Makanan Berserat
Makanan berserat merupakan makanan yang agak sukar untuk dicerna atau diserap sepenuhnya oleh tubuh badan manusia
Hal ini kerana sifat makanan berserat itu sendiri yang menghasilkan terlalu sedikit tenaga atau kalori untuk tubuh. Namun, ia tidak bermaksud bahawa ia tidak bermanfaat dan sangat-sangat diperlukan oleh tubuh bagi membantu melancarkan proses pencernaan.
Jika anda tidak mengambilnya pada kadar yang mencukupi, anda berkemungkinan dan berisiko untuk menghidap bermacam jenis penyakit. Apabila kita berbicara berkenaan serat makanan, anda perlu mengenal jenis-jenisnya juga. Terdapat 2 jenis iaitu serat larut (soluble fiber) dan serat tidak larut (insoluble fiber).
Serat larut (soluble fiber) merupakan serat yang dapat dicerna oleh tubuh dimana ia akan mengikat lemak dan membuangnya. Serat tidak larut (insoluble fiber) pula merupakan serat yang akan kekal seperti mana asalnya untuk membuatkan perut sentiasa rasa kenyang sehinggalah ia dikeluarkan. Makanan berserat didalam usus besar dapat membantu proses metabolisme dan turut membantu dalam melancarkan pembuangan air besar. Makanan berserat banyak datangnya dari sayur, buah, kacang dan biji-bijian.
Makanan Berserat Jenis Sayur
Sayuran hijau merupakan makanan yang wajib untuk anda makan kerana ia mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk tubuh. Selain itu, ia juga merupakan diantara makanan yang mempunyai kandungan serat yang paling tinggi. Contoh makanan berserat jenis sayur adalah:
Makanan Berserat Jenis Buah-Buahan
Buah bukan sahaja merupakan diantara makanan yang mempunyai kandungan dan sumber vitamin yang tinggi. Ia juga merupakan salah satu daripada sumber serat semulajadi. Ada sesetengah buah-buahan yang mempunyai kandungan serat yang jauh lebih tinggi daripada beberapa jenis sayur-sayuran. Antara contoh buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi adalah
Makanan Berserat Jenis Kacang dan Biji-Bijian
Kacang dan biji-bijian juga termasuk didalam kategori makanan berserat tinggi. Walaupun kebanyakan saiz kacang adalah kecil dan sering dianggap sebagai hidangan snek sahaja, ia tidak bermaksud bahawa nilai nutrisinya juga adalah rendah. Ada juga diantara kacang dan biji-bijian ini yang mengandungi nilai serat yang lebih tinggi berbanding makanan-makanan lain.
Antara contoh makanan berserat jenis kacang dan biji-bijian adalah
Makanan Berserat Jenis Olahan
Dalam banyak-banyak makanan, terdapat juga makanan olahan yang turut mempunyai kandungan serat yang tinggi. Malah, makanan jenis ini juga biasanya lebih mendapat tempat dan menjadi pilihan sebagai alternatif makanan berserat. BIasanya makanan olahan ini nampak seperti makanan moden dan lebih kena dengan gaya hidup masa kini. Antara makanan olahan yang paling mendapat tumpuan adalah makanan yang diolah daripada gandum seperti
Mengambil makanan berserat pada kadar yang sepatutnya mampu untuk memberikan manfaat yang besar kepada tubuh badan. Ia juga mampu untuk mencegah sembelit, menjaga kadar gula dalam darah agar tetap stabil, menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolestrol, mencegah penyakit jantung, mengurangi risiko darah tinggi, mencegah kanser usur dan macam-macam lagi. Jadi, sentiasa pantau dan pastikan anda mengambil makanan berserat pada kadar yang sepatutnya
Sekian sahaja untuk artikel kali ni. Semoga bermanfaat!
Baca juga : Contoh Makanan Karbohidrat
Join telegram kami: Contoh.My