Contoh Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Nama Terbitan

Maksud Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk nama orang, benda, tempat dan binatang.

Kata nama terbahagi kepada 3 jenis iaitu

  • Kata Nama Am
  • Kata Nama Khas
  • Kata Nama Terbitan

1. Kata Nama Am

contoh kata nama am

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Kata nama am dieja dengan huruf kecil jika berada di tengah atau hjujung ayat dan huruf besar jika di awal ayat.

Manakala mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.

Contoh Kata Nama Am Abstrak

  • keindahan
  • ketenangan
  • kegembiraan

Contoh Kata Nama Am Konkrit

  • jari
  • laut
  • dinding

Contoh Kata Nama Am

Berikut merupakan contoh kata nama am yang digunakan bagi benda, haiwan, manusia dan tempat.

Kata Nama AmContoh Kata Nama AmContoh Ayat
Bendatongkat, tikar, langsir, biskut, gelas, pinggan, piring, botol, sangkar, selipar1. Sedap sungguh biskut cicah air teh
2. Adam mebelikan adiknya Afi selipar baru
3. Pak ali pakai tongkat
Tempathotel, pawagam, kafe, pasar malam, pejabat, klinik1. Cerita mat kilau sedang ditayangkan di pawagam.
2. Ali ke pasar malam untuk membeli sayur.
3. Kalau sakit pergilah klinik.
Manusiadoktor, guru, askar, posmen, mekanik, nelayan, petani1. Abang saya seorang doktor
2. ayah ali bekerja sebagai nelayan.
3. Abang Ali seorang askar yang berdedikasi.
Haiwanikan, anjing, kucing, lembu, kuda, gajah, itik1. Ali membeli 2 ekor ikan di pasar
2. Dah macam anjing dan kucing bergaduh
3. Kuda itu laju sungguh berlari
Tumbuh-Tumbuhanpisang, tomata, lada, epal1. Ahmad sedang makan pisang
2. Tomata sedap dimakan begitu sahaja

2. Kata Nama Khas

contoh kata nama Khas

Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Huruf pertama bagi kata nama khas mesti dieja dengan huruf besar.

Baca Juga  Contoh Surat Rayuan MRSM Serta Semakan Permohonan

Biasanya kata nama khas digunakan untuk benda bernyawa seperti nama manusia atau binatang dan benda tidak bernyawa seperti nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Contoh Kata Nama Khas

Berikut merupakan contoh kata nama khas yang digunakan bagi benda, haiwan, manusia, tumbuh-tumbuhan dan tempat.

Kata Nama KhasContoh Kata Nama KhasContoh Ayat
ManusiaRyda Shamsir, Syazwina Zaidi, Pengarah Hospital Kuantan, Muthu, Ah Chong1. Ryda Shamsir seorang akauntan.
2. Muthu sedang makan capati.
3. Pengarah Hospital Kuantan sedang membuat lawatan.
HaiwanSang Belang, Si Taji, Si Tompok, Raja Singa, Sang kura-kura1. Kuat sungguh ngauman Raja Singa.
Si Tompok sedang bermain-main
TempatPahang, Telok Chempedak, Lumut, Kuantan1. Telok Chempedak terletak di Pahang
2. Kuantan adalah ibu negeri Pahang
BendaProton, Gshock, Samsung, Xiaomi1. Telefon Ahmad jenama Samsung
2. Mahal sungguh jam Gshock Encik Abu
Tumbuh-TumbuhanTongkat Ali, Durian Belanda, Carambola, Guajava1. Suka sungguh datuk Abu minum Tonkat Ali
2. Durian Belanda di rumah Pak Kasim sedang berbuah

3. Kata Nama Terbitan

contoh kata nama terbitan

Kata nama terbitan terhasil daripada proses pegimbuhan. Biasanya proses pengimbuhan ini pada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.

Contoh Kata Nama Terbitan

Berikut merupakan contoh kata nama terbitan yang digunakan bagi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.

Jenis KataContohContoh Kata Nama Terbitan
Kata Namadoktor, gigi, sekolahkedoktoran, pergigian, persekolahan
Kata Kerjamain, baca, ajar, didikpendidikan, pemain, pembaca, pengajar
Kata Adjektifcantik, manis, lebar, tinggiketinggian, kecantikan, kemanisan, pemanis
Kata Sendioleh, untuk, antaraperolehan, peruntukan

Perbezaan Antara Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Berikut merupakan perbezaan antara kata nama am dan kata nama khas dari kegunaan kata nama untuk manusia, haiwan, benda, tempat dan tumbuh-tumbuhan.

KegunaanKata Nama AmKata Nama Khas
Manusiadoktor, guru, askar, posmen, mekanik, nelayan, petaniRyda Shamsir, Syazwina Zaidi, Pengarah Hospital Kuantan, Muthu, Ah Chong
Haiwanikan, anjing, kucing, lembu, kuda, gajah, itikSang Belang, Si Taji, Si Tompok, Raja Singa, Sang kura-kura
BendaProton, Gshock, Samsung, Xiaomitongkat, tikar, langsir, biskut, gelas, pinggan, piring, botol, sangkar, selipar
Tumbuh-Tumbuhanpisang, tomata, lada, epalTongkat Ali, Durian Belanda, Carambola, Guajava
Tempathotel, pawagam, kafe, pasar malam, pejabat, klinikPahang, Telok Chempedak, Lumut, Kuantan

Biasanya kata nama am, terbitan atau khas akan digunakan bersama dalam surat rasmi atau surat tidak rasmi. Samada sebagai rumusan atau untuk menyambungkan keterangan dua ayat dalam karangan surat tersebut.

Jangan lupa gunakan contoh kata hubung sekali bersama dengan kata nama dalam penulisan anda.

Leave a Comment

error: Content is protected !!