Tahun depan dah nak kahwin. Tapi barang hantaran belum siap lagi. Pening nak bagi apa untuk pihak lelaki mahupun perempuan? Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan anda beberapa jenis barang hantaran yang sesuai dijadikan sebagai hantaran kahwin.
Isi Kandungan
Contoh Hantaran Kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan : Set 7 dalam 1
Beza Hantaran Kahwin dan Tunang
Kebiasaanya hantaran yang diberi ketika pertunangan adalah untuk persiapan bagi bernikah nanti
Hantaran yang diberi ketika kahwin adalah wajib dibawa dan diberi selepas sahaja berjaya bernikah dan wajib ada mas kahwin dan barang kemas untuk membatalkan air sembahyang seperti gelang atau cincin.
Senarai ini adalah sebagai rujukan contoh hantaran sahaja. Bukan wajib, boleh pilih mengikut kemampuan masing masing.
Tetapi sebelum kita bermula, bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil. Kebiasaan nya pihak lelaki akan hantar kurang 2 dulang daripada pihak perempuan.
Senang beli terus siap-siap hantaran kahwin di: Contoh Hantaran Kahwin
Ratio hantaran
Kebiasaanya hantaran kahwin lelaki akan hantar hantaran kurang dulang hantaran kahwin dari pihak perempuan. Contohnya
3 berbalas 5
5 berbalas 7
7 berbalas 9
9 berbalas 11
11 berbalas 13
13 berbalas 15
Baca juga: 7 Doorgift Kahwin Yang Murah dan Berbaloi
Dan seterusnya, bilangan bergantung atas kemampuan dan perbincangan antara kedua belah pihak. Berikut merupakan contoh idea barang untuk hantaran kahwin samada dari belah lelaki ataupun belah perempuan.
Contoh Hantaran Kahwin Perempuan Untuk Lelaki

Berikut merupakan hantaran kahwin untuk lelaki. Contoh hantaran kahwin dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.
- Sirih Junjung
- Kemeja/Seluar
- Beg duit/Tali Pinggang
- Al-Quran Biasa/Digital
- Sejadah
- Jam Tangan
- Set minyak wangi/Barangan peribadi
- Kasut
- Buah-buahan
- Kek/Kek Cawan
- Coklat
- Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Gajet ni dikategorikan sebagai antara contoh hantaran kahwin mewah yang diberikan kepada pasangan. bagi yang ada duit lebih boleh la memberikan hantaran mewah berbentuk gadget kepada bakal pasangan.
Contoh Hantaran Kahwin Lelaki Untuk Perempuan

Berikut merupakan hantaran kahwin untuk perempuan. Bagi hantaran lelaki kepada pihak perempuan, berikut adalah antara barang hantaran yang boleh diberikan
- Mas kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Barangan Kemas
- Tepak sirih
- Al-Quran Humaira
- Sejadah Gebu
- Potpourri/Bunga Rampai
- Jam tangan
- Kasut
- Telekung
- Beg Tangan
- Set wangian /Barang mekap
- Buah-buhan
- Kek/Kek Cawan/ Coklat
Kalau sudah ikut adat, barulah boleh ikut kemampuan masing-masing untuk menghadiahkan apa yang digemari pasangan kita itu tadi. Takut terlanggar adat nanti, ada yang akan tersinggung dan mulalah orang sekeliling berkata-kata yang tak manis untuk didengar.
Dah cukup senarai barang hantaran lelaki dan perempuan tu, boleh mula untuk design dulang dan barang hantaran tersebut mengikut tema atau warna majlis perkahwinan kita tu. Barulah meriah orang kata.
Kalau dah kahwin tu make sure kena ready dan ambil tahu berkenaan tarikh penting masing-masing. Macam birthday suami bila, birthday isteri bila.
Untuk si isteri dah boleh persiapkan dengan ucapan hari lahir untuk suami tersayang dan isteri pula bersiap sedia dengan ucapan hari lahir untuk suami tersayang hihihih.
Lelaki dah boleh ambil tahu nak bagi hadiah apa untuk isteri.