Contoh Kertas Kerja

0
516
CONTOH KERTAS KERJA

Download Contoh Kertas Kerja Anda Sekarang

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.

Secara umumnya terdapat 2 jenis kertas kerja iaitu

1. Kertas Kerja Seminar
Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya

Format Kertas Kerja Seminar
• Tajuk
• Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
• Nama institusi
• Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
• Pengenalan
• Sorotan kajian
• Metodologi
• Analisis data / Dapatan
• Rujukan
• Lampiran

Download Contoh Kertas Kerja Seminar
(Klik Sini Untuk Download)

2. Kertas Kerja Projek
Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.

Format Kertas Kerja Projek
• Tajuk
• Latar belakang / Rasional
• Objektif / Matlamat
• Jangka masa yang diperlukan
• Kumpulan sasaran
• Andaian-andaian halangan
• Anggaran belanjawan
• Penubuhan jawatankuasa
• Menentukan jadual tugas
• Pelaksanaannya

Download Contoh Kertas Kerja Projek
(Klik Sini Untuk Download)

Berikut kami sediakan beberapa contoh kertas kerja untuk di download yang boleh anda jadikan sebagai panduan

Download Secara Percuma 20 Contoh Kertas Kerja Pelbagai Bidang
1. Download Contoh Kertas Kerja Telekomunikasi
2. Download Contoh Kertas Kerja Salon Kecantikan
3. Download Contoh Kertas Kerja Catering
4. Download Contoh Kertas Kerja Restoran
5. Download Contoh Kertas Kerja Lembu
6. Download Contoh Kertas Kerja Percetakan
7. Download Contoh Kertas Kerja Koperasi
8. Download Contoh Kertas Kerja Kambing
9. Download Contoh Kertas Kerja Burung Puyuh
10. Download Contoh Kertas Kerja Cendawan
11. Download Contoh Kertas Kerja Ladang Sayuran
12. Download Contoh Kertas Kerja Frozen Food
13. Download Contoh Kertas Kerja Makanan Ringan
14. Download Contoh Kertas Kerja Dobi
15. Download Contoh Kertas Kerja Buah Naga
16. Download Contoh Kertas Kerja Ikan Keli
17. Download Contoh Kertas Kerja Jahitan
18. Download Contoh Kertas Kerja Bakeri
19. Download Contoh Kertas Kerja Cybercafe
20. Download Contoh Kertas Kerja Cacing

Diharap agar perkongsian Contoh Kertas Kerja ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here