Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Kertas Kerja
Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.
Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.
Secara umumnya terdapat 2 jenis contoh kertas kerja iaitu
Contoh Kertas Kerja
Berikut merupakan contoh kertas kerja yang biasa dibuat diluar sana. Kertas kerja ini penting untuk menunjukkan proses kerja yang akan dibuat atau dibentangkan.
Kertas Kerja Seminar
Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya.
Berikut merupakan Format Kertas Kerja Seminar
- Tajuk
- Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
- Nama institusi
- Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
- Pengenalan
- Sorotan kajian
- Metodologi
- Analisis data / Dapatan
- Rujukan
- Lampiran
Download Contoh Kertas Kerja Seminar
(Klik Sini Untuk Download)
Kertas Kerja Projek
Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.
Berikut merupakan Format Kertas Kerja Projek
- Tajuk
- Latar belakang / Rasional
- Objektif / Matlamat
- Jangka masa yang diperlukan
- Kumpulan sasaran
- Andaian-andaian halangan
- Anggaran belanjawan
- Penubuhan jawatankuasa
- Menentukan jadual tugas
- Pelaksanaannya
Download Contoh Kertas Kerja Projek
(Klik Sini Untuk Download)
Berikut kami sediakan beberapa contoh kertas kerja untuk di download yang boleh anda jadikan sebagai panduan
Download Secara Percuma 20 Contoh Kertas Kerja
Berikut merupakan Senarai 20 Contoh Kertas Kerja Pelbagai Bidang
1. Contoh Kertas Kerja Telekomunikasi
Contoh kertas kerja ini sesuai bagi mereka yang ingin menghantar kertas kerja berkaitan bidang telekomunikasi atau kerja berkaitan telekomunikasi
2. Contoh Kertas Kerja Salon Kecantikan
3. Contoh Kertas Kerja Catering
4. Contoh Kertas Kerja Restoran
5. Contoh Kertas Kerja Lembu
6. Contoh Kertas Kerja Percetakan
7. Contoh Kertas Kerja Koperasi
8. Contoh Kertas Kerja Kambing
9. Contoh Kertas Kerja Burung Puyuh
10. Contoh Kertas Kerja Cendawan
11. Contoh Kertas Kerja Ladang Sayuran
12. Contoh Kertas Kerja Frozen Food
13. Contoh Kertas Kerja Makanan Ringan
14. Contoh Kertas Kerja Dobi
15. Contoh Kertas Kerja Buah Naga
16. Contoh Kertas Kerja Ikan Keli
17. Contoh Kertas Kerja Jahitan
18. Contoh Kertas Kerja Bakeri
19. Contoh Kertas Kerja Cybercafe
20. Contoh Kertas Kerja Cacing
Diharap agar perkongsian Contoh Kertas Kerja ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.
Join telegram kami: Contoh.My
terima kasih atas panduan yang diberikan
Terima kasih, ia banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya
Terima kasih atas perkongsian yg manafaat untuk kita semua