Penanda wacana adalah frasa yang dijadikan sebagai perangkai ayat untuk nenentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain dalam sesuatu ayat atau perenggan.
Bab sebelum ni sudah belajar mengenai 4 fungsi penanda wacana bm kan. Jadi bab kalini kita sentuh pula
Contoh Lain Penanda Wacana
Terdapat juga beberapa contoh penanda wacana yang digunakan dalam ayat. Antaranya:
CONTOH PERMULAAN KARANGAN
Penanda wacana jenis ini biasa digunakan dalam pendahuluan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Pada zaman pascakemerdekaan ini,
3. Dalam meniti arus kemodenan ini,
4. Dewasa ini,
5. Pada masa ini,
6. Kini,
7. Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
8. Sejak sedekad yang lalu,
9. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
10. Kebelakangan ini,
11. Sejak akhir-akhir ini,
Contoh: Dewasa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.
CONTOH MEMULAKAN ISI BAHARU
1. Selain itu,
2. Di samping itu,
3. Sementara itu,
4. Lebih-lebih lagi,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu,
7. Pada waktu yang sama,
8. Dalam pada itu,
9. Seterusnya,
CONTOH HURAIAN ISI KARANGAN
1. Hal ini demikian kerana
2. Hal ini berlaku kerana
3. Hal ini terjadi kerana
4. Hal ini disebabkan oleh
5. Hal ini wujud akibat daripada
6. Hal ini bersangkut-paut dengan
7. Hal ini berpunca daripada
8. Hal ini tercetus apabila
CONTOH MENGHURAIKAN CONTOH
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,
CONTOH MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Sebagaimana yang kita sedia maklum
6. Antaranya adalah seperti
CONTOH MENUTUP ISI
1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Dengan berbuat demikian
7. Dengan keadaan sedemikian,
CONTOH MENULIS DUA HURAIAN DALAM SATU AYAT
1. justeru
2. malah
3. malahan
4. tambahan pula
5. sementelahan
6. sekali gus
7. di samping
CONTOH UNTUK MEMULAKAN PERENGGAN PENUTUP
1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Konklusinya,
5. Sebagai penutup wacana,
6. Sebagai penghias bicara akhir
7. Sebelum mengakhiri wacana ini,
8. Secara keseluruhan,
9. Akhir kata,
CONTOH MENERANGKAN HURAIAN ATAU PENDAPAT YANG BERBEZA
1. Walau bagaimanapun,
2. Walakin itu,
3. Namun demikian,
4. Daripada perspektif yang berbeza,
5. Jika dilihat dari sudut lain,
6. Dengan kata lain,
7. Kontradiksinya,
8. Di sebalik itu,
9. Dalam pada itu,
10. Dari sudut lain,
CONTOH UMUM
1. dengan ini
2. banyak pihak yang berpendapat
3. mafhumnya
4. amnya
5. sememangnya
6. selaras dengan
Bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan.
Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan.
Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan.