Warn) iaitu amaran berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam.
dan

Elakkan 3s

– Elakkan kawasan yang sesak (Crowded place);
– Elakkan kawasan yang sempit (Confined space);
– Elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment

error: Content is protected !!